Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, June 18, 2013

Sekolah satu aliran jamin survival bangsa


Hakikat bahawa semakin banyak desakan termasuk dariapda kalangan cendikiawan Cina sendiri supaya sistem persekolahan satu aliran diperkenalkan, menunjukkan kebimbangan terhadap tahap perpecahan kaum di negara ini sekarang, dikongsi oleh majoriti rakyat.
 
Kecuali pertubuhan pendidikan cauvinis Cina dan parti politik yang menjadikan isu perkauman sebagai talian hayat perjuangan mereka, semua pihak mengakui dasar yang membenar dan menggalakkan kehadiran sekolah jenis kebangsaan menjadi penghalang utama perpaduan kaum.

Dulu, istilah perpaduan nasional jadi ungkapan penting dan dilihat mahu diperjuangkan oleh setiap parti politik, keadaan sebaliknya berlaku sekarang”

Terbaru ialah Timbalan Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, yang berkata kewujudan 61 sekolah vernakular swasta dan 78 sekolah jenis kebangsaan (SJK) menjadi punca kepada rakyat berbilang kaum gagal mengenali dan menghormati antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kenyataan Dr Teo itu bukan yang pertama daripada tokoh pendidikan Cina. Pelbagai kajian dan buku mengenai perpaduan kaum atau pembentukan bangsa Malaysia, sepakat mengaku sistem pendidikan adalah alat utama ke arah mencapai perpaduan nasional.

Perpaduan kaum

Seorang lagi tokoh akademik Cina, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim lima tahun lalu pernah menyarankan kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai.
 
Malah, saranannya ketika itu turut dibahaskan di Dewan Rakyat dan mendapat sokongan beberapa ahli Parlimen pembangkang, termasuk Tony Pua dari DAP.
Bagaimanapun, saranan itu hilang begitu saja sehingga keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini yang menunjukkan tahap semangat perkauman di negara ini sekarang.

Walaupun sekolah dan bahasa kebangsaan dikenal pasti seawal Penyata Razak pada 1959, sebagai alat utama perpaduan kaum dan pembentukan bangsa, ternyata pertimbangan politik sejak itu sehinggalah sekarang menyukarkannya daripada kenyataan.

Kesannya bukan saja semangat perkauman semakin menebal, tetapi bahasa kebangsaan yang menjadi faktor perpaduan di negara majmuk lain, menjadi terpinggir di negara sendiri. Lebih malang, dasar pendidikan yang bercelaru kerana sering berubah atas pertimbangan politik, memberi ruang lebih luas kepada kaum tertentu untuk menuntut yang kononnya ‘hak’ mereka.

Kalau dulu, istilah perpaduan nasional menjadi ungkapan penting dan dilihat mahu diperjuangkan oleh setiap parti politik, keadaan sebaliknya berlaku sekarang. Hari ini, mereka yang memperkatakan perkara sebenar dan menganjur perpaduan nasional, bukan saja dianggap kolot, malah perkauman seperti berlaku ke atas bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Pembentukan satu bangsa

Mohd Noor hanya menterjemahkan Perlembagaan Negara yang tidak mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan dan menyaran agar ia dihapuskan. Kenyataannya itu menimbulkan kemarahan puak pelampau Cina sedangkan saranan itu sama dengan desakan supaya persekolahan satu aliran diperkenalkan.

Kita tidak tahu bagaimana berakhirnya isu desakan supaya sistem persekolahan ini berakhir. Apa yang pasti, soal perpaduan nasional dan pembentukan satu bangsa, walaupun apa pun istilahnya, mustahil menjadi kenyataan jika kita terus tunduk terhadap desakan dan bantahan bercorak perkauman.

Bagaimanapun jika selama ini pertimbangan politik menjadi kekangan utama dalam mengorak langkah sebenar ke arah perpaduan nasional, inilah ketikanya untuk memperbetulkan keadaan. Keputusan PRU-13 jelas membuktikan pendekatan berhubung isu ini, melebarkan lagi jurang perkauman.

Sudah tiba ketikanya pendekatan lain diambil tanpa terlalu bergantung kepada pertimbangan politik jangka pendek. Apa yang penting sekarang ialah generasi masa depan dan survival bangsa, bukan kelompok perkauman sempit yang semua orang tahu agenda politik mereka.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat