Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, December 31, 2013

KDN tidak kompromi perhimpunan haram: Zahid

Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap mereka yang mencetuskan kekacauan ketika sambutan Ambang Tahun Baharu 2014 di Dataran Merdeka malam ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka yang memperjudikan keselamatan negara seperti yang cuba dilakukan pihak tertentu, termasuk pembangkang.
 

Beliau berkata, kerajaan tidak akan membenarkan budaya subversif politik pembangkang menular, sekali gus mempengaruhi minda rakyat.

Jangan perjudi keselamatan negara

"Saya tidak akan benarkan keselamatan rakyat diperjudikan melalui demonstrasi jalanan pada malam sambutan tahun baharu, bertujuan menggulingkan kerajaan secara huru-hara.

"Jadilah pembangkang yang bertanggungjawab dan jangan cuba menangguk di air keruh. Mereka perlu hentikan segera budaya politik ini. Rakyat juga perlu berfikir secara rasional dalam mendepani dakyah pembangkang demi memelihara keamanan negara.

“Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan bersama-samalah kita memelihara nikmat keamanan yang tidak ternilai ini. Jangan benarkan diri diperalat pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad memberi amaran mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012).

Seksyen 9 (1) APA 2012, akan diguna pakai terhadap penganjur atas kesalahan kegagalan menyerahkan notis 10 hari kepada polis sebelum tarikh perhimpunan dan Seksyen 9 (5) terhadap peserta perhimpunan. Jika ada sebarang kejadian lain ketika sambutan, polis akan mengambil tindakan mengikut peruntukan dalam Kanun Keseksaan.

Mengikut akta berkenaan mereka yang disabit kesalahan boleh didenda minimum RM10,000 atau penjara dua tahun.

Beliau berkata, selain pengawasan melalui kamera litar tertutup (CCTV), polis menempatkan pegawai dan anggota berpakaian awam untuk memantau sekitar Dataran Merdeka.

“Kita akan mengambil tindakan tegas termasuk menahan mereka yang degil mengadakan atau menyertai perhimpunan yang dipercayai untuk menggulingkan kerajaan, berkemungkinan didalangi pihak tidak bertanggungjawab termasuk kumpulan penuntut promahasiswa.

“Sehingga lewat petang semalam, lebih 1,600 laporan polis diterima di seluruh negara termasuk oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang jelas menunjukkan ramai membantah,” katanya.

Zainuddin berkata, pihaknya juga akan menggunakan teknik ‘Flushing’ (kesan dan bersih) bagi mengesan sebarang objek mencurigakan jika benar ada bahan letupan dipasang seperti yang didakwa dalam satu e-mel sebelum ini.

Ia bagi memastikan keadaan di beberapa lokasi sekitar ibu negara seperti pusat beli-belah Sogo, Hentian Bas Pudu Sentral, Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) berhampiran Masjid Negara, Stesen LRT Masjid Jamek dan Stesen Komuter Bank Negara bebas daripada sebarang ancaman.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat