TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, December 31, 2013

1,708 laporan di seluruh negara

Pelbagai pihak terus menyuarakan bantahan terhadap perhimpunan haram esok dengan sebanyak 1,708 laporan diterima polis di seluruh negara sehingga pukul 11 malam tadi.

Daripada jumlah tersebut, Sabah dan Perak merekodkan jumlah laporan polis paling tinggi iaitu 286, Terengganu (231), Selangor (168), Melaka (131), Johor (116), Pahang (114), Kedah (96), Sarawak (63), Kelantan (77), Perlis (41), Pulau Pinang (54), Negeri Sembilan (24) dan Kuala Lumpur (21).
Gabungan Persatuan dan Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia menggesa penganjur perhimpunan haram itu supaya membatalkan niat tersebut kerana akan menjejaskan sumber pendapatan ramai pemandu teksi di ibu negara.


Timbalannya, Datuk Mohd. Alias Abdul berkata, selain itu, ia juga akan menyusahkan ramai pihak apabila jalan raya sesak teruk disebabkan ramai yang berhimpun sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

"Pastinya ramai pemandu teksi akan membuat keputusan untuk mengelak lokasi yang sesak meskipun ramai penumpang mahu ke sana," katanya selepas membuat laporan polis bersama ahli yang lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini.

Di JOHOR, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pagoh membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat satu laman web menggunakan nama Arthemia yang dikesan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan itu.

Ketuanya, Zaid Abd. Rahman berkata, kenyataan yang dikeluarkan laman web itu amat berbahaya kerana menyeru khususnya golongan muda supaya bangkit menentang kerajaan sedia ada dengan alasan kononnya rakyat ketika ini sedang ditindas.

Beliau mewakili lebih 4,000 ahli Pemuda UMNO Pagoh membantah himpunan tersebut sebelum membuat laporan di Balai Polis Panchor, dekat sini hari ini.

Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 200 orang ahli dari pelbagai NGO dan parti politik daerah Jelebu hadir bersama-sama wakil mereka untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, Kuala Klawang, petang ini.

Wakil kumpulan itu yang juga Ketua UMNO Cawangan Tasik Jaya, Rasli Zainal berkata, tindakan undang-undang yang lebih tegas wajar dikenakan kepada pengkhianat yang cuba menghuru-harakan keharmonian negara.

Laporan polis yang dibuat petang ini termasuklah dari Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Jelebu, wakil parti UMNO, MCA, MIC, wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan NGO daerah.

Di Telok Kemang, laporan sama turut dibuat oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Telok Kemang di IPD Port Dickson.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Telok Kemang, Rozana Abu Sarim berkata, apa yang dilakukan oleh penganjur himpunan tersebut nyata mempunyai niat jahat.

Di KELANTAN, Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian membuat laporan polis berhubung perhimpunan haram itu di di Balai Polis Kubang Kerian dengan diketuai oleh Ketua Pemudanya, Bakri Yusoff.

Turut hadir lebih 50 ahli ketiga-tiga sayap tersebut yang mengadakan perhimpunan secara aman mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang merancang mengheret rakyat ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Di Bachok, lebih 700 ahli daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di hadapan IPD Bachok bertujuan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas dalang perhimpunan itu.

Di antara NGO yang terlibat ialah Majlis Belia Jajahan Bachok, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC), Persatuan bekas tentera, Persatuan Gabungan Kelab Rukun Tetangga (KRT) dan Majlis Permuafakatan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Selain itu, Kelab Pendengar Bachok, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Persatuan Pelang serta Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Bachok.

Di MELAKA, sebanyak 90 laporan polis dibuat 15 NGO di Alor Gajah dan parti politik bagi membantah usaha pihak tertentu menganjurkan Himpunan Guling Kerajaan di ibu negara esok.

Kumpulan hampir 100 orang itu terdiri daripada Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, Gerakan Belia 4B Alor Gajah dan Persatuan Ibu Tunggal Daerah Alor Gajah itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira pukul 1 tengah hari.

Antara NGO lain yang turut terlibat adalah Majlis Gerakan Belia daerah, Yayasan Angin Ahmar Melaka dan semua Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) UMNO, Wanita dan Puteri Bahagian Alor Gajah.

Wakil kumpulan itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Alor Gajah, Azniza Ahmad Khuzari berkata, sejarah telah membuktikan bahawa demonstrasi jalanan tidak pernah menemui jalan penyelesaian yang diharapkan malah menyebabkan negara menjadi kucar-kacir.

"Jadi kita desak polis segera bertindak menghalang dan menangkap individu yang menjadi dalang kepada perhimpunan berkenaan," katanya ketika ditemui di IPD Alor Gajah, di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat