Kerajaan belum bercadang mewajibkan bayaran Elaun Sara Hidup (COLA) kepada majikan sektor swasta buat masa ini.
Kementerian sentiasa menggalakkan
perbincangan di antara pekerja dan majikan, jadi serahkan kepada
majikan untuk memberikan kebajikan sewajarnya kepada pekerja mereka.
Kementerian sepatutnya lebih peka dan perihatin dengan keadaan ekonomi negara. Pihak kementerian juga harus peka kepada golongan pekerja swasta terutamanya yang di ketegerikan miskin bandar.
Walaupun Pekerja swasta telah mendapat beberapa elaun lain termasuk elaun kedatangan, makan, uniform, pengangkutan dan elaun shif," Tetapi pendapatan ini masih di bawah paras miskin bandar di mana bila musim gaji hujung bulan rata-rata di bawah RM 1500.00 ke RM 2000.00. Untuk mendapat jumlah tersebut pekerja swasta terpaksa membuat kerja lebih masa.
Perlaksanaan gaji minima RM 900.00 untuk semenanjung dan RM 800.00 harus di kaji semula. Kerana ada juga majikan yang belum melaksanakan skil gaji minima tersebut. Perkara pokok kementerian juga sepatutnya memperincikan gaji minima tersebut dengan membezakan mengikut kelulusan. Pekerja tempatan dan pekerja asing juga perlu di bezakan gaji tersebut.
Sebagai contoh:
a) Pekerja tempatan minima RM900.00 Pekerja asing RM 700.00
b) SPM minima RM1200.00
c) Diploma RM1500.00
d) Ijazah RM 2000.00
Perkara ini harus di beri perhatian oleh pihak kementerian. Gaji kenalah mengikut kelulusan dan kelayakkan yang mereka ada. Sekiranya perkara ini tidak di ambil kira semasa menentukan gaji pekerja.
MTMR mencadangkan tutup sahaja semua Universiti di Malaysia. Kerajaan boleh mengadakan sekolah sehingga tingkatan lima sahaja. Mengikut kajian dan pandangan MTMR sekiranya perkara ini kerajaan laksanakan maka kerajaan akan jimat berbelion ringit kerana tidak perlu mengadakan Universiti dan dapat mengurangkan kos membayar tenaga pengajar di Universiti.
MTMR juga dapat tahu bahawa di Universiti tenaga pengajarnya juga ramai tidak menyokong kerajaan sedia ada. Maka sesuai sangatlah semua Universiti di tutup.
Kesimpulannya adalah bila Universiti tidak ada di Malaysia maka selayaknyalah gaji minima RM900.00 itu di beri kepada setiap pekerja yang mula bekerja di Malaysia. Ini adalah kerana mereka mempunyai kelulusan yang setara iaitu Tamat Tingkatan Lima.
MTMR amat bersetuju cadangan melaksanakan kaedah bayaran COLA secara tetap kepada pekerja-pekerja tempatan.
Sementara itu setiap majikan perlu memberi lebih perhatian kepada pekerja mereka bagi mengambil kira sumbangan golongan berkenaan kepada kejayaan majikan itu sendiri.
Kementerian harus juga mengambil kira kebajikan pekerja bila mana Syarikat atau pelabur mengaut untung. Kerajaan cukup jaga Syarikat tersebut bimbang Syarikat tersebut rugi dan tidak mampu beroperasi.
Nasib pekerja siapa yang akan membela. Mengharapkan kesatuan sekerja, ada masanya tidak di benarkan untuk menubuhkan kesatuan. Ada juga kes majikan lari, pekerja tersebut tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Alasan di beri oleh pihak tertentu majikan tidak dapat di kesan.
Fikir-fikirkanlah wahai pemimpin-pemimpin.......
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.