Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, June 18, 2013

Mesir bertindak memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Syria.

KAHERAH 16 Jun - Mesir bertindak memutuskan semua hubungan diplomatik dengan Syria dan menggesa supaya zon larangan terbang dikenakan terhadap negara itu.

Ini sekali gus menjadi pendirian paling tegas dari negara Arab ke atas Presiden, Bashar al-Assad.
Presiden Mesir, Mohammed Mursi yang menghadiri perhimpunan anjuran oleh ulama Sunah di Kaherah berkata, Mesir memutuskan sepenuhnya hubungan dengan Syria dan kerajaan negara itu ketika ini.


Sehubungan itu, beliau turut memberi amaran kepada pergerakan Hezbollah di Lebanon yang menyokong Assad supaya menarik diri daripada pertempuran di Syria.

"Kami menentang tindakan agresif Hezbollah terhadap rakyat Syria. Pergerakan itu perlu meninggalkan negara itu.

"Tidak ada tempat dan ruang untuk mereka di negara itu. Ini adalah satu amaran serius," katanya kepada orang ramai yang membanjiri stadium yang boleh memuatkan lebih 20,000 orang di sini, semalam.

Mursi berkata, beliau akan menganjurkan satu sidang tergempar yang akan dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negara Arab dan beberapa negara Islam lain bagi membincangkan situasi di Syria.

Presiden Mesir itu turut menggesa negara-negara kuasa dunia supaya tidak teragak-agak menguatkuasakan zon larangan terbang ke atas Syria.

"Rakyat Mesir menyokong perjuangan rakyat Syria secara material dan mental, dan negara ini bersama kepimpinannya serta tentera tidak akan meninggalkan rakyat Syria sehinggalah mereka memperoleh hak dan maruah mereka," ujar Mursi.

Sementara itu, Iran dilaporkan menghantar 4,000 tentera negara itu ke Syria bagi menyokong tentera Assad memerangi pemberontak, lapor The Independent, hari ini.

Menurut akhbar Britain yang memetik sumber pro-Iran yang enggan dikenali, negara republik Islam itu kini 'sepenuhnya komited membantu Assad'.

"Keputusan penghantaran 4,000 anggota Pengawal Revolusi Iran itu didakwa dibuat sebelum Pilihan Raya Presiden yang diadakan kelmarin," kata Robert Fisk daripada The Independent. - REUTERS/AGENSI

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat