Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, June 18, 2013

Berbelanja kepada keluarga sendiri adalah lebih baik.

Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad, hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk kawan-kawannya di jalan Allah.” (Riwayat Muslim) Islam menggariskan kelebihan berbelanja kepada tiga peringkat iaitu perbelanjaan kerana kaum keluarga, untuk binatang tunggangan pada jalan Allah dan kawan-kawan kerana menegakkan agama Islam.

Faedah berbelanja

Islam mengingatkan umatnya supaya mengambil faedah daripada berbelanja kerana perbelanjaan yang tidak dikehendaki oleh Islam adalah sia-sia dan membazir. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mencari keredaan Allah akan mendapat pembalasan yang setimpal.

Tiga perkara yang disebut dalam hadis adalah penting dan perlu didahulukan daripada yang lain dalam berbelanja.

Belanja paling baik di sisi Islam

Abu Hurairah berkata, sabda Rasulullah SAW: “Antara wang yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang miskin dan wang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum keluargamu.” (Riwayat Muslim) Islam menggalakkan umatnya berbelanja pada jalan yang diharuskan saja. Wang yang dibelanjakan oleh seseorang dengan ikhlas akan diambil kira dan diberi pembalasan mengikut keutamaannya.

Antara perbelanjaan yang paling baik di sisi islam ialah perbelanjaan untuk menyara keluarga kecuali zakat yang wajib. Umat Islam hendaklah mengutamakan kaum keluarganya dalam berbelanja daripada orang lain.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat