Assalamualaikum -
Persoalan pokok atau subjek utama yang membimbangkan rakyat jelata rasa terbeban adalah KOS SARA HIDUP yang tidak seimbang dengan jumlah pendapatan mereka.
- harga petrol.
- harga ikan,ayam,daging.
- Sayur Sayuran.
- tepung,gula,dan barang- barang keperluan dapur.
- tol
- Kos rawatan perubatan
- kos perkhidmatan awam seperti public transport dll
Apakah mekanisma atau pun langkah yang kita ambil untuk menyelesaikan keperluan asas rakyat jelata ini.
Mereka hidup dengan penuh rasa terbeban. Ini belum lagi dengan keperluan keperluan yg lain seperti Installment rumah dan kereta, kos- kos pendidikan dan keselesaan yang lain.
Faktor faktor diatas adalah seperti BOM JANGKA yang hanya menunggu untuk meletop yang diterjemahkan dalam undi sewaktu pilihanraya yang akhirnya rakyat jelata menolak akan pemerintahan kerajaan hari ini.
KOS SARA HIDUP vs PENDAPATAN
Segala keluhan ini adalah datang dari rakyat yang bila ditanya akan situasi menyokong atau tidak kerajaan hari ini. Majoriti orang-Orang melayu yang menyokong Umno juga meluahkan rasa terbeban ini.
Saya sekadar meluaskan pandangan rakyat kepada pemimpin tertinggi atas dasar melihat aspek-aspek keperluan rakyat didalam yang sama agar parti terus relavan dimata rakyat.
Maafkan saya jika ia membuatkan pemimpin tidak berasa selesa. Saya tidak langsung berniat sebegitu.
Mohd Faizal Misbari
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.