TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, June 21, 2016

Cawangan Ringger Payung Terjun.

Cawangan Ringger ini adalah satu-satunya yang terdapat didalam Angkatan Tentera Malaysia. Cawangan ini bertanggungjawab memperolehi kepakaran melipat, menyenggara, membaiki dan menyimpan payung-payung terjun dan peralatan bersangkutan untuk semua jenis penerjunan di dalam Tentera Darat. Kepakaran pada setiap individu anggota di cawangan ini menambahkan keyakinan setiap bakal penerjun. Fungsi utama cawangan ini ialah menyediakan payung dalam semua bentuk penerjunan samada penerjunan latihan mahupan penerjunan di dalam peperangan konvensional meliputi darat, laut dan udara. Cawangan ini juga berkemampuan memperbaiki payung-payung yang rosak dan membuat ubahsuaian kepada payung-payung yang difikirkan kurang memuaskan di dalam penggunaanya.

Sesuatu organisasi yang mempunyai kepakaran dalam bidang payung terjun harus turut mempunyai kepakaran ‘rigging’ (melipat) . Memandangkan ini, pada tahun 1971, dua orang anggota Rejimen Gerak Khas telah terpilih untuk menjalani Kursus Asas Para Rigger di Australia.

Anggota pertama
Mereka ialah 202628 Sarjan Ong Shu Cheh (bersara Pegawai Waren Dua) dan 650472 Sarjan Hanif bin Said (bersara Pegawai Waren dua). Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah ditempatkan di Cawangan Rigger Rejimen Pertama Gerak Khas Malaysia.  Anggota-anggota ini disamping membuat tugas-tugas pentadbiran,turut menjalani kursus sambil belajar. Pada penghujung tahun 1972, payung-payung terjun yang baru telah dikirimkan melalui bantuan dari negara Australia memalui skim bantuan ketenteraan.

Pada mulanya cawangan ini diletak di bawah Cawangan Payung Terjun untuk melicinkan pentadbiran. Menjelang tahun 1980 cawangan ini  diasingkan dari Cawangan Payung Terjun dan telah dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas secara persendirian.  Kursus-kursus peringkat awal pada keseluruhanya telah dijalankan di luar negeri. Sehingga kini lebih 40 orang anggota Rigger telah menjalani latihan teknikal di Australia dan Amerika Syarikat. Mejar Shukur bin Nasaruddin (420035) (bersara pada thun 1991) merupakan Ketua Cawangan Rigger yang pertama. Cogankata  cawangan ini adalah “Utamakan Keselamatan”.

Sepanjang penubuhan Cawangan Rigger cawangan ini telah diterajui oleh 4  orang Pegawai sebagai Ketua Cawangan dan 4 orang Pegawai Waren sebagai SSM , mereka-mereka ini adalah berkelayakkan kepakaran sebagai anggota Rigger dan berpengalaman luas di dalam bidang melipat payung.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat