TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, January 15, 2015

Terkini: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, memberi amaran kepada Kiev.

MOSCOW: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, memberi amaran kepada Kiev  jangan menggunakan kekerasan dalam konflik di timur Ukraine di mana keganasan meningkat mendadak minggu ini.

"Kami memberi amaran kepada rakan kami di Ukraine supaya tidak cuba sekali lagi untuk kembali kepada kekerasan," katanya pada sidang media di Moscow.

Merujuk kepada serang roket ke atas sebuah bas yang mengorbankan 12 orang semalam, beliau berkata gencatan senjata rapuh di timur Ukraine sedang dicabuli.

"Tembakan semakin meningkat. Tragedi kematian penumpang bas kini diperkatakan orang ramai. kami mendesak siasatan menyeluruh," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menuduh Kiev menyerang bas berkenaan, iaitu kematian orang awam paling ramai sejak gencatan senjata 5 September tahun lalu bagi menamatkan peperangan sembilan bulan antara pasukan keselamatan Ukraine dan pemberontak pro-Russia.

Kerajaan Ukraine menyatakan roket itu ditembak dari kawasan yang dikuasai pemberontak manakala pemberontak pula menuduh ia ditembak oleh batalion sukarelawan Kiev. - AFP

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat