TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, January 15, 2015

MUTAKHIR: TLDM TAMATKAN PENGLIBATAN KAPAL DALAM MISI PENCARIAN PESAWAT AIR ASIA QZ8501.

KUALA LUMPUR, 14 Jan - Penglibatan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam misi pencarian Op Search and Rescue (SAR) QZ8501 ditamatkan secara rasmi pada 14 Jan 15 jam 6 petang. Selama tempoh 17 hari, TLDM telah menugaskan lima buah kapal iaitu Kapal Diraja (KD) PAHANG, KD LEKIU, KD LEKIR, KD KASTURI dan KD PERAK serta sebuah helikopter Fennec. KD PAHANG adalah kapal TLDM pertama tiba di kawasan operasi SAR pada 29 Dis 14 (hari kedua operasi) sebelum disusuli oleh KD LEKIR, KD LEKIU, KD KASTURI dan KD PERAK. Secara purata, setiap kapal TLDM yang ditugaskan melaksanakan operasi selama 8 hari sebelum keluar dari kawasan pencarian untuk melaksanakan ulangbekal.

Sepanjang penugasan, kapal TLDM telah berjaya mencapai beberapa kejayaan operasi. Secara keseluruhan kapal TLDM telah melaksanakan operasi meliputi kawasan seluas kira-kira 22,000 batu nautika persegi. Pencarian dilaksanakan dengan menempatkan pemerhati tambahan di atas geladak, pemantauan udara oleh helikopter FENNEC, radar, sonar (pencarian bawah air) dan bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB). Selain itu, kapal TLDM turut menggunakan penderia elektro optik bagi mengesan objek di permukaan laut pada waktu malam. Perenang awasan juga terpaksa ditugaskan bagi menaikkan jenazah yang dijumpai walaupun dalam keadaan laut dan cuaca yang sangat mencabar. Kapal TLDM telah menjumpai dan mengambil 10 jasad (4 lelaki, 4 perempuan dan 2 jantina tidak dikenalpasti) yang mana KD KASTURI menaikkan 5 jasad, KD LEKIR 2 jasad, KD PAHANG 2 jasad dan KD PERAK 1 jasad. Di samping itu, beberapa serpihan pesawat dan barangan peribadi mangsa turut dibawa naik. Kapal TLDM telah menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi apabila dapat bekerjasama dengan kapal dan pesawat negara lain seperti Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, China, Jepun dan negara-negara lain yang turut terlibat dalam usaha pencarian. Kerjasama erat juga dicapai dengan Badan SAR Nasional, Indonesia (BASARNAS) yang berjaya mengkoordinasikan keseluruhan operasi ini dengan baik.

Penglibatan kapal TLDM serta beberapa kapal tentera laut asing ditamatkan apabila bukti utama Flight Data Recorder (FDR) dan Cockpit Voice Recorder (CVR) ditemui pada 12 Jan 15 dan 13 Jan 15. Disamping itu, beberapa pengesanan objek besar di bawah air mengesahkan posisi kapal terbang terhempas. Lanjutan daripada perkembangan tersebut, BASARNAS telah menumpukan operasi pencarian bawah air di kawasan pencarian yang lebih kecil berkeluasan 25 batu nautika persegi. Pencarian di kawasan ini disimpulkan memadai dengan aset-aset Indonesia sahaja. Sehingga 14 Jan 15, sebanyak 48 jasad telah ditemui dan 36 daripadanya telah dikenalpasti.  

Angkatan Tentera Malaysia dan TLDM khususnya sentiasa bersiap sedia dan komited menghulurkan segala bentuk bantuan dengan segera apabila diperlukan, selaras dengan semangat setiakawan ASEAN yang sedia terjalin.

-    TAMAT    -

Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar

Panglima Tentera Laut

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat