TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, October 8, 2014

Mutakhir: Save Rimba Kenong Warisan Anak cucu untuk zaman berzaman.


Masjid Asal Kuala Kenong (tapak masjid pada masa dahulunya digunakan Pahlawan Pahlawan  Melayu Dahulu berbincang melawan British).

Saya tidak dapat tidak; merasa bangga bercampur terharu semasa menghadiri Upacara Penyerahan Memorandum Bantahan daripada 4 JKKK kawasan sekitar Kuala Kenong di mana Rimba Kuala Kenong.


Bangga kerana saya bersama Ahli Parlimen Lipis, merangkap Ketua Bahagian Lipis, Dato Haji Abdul Rahman Mohamad; kerana beliau yang memang terkenal dengan keberanian mempertahankan kebenaran. Mendahulukan kepentingan Rakyat khususnya di kawasan Parlimen Lipis. Seorang yang berani, itu sudah pasti; kerana isu ini isu sensitif. Namun berundur tidak sama sekali.

Terharu bercampur sebak, bila saya mendengar doa yang dibacakan Ketua Kampong Kuala Kenong, Tuan Haji Abdul Rahman Bilal Endil, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan; jelas terbayang akan hasrat ikhlas orang orang kampong sekitar agar perkara ini ditangani dengan sebaik mungkin oleh semua pihak.

Penyelaras Jawatankuasa Bertindak Saudara Azhar Ahmad yang dari mula lagi tidak putus-putus berusaha berbincang dan memberi maklumat kepada Dato Abdul Rahman, sehingga dapat bercakap terus dengan Menteri Besar Pahang mengadu perihal isu ini, mendapat hormat saya.

4 JKKK kawasan sekitar bersatu membantah secara terhormat menggunakan saluran yang betul amat membanggakan saya. Mereka bersatu, bergotong royong dan adalah amat penting perjuangan ini di HORMATI semua Pihak.

Perjuangan ini bukan melawan arus tetapi amat sebaliknya, ingin meletakkan maruah Agama, Bangsa dan Raja ditempat yang sepatutnya.

Mungkin kerana berkat majlis ini dijalankan di tapak Masjid tertua dimana digunakan oleh pahlawan pahlawan Melayu yang terdahulu seperti Tok Gajah, Orang Kaya Haji, Tok Bahaman dan beberapa pahlawan lain suatu masa dahulu; menguatkan kami yang mahukan yang terbaik untuk semua pihak.

Kepada sesiapa yang kurang mengenali Kenong Rimba Park (KRP), KRP adalah kawasan khazanah alam sekitar lebih dari 130juta tahun. Eko sistem disitu menyediakan air bersih Gred A kepada kampong kampong berdekatan (sesiapa yang tinggal di kawasan bandar jangan harap nak dapat Air Gred A ini - di bandar 'Gred Clorine').

Balak dikawasan ini tidak kurang 3 atau 4 Pemeluk yang mungkin memerlukan 200 - 250 tahun untuk jadi besar dan matang sebegitu. Gua Batu Kapur yang amat jarang ditemui, banyak dikawasan tersebut. Sauna dan Fauna jelas menjadi lambang kebanggaan Rimba Kenong Park; yang juga Lambang Kemegahan Warga Lipis.

Lonely Planet, Trip Advisor dan International Forest Guide menberikan taraf 5 Bintang (5 Stars) kepada Rimba Kenong ini. Ini tidak termasuk beberapa Journal-journal Antarabangsa mengakui keunikan Rimba Kenong Park ini. Tekanan daripada pihak antarabangsa akan lebih kuat lagi sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan baik.

Seperti yang saya beritahu tadi, Perjuangan Bantahan ini dilakukan dengan cara yang terhormat; melalui salur yang betul. Ini adalah niat ikhlas masyarakat kampong. Nama baik Daerah, Negeri dan juga Negara akan terpalit sama jika tiada tindakan yang benar benar berkesan.

Bukan niat kami menongkah arus, tetapi amat sebaliknya; Perjuangan Meletakkan Kepentingan Rakyat, Bangsa Dan Raja ke Tempat Yang Sebaiknya.

Kami amat berterima kasih kepada Menteri Besar Pahang Dato Seri Adnan Yaakob. Beliau terus mengarahkan pihak yg terbabit melakukan siasatan. Papan-papan tanda telah diturunkan. Saya difahamkan oleh Dato Abdul Rahman, Mesyuarat Exco atas arahan Dato Seri Adnan telah memutuskan tiada kawasan pembalakan di kawasan-kawasan yang menjejaskan Rimba Kenong Park. Terima Kasih Semua.

Kepada Pejuang Pejuang Kawasan Sekitar Kuala Kenong; andalah sebenarnya Pahlawan Pahlawan Melayu. Tidak dilupakan juga barisan kepimpinan Bahagian Lipis yang berdiri teguh menyokong penuh Jawatankuasa Bertindak (4 JKKK ini). Ini jelas menunjukkan kita boleh bersatu dan banyak ruang yang boleh digunakan membantah secara terhormat dan yang paling penting berkesan. Biarkanlah Rimba Kenong Park Untuk Dinikmati Oleh Anak, Cucu, Cicit Kita.

#‎CuitOrgKayaHaji

Saiful Zaini Mohd Bokhari

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat