Google+ Followers

TERIMA KASIH

MTMR

Tuesday, April 22, 2014

Saman fitnah FELDA terhadap Saifuddin selesai.

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung kenyataan penjualan minyak sawit ke Israel, diselesaikan secara baik hari ini.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong merekodkan penghakiman persetujuan itu dalam mahkamah terbuka selepas Peguam Kanan Persekutuan Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili FELDA, memaklumkan perkara itu kepada mahkamah.

Kes itu berkaitan artikel bertajuk '2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel' dan 'BN Jangan Tipu Rakyat' bertarikh 27 November 2012 yang disiar Suara Keadilan.

"Defendan ketujuh (Saifuddin) dengan ini menerima dan mengakui bahawa Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd, pada Mac 2010, membuat penghantaran ke Palestin dan bukan Israel, dan Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel," katanya sambil menambah FELDA dan Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd merupakan dua entiti yang berbeza.

Sebelum ini mahkamah mendengar keterangan tujuh saksi dan hari ini Saifuddin sepatutnya memberi keterangan pada perbicaraan kes saman fitnah itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 April untuk keputusan kes itu bagi enam defendan lain iaitu Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

FELDA memfailkan saman itu pada 7 Januari tahun lalu.

Penyataan tuntutan FELDA mendakwa Mazlan memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial Facebook miliknya pada 19 November 2013 dan empat hari selepas itu, defendan berkenaan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan di depan pejabat FELDA, yang diterbitkan semula menerusi beberapa artikel dalam akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lalu.

FELDA mendakwa fitnah itu menjejas reputasinya dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian bagi menghancurkan kepercayaan serta keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi.

Sehubungan itu, FELDA menuntut ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos.

Saifuddin diwakili peguam William Leong manakala defendan lain oleh peguam Azhana Mohd Khairuddin.

- BERNAMA

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat