TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, July 13, 2014

Johor Bahru: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebentar tadi melancarkan peranti butang pintar keselamatan mudah alih pertama di negara

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kanan) melancarkan peranti butang pintar keselamatan mudah alih pertama di negara ini dikenali sebagai ResQ di Johor Bahru, hari ini. Pengguna hanya perlu menekan butang pada peranti GPS itu untuk menghantar isyarat permintaan bantuan kepada tiga pihak iaitu ahli keluarga, pengawal keselamatan bagi kawasan perumahan berpagar dan pihak polis bagi semua kes kecemasan.

Turut hadir (dari kiri); Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim; CEO Global Net, Datuk Vincent Gey; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff; Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyanathan. - Foto Hairul Anuar Abd Rahim

Berita lanjut: http://bit.ly/1zxMfu8
Turut hadir (dari kiri); Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim; CEO Global Net, Datuk Vincent Gey; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff; Exco Perpaduan dan Sumber Manusia Johor, R Vidyanathan.

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebentar tadi melancarkan peranti butang pintar keselamatan mudah alih pertama di negara ini dikenali sebagai ResQ.

Alat berkenaan diperkenalkan selaras dengan usaha kerajaan negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menurunkan kadar Indeks Jenayah sekali gus menjamin keselamatan rakyat negeri ini.



KETUA Projek Khas Global Net, Haznina Ahmad Kamal menunjukkan peranti butang pintar keselamatan mudah alih pertama di negara ini dikenali sebagai ResQ.  - Foto Hairul Anuar Abd Rahim
Pengguna hanya perlu menekan butang pada peranti GPS itu untuk menghantar isyarat permintaan bantuan kepada tiga pihak iaitu ahli keluarga, pengawal keselamatan bagi kawasan perumahan berpagar dan pihak polis bagi semua kes kecemasan.

Mohamed Khaled berkata, pembangunan teknologi baru itu dapat membantu Polis Johor membanteras jenayah, sekali gus merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang meletakkan dua Indeks Penilaian Prestasi (KPI) berkaitan keselamatan menerusi Pelan Suara Hati Johor.

"Dua KPI itu ialah peratusan penurunan Indeks Jenayah yang dilaporkan dan peratusan penurunan laporan pecah rumah. Saya difahamkan Polis Johor turut menggunakan strategi dan kaedah kepolisan terkini iaitu meningkatkan kehadiran polis serta melaksanakan penugasan unit rondaan bermotosikal (URB)," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat