Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, December 31, 2013

Ancaman Bom : PKR Gesa Polis Siasat 4 Blog

KUALA LUMPUR 30 Dis - Pihak polis digesa untuk menyiasat empat blog pro Umno yang didakwa telah menyebarkan emel palsu bertujuan mencetuskan huru-hara.

Pengarah Strategi Parti Pakatan Rakyat (PKR) , Rafizi Ramli berkata, aduan polis telah dibuat ke atas empat blog iaitu theunspinners.blogspot.com, theflyingkick.blogspot.com, bidaman.blogspot.com serta badutrakyat.blogspot.com.

Rafizi telah dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan emel mengaitkan beliau dengan ancaman bom pada 31 Disember ini.Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa, emel palsu mengenai rancangan untuk memasang bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur yang kononnya dialamatkan kepadanya itu direka oleh blogger berkenaan.

"PDRM tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihan emel rekaan itu terus memanggil saya untuk memberi keterangan dan disiasat," katanya.

Beliau juga kecewa apabila Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih belum menyatakan sama ada beliau merupakan saksi ataupun orang yang disyaki dalam siasatan ke atas sebaran emel palsu tersebut.

"Sehingga sekarang, pegawai penyiasat yang mengambil kenyataan saya tidak boleh mengesahkan sama ada saya hanya seorang saksi atau suspek," katanya.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat