TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 31, 2013

Cedera parah ditetak

IPOH: Seorang pemandu lori ditemui terbaring dalam keadaan cedera parah di tepi jalan di Kampung Setia Jaya, Kamunting dekat Taiping pagi ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komsioner Yusof Mohd Diah, berkata B Meganathan, 27, yang parah akibat ditetak di siku kiri dan bahagian kiri perut, ditemui oleh seorang wanita pada jam 9.51 pagi.
 
Meganathan yang juga bekerja sebagai pembantu sebuah kedai menjual minuman keras dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata setakat ini polis masih belum mengenal pasti punca kejadian kerana mangsa masih belum berupaya untuk memberi keterangan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat