TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label TMJ. Show all posts
Showing posts with label TMJ. Show all posts

Friday, September 30, 2016

KEJAYAAN JDT, SKUAD KEBANGSAAN, PERPINDAHAN PEMAIN DAN KERUSI TERHANGAT FAM

Berkenaan dengan kejayaan JDT, buat masa ini saya amat bangga dengan JDT kerana telah berjaya bukan sahaja memenangi Liga Super Malaysia tiga kali berturut-turut, tetapi menjuarai Piala FA dan Piala Sumbangsih. JDT beroleh tiga piala musim ini dan juga berada dalam peringkat separuh akhir Piala AFC. Jika berjaya ke peringkat akhir, Alhamdulillah. Sekiranya tidak berjaya pun tidak mengapa kerana kami telah berjaya hingga ke saingan separuh akhir untuk dua tahun berturut-turut. Itu adalah pencapaian yang patut kami hargai dan bersyukur kerana dari situ kita boleh menilai prestasi dan kedudukan kelab kita di peringkat antarabangsa.

Mengenai skuad kebangsaan pula, baru-baru ini kecoh apabila pemain JDT II dipanggil balik. Ini kerana saya mahu mengajar FAM agar mula mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh FIFA dan negara-negara bola sepak yang maju di luar negara. Mereka mahukan pemain berlatih lebih lama untuk lebih persiapan di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee. Jika diletakkan pemain berlatih empat bulan dalam skuad kebangsaan sekalipun, mereka tetap akan bermain 'stail' itu juga. Ini oleh kerana kualiti dan level yang ada pada Ong Kim Swee. Sekiranya ada jurulatih antarabangsa yang ada rekod dan kejayaan, saya boleh benarkan pemain saya pergi untuk berapa lama sekalipun kerana saya tahu mereka boleh belajar. Tetapi sekiranya dengan Datuk Ong Kim Swee, pemain saya tidak akan dapat belajar dengan lebih lagi kerana beliau bukannya dilantik berpandukan prestasi beliau tetapkerana sikap pilih kasih oleh Exco-exco FAM dan berkongsi gaji. Jadi saya tidak mahu ulas lebih panjang kerana saya tahu pada tahun hadapan, beliau tidak akan ada lagi. Pemain saya akan melapor diri empat hari sebelum perlawanan. Muktamad.

Berkenaan pemindahan pemain pula, begitu ramai mengatakan pemain Kelantan hendak berhijrah ke Johor. Terus terang saya katakan, berita tersebut tidak benar. Saya ada empat atau lima pemain yang akan berpindah. Saya juga ada empat pemain yang akan berhijrah daripada luar negeri Johor, dan ada tiga pemain yang akan naik daripada pasukan JDT II. Dan siapa pemain tersebut yang akan datang ke JDT buat masa ini belum boleh saya dedahkan nama mereka tetapi  saya mengesahkan bahawa tiada pemain daripada Kelantan. Akan ada satu daripada Sarawak, satu daripada T-Team, satu daripada PDRM dan dua daripada Selangor. Manakala tiga lagi daripada JDT II. Itu adalah muka-muka pemain baharu yang akan masuk ke dalam JDT.

Dan juga baru-baru ini, ada seorang pemain Felda yang dahulu kononnya mengeluarkan kenyataan hendak membalas balik budi Irfan Bakti, kini tidak habis-habis menelefon Penyelaras Pasukan JDT, En. Din Sabran untuk meminta agar dapat bertemu dengan saya untuk bermain semula dengan JDT. Nasihat saya kepada mereka, pergilah balas balik jasa Irfan Bakti itu. Masa dahulu sewaktu kami berminat dan beri tawaran dengan cara profesional, dia kononnya hendak tunjuk hero, hari ini merapu-rapu mencari orang. Saya dah mengalami isu ini daripada hari pertama saya ambil alih bola sepak. Jadi, kepada yang pernah kita bagi tawaran, kemudiannya menolak, dan mencari kita semula bagai nak gila. Nasihat saya kepada mereka, pergi cari pasukan lain. 'Apabila kapal sudah belayar, kapal tersebut tidak akan berhenti.'

Kepada kerusi FAM yang terhangat, saya 50-50.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

---------

JDT'S SUCCESS, NATIONAL SQUAD, PLAYER'S TRANSFER AND FAM HOT SEAT

Regarding JDT's success, at the moment I'm proud of JDT for winning the Malaysian Super League three times running but also winning the FA Cup and the Charity Shield. JDT won three cups this season and are now in the semifinals of the AFC Cup. God willing, we can qualify for the finals and if not, it's okay as we qualified for the semifinals stage two years in a row. It's an achievement that we should appreciate and be grateful of because from there we can evaluate our team's performance in the international stage.

Regarding the national team, recently there was a ruckus when JDT II's players were recalled back. This is because I want to teach FAM a lesson to follow rules stated by FIFA. They so called said they wanted players to train for a longer duration to be better prepared under the management of Datuk Ong Kim Swee. Even if the players trained for four months in the national team, they will still continue to play with that similar 'style'. That's the level of quality Ong Kim Swee has. If there is a foreign coach with records of success, I will allow my players to train with him because I know my players would learn under him. If under Ong Kim Swee, my players can't learn much under him as he was appointed by FAM's EXCO based on favoritism, not based on his performance and shared their salary. I don't want to speak anymore of this as I know he won't be around next year. So, my players will only report to the national team four days before the match as stated by FIFA's regulation. End of story.

As for the player's transfers, many have said that the Kelantan players wants to come and play for Johor. Honestly, that's not true. I have four or five players that will be leaving Johor and there are three players that will be promoted from JDT II. I can't reveal their names but I can confirm there are no Kelantan players. One is from Sarawak, one from T-Team, another from PDRM and two from Selangor plus three from JDT II. These are the new faces that will play for JDT soon.

And also recently, a Felda player had come out with a statement that he wanted to repay Irfan Bakti's faith in him. He's never stopped calling my team coordinator, Mr. Din Sabran demanding to meet me to let him play for JDT again. My advice to him, you just repay your debt to Irfan Bakti. When we offered for his service and approached him professionally, he showed his big headedness and now he wants to play for us. I've had this issue from day one since I took over football. So my advice to the ones we've offered but trying to play hard to get, please find another team. 'When the ship has already sailed, it won't stop'.

For the FAM's hot seat, i'm still 50-50

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Friday, July 22, 2016

DELEGASI ANGKATAN TENTERA DARIPADA KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT MENGADAP DYMM SULTAN JOHOR DAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhun Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menerima kunjungan hormat delegasi Angkatan Tentera daripada kedutaan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Kolonel Ronald D. Sargent Jr. Atase Pertahanan Amerika Syarikat di Istana Bukit Pelangi pada hari ini, 22hb Julai 2016. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik antara Askar Timbalan Setia Negeri Johor dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat serta berbincang mengenai sesi latihan bersama untuk masa akan datang. Allah Peliharakan Sultan.

----

UNITED STATES ARMY DELEGATION FROM THE UNITED STATES EMBASSY VISITS HM SULTAN OF JOHOR AND HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

HM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan of Johor, and HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor, received the delegation of the United States Army from the United States Embassy led by Colonel Ronald D. Sargent Jr. , Defense Attaché at the Istana Bukit Pelangi today, July 22nd 2016. The visit was to foster and strengthen the ties between Johor Military Forces and the United States Army and also discuss future joint exercises. Allah Peliharakan Sultan.

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

YANG TIDAK ADA KENA MENGENA LEBIH BAIK DUDUK DIAM-DIAM SAHAJA

Pada saya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini JDT adalah kelab yang paling berjaya di rantau Asia Tenggara. Kami adalah juara sebenar dalam negara kerana kami telah berjaya mencapai kejayaan menentang sistem.

Kami memenanginya dengan mewujudkan sebuah kelab tanpa memerlukan dana dari kerajaan kerana dana tersebut sepatutnya menjadi milik rakyat dan bukannya digunakan untuk bola sepak.

Saya bukan berjaya kerana saya seorang presiden sebuah persatuan dan mempunyai pengadil yang bekerja dalam persatuan saya.

Saya bukan berjaya kerana pengadil yang memberikan sokongan terhadap parti politik yang saya turut terlibat di dalamnya.

Saya bukan berjaya dengan membelanjakan duit rakyat atau wang untuk kegunaan peneroka. 

Kepada Ahli Parlimen Kota Tinggi, Ahli Parlimen Sekijang dan pucuk pimpinan Felda, beringatlah bahawa duit peneroka atau dana kerajaan sepatutnya di gunakan untuk rakyat dan bukan bola sepak demi kesinambungan politik dan untuk menguntungkan sesetengah kontraktor-kontraktor Felda.

Seperkara yang terakhir, kepada pihak SPRM, tindakan anda ibarat seperti begitu terhegeh-hegeh hendak menyiasat FAM, adakah anda mahu menyiasat atau lebih hendak tahu siapa yang memberi maklumat kepada saya.

Banyak lagi kes-kes besar di dalam negara ini yang masih tak mampu SPRM selesaikan. Lebih baik berikan tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaikan.

Maklumat di dalam pendrive ini adalah hak milik saya. Saya sendiri akan selesaikan isu ini dan sekiranya saya mahu pertolongan SPRM, saya sendiri yang akan memanggil SPRM.

Tidak perlu hendak diperhebohkan mengenai hal ini. Yang tidak ada kena mengena lebih baik duduk diam-diam sahaja. Selesaikan masalah dan hutang masing-masing.

Masalah FAM ialah terlalu ramai pejuang FAM di luar FAM. Buat masa ini biarlah saya selesaikan isu ini dengan pihak tertentu. Dan sebelum saya terlupa, pertanyaan ini ditujukan kepada Dato Taufek yang mengeluarkan kenyataan dalam Harian Metro pada hari ini, anda dapat gelaran Dato dari mana?

Terima kasih.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

----

THOSE WHO ARE NOT INVOLVED SHOULD JUST SIT QUIETLY

To me, over the last few years JDT is the most successful club in South East Asia. We are the real champions in the country because we have achieved success against the system.

We won by creating a club that did not take the government's money because government's money belongs to the people and should not be used for football.

I didn't win because I am a President of a particular association and the referees are working for my association. I didn't win because the referee is supporting some political party which I am in. I did not win by spending the rakyat's money or money meant for the settlers.

To the member of parliament for Kota Tinggi, member of parliament for Sekijang and the top leadership of FELDA, remember that the money for the settlers or government funds should be used for the rakyat and not for football and your own political mileage and for the benefit of certain FELDA contractors.

Lastly, to MACC, your actions shows that MACC is so desperate to investigate FAM. There are plenty of other bigger cases in the country that MACC still are not able to solve.

Perhaps its better to focus on these unsolved cases. The information in the pendrive belongs to me.

I will personally solve this issue and should i require any assistance from MACC, I will inform MACC. There is no need to make a big fuss regarding the matter. Those who are not involved should just sit quietly.

Solve each of your debt problems. The problem with FAM is there are too many FAM's fighters outside of FAM.

For the time being, let me solve this issue with the relevant people. Before I forget, this question is directed at Dato Taufik who issued a statement in Harian Metro today, where did you get your Datoship from?

Thank you.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Tuesday, July 19, 2016

TMJ Bakal jumpa Exco tertinggi FAM?

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAKAL BERJUMPA DENGAN FAM

Hanya dua halaman 3.1.2.1 dan 3.1.2.2 dari 279 halaman yang kami dapat kongsikan disini atas titah DYAM Tunku Mahkota Johor oleh kerana tidak mahu menganiaya sesetengah individu dan mahu menyimpan sebahagiannya terlebih dahulu atas sebab sesetengah maklumat tersebut mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar pada individu tertentu. Terima kasih.

DYAM Tunku Mahkota Johor bakal berjumpa dengan Exco tertinggi FAM dan pegawai-pegawai di dalam FAM di Kuala Lumpur atau Johor Bahru secara 'personal' dan 'private' untuk membincangkan dan menyelesaikan isu sedia ada. Pertemuan tersebut juga bertujuan untuk menggesa individu-individu tertentu untuk berundur dan memberikan tugasan tersebut kepada mereka yang lebih berkaliber, dedikasi dan penuh integriti bagi menerajui FAM dan pengurusan pasukan kebangsaan.

Sepertimana titah DYAM Tunku Mahkota Johor, "individu yang akan menerajui FAM dan pasukan kebangsaan mestilah layak dan berkaliber serta diterima oleh semua pihak termasuk semua penyokong bolasepak tanahair."

-----

HRH CROWN PRINCE OF JOHOR TO MEET FAM

Only two pages 3.1.2.1 and 3.1.2.2 out of 279 pages have been shared by us here as decreed by HRH Crown Prince of Johor to avoid persecuting certain individuals and withhold some of the information first as those information includes names that can have huge implications on those individuals. Thank you.

HRH Crown Prince of Johor will be meeting the FAM executive committee and officials in Kuala Lumpur or Johor Bahru to discuss and solve the issue personally and privately. The aim of the meeting is to urge certain individuals to step down and pass on the duties to those with more calibre, dedication and integrity to be at the helm of FAM and the national team's management.

As HRH Crown Prince Johor has mentioned, "individuals who will be heading FAM and the national team must be of caliber, capable, and accepted by everyone including the football fans in the country"

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Thursday, July 14, 2016

DAULAT TUANKU : TMJ SUDAH " BERSEDIA "

MENGENAI PERSARAAN PEMAIN-PEMAIN DARI SKUAD KEBANGSAAN, FAM DAN FMLLP

Selepas kenyataan saya berkenaan kekecewaan saya terhadap organisasi skuad kebangsaan iaitu FAM dan FMLLP, kelab kami telah mengadakan mesyuarat untuk menyuarakan kebimbangan kami mengenai  kelemahan didalam menjalankan tugas dan pentadbiran dalam FAM. Sejurus selepas mesyuarat rasmi kelab JDT tersebut, beberapa pemain telah datang berjumpa saya dan memberitahu hasrat mereka untuk bersara. Saya memberi pendapat saya, dan bahawa apa juga keputusan yang mereka buat, saya akan menyokong keputusan mereka. Sebahagian daripada mereka meminta saya membantu mereka untuk mengumumkannya melalui laman rasmi JDT. Mereka tidak mahu mengumumkannya melalui media dan akaun media sosial mereka sendiri kerana terdapat ramai peminat bolasepak yang tidak bertanggungjawab sentiasa akan menyalahkan tindakan mereka. Saya bersetuju dan mengarahkan pegawai di kelab kami untuk mengendalikannya.

Sekarang, saya ingin menyuarakan pendapat jujur saya kepada peminat bolasepak di seluruh negara dan beberapa penyokong setia FAM. Untuk memahami keadaan ini, anda perlu menggunakan otak anda, walaupun kebanyakan anda tidak menyukainya. Adalah mudah untuk mengkritik tetapi anda perlu meletakkan diri anda di tempat mereka untuk memahami keputusan mereka. Pemain ini sayangkan negara mereka. Mewakili negara adalah penghormatan terbesar yang pernah mereka lalui dalam kerjaya mereka. Mereka bukan melakukannya kerana tidak suka kepada Malaysia. Mereka melakukan kerana mereka adalah manusia seperti anda dan saya. Mereka melakukan ini kerana mereka sudah letih dengan panggilan yang tidak sepatutnya dimana mereka perlu menghabiskan masa berbulan-bulan di kem latihan dengan latihan yang tidak mencukupi dan tidak memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan.

Mereka terpaksa bermain untuk sebuah organisasi yang tidak pernah mengambil hal ehwal kebajikan mereka dan tidak berbuat apa-apa apabila rakan-rakan mereka tidak menerima gaji dari kelab masing-masing. Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak pernah menghadiri sebarang latihan atau pun mesyuarat. Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak mengetahui nama mereka dan kewujudan mereka. Mereka terpaksa juga bermain untuk sebuah organisasi yang tidak ambil kisah apabila mereka mengalami kecederaan. Saya berdiri bersama pemain-pemain ini. Terdapat lebih ramai lagi pemain yang mahu mengambil tindakan yang sama seperti pemain JDT lakukan tetapi mereka terlalu takut dengan pengurusan mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan. Mudah bagi anda untuk memberi komen dan mengkritik. Tetapi jika anda berada di tempat mereka, saya rasa anda juga akan melakukan perkara yang sama. Mereka telah cuba pelbagai cara yang sepatutnya dan profesional yang mungkin untuk mengendalikan perkara-perkara ini seperti merujuk kepada PFAM, dan juga menyuarakan masalah mereka kepada jurulatih dan pegawai FAM. Tetapi seperti biasa, FAM lakukan apa yang biasa mereka lakukan iaitu mengabaikan mereka. Sama seperti bagaimana mereka mengabaikan kelab dan penyokong bola sepak di seluruh negara selama 30 tahun. Oleh itu nasihat saya kepada anda adalah, anda perlu berdiri bersama pemain dan kelab. Minta perubahan dalam FAM. Sama ada mereka suka atau tidak, satu hari nanti mereka perlu berubah.

Seperkara terakhir, mereka sebelum ini menuduh saya membunuh bolasepak Malaysia. Jawapan saya kepada mereka adalah, "jika semua perubahan positif ini dianggap membunuh, saya akan terus membunuhnya". Hari ini saya ketawa kerana sewaktu saya mengatakannya, mereka fikir saya bergurau. Walaubagaimanapun, satu dunia tahu saya tidak membunuh bolasepak Malaysia dan memberi pengiktirafan yang saya telah menaikkan nama bolasepak Malaysia dengan pencapaian JDT dan prasarana JDT. Saya boleh memberi jaminan kepada anda, bahawa saya akan melakukan apa sahaja untuk membunuh korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia dan mereka-mereka yang terlibat. Malaysia memerlukan orang bolasepak dan jurulatih profesional dan bukannya 'businessman'. Untuk FMLLP. Anda sepatutnya menjaga kepentingan kelab dan penyokong. Bukan kepada beberapa individu-individu tertentu yang membuat jutaan ringgit. Didedikasikan khas untuk Dato Noza dan Kevin Ramalingam.

Sebelum saya akhiri kenyataan ini. Untuk makluman anda, saya sudah "Bersedia". Semoga Allah SWT merahmati anda semua.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----

REGARDING PLAYERS RETIRING FROM THE NATIONAL TEAM, FAM AND FMLLP

After my statement that I was disappointed with the national team's  organisation namely FAM and FMLLP, our club held a meeting to address our concerns of how things a poorly run in FAM. Later after the meetings with JDT clubs official, a few players came to see me and told me about their decisions and what's my opinion. I told them what I thought and told them that whatever decision they make, they'd  have my support. So some of them , requested me to help them anounce it through our page. They did not want to go through the media and their own social media accounts because there has been a lot of irresponsible football fans constantly abusing them. I agreed and told the people in our club to handle it.

Now, I would like to voice out my honest opinion to football fans across the country and few of FAM loyalists. To understand this situation you have to exercise your brain, even though most of you don't like it. It is easy to criticize but you have to put yourself in their shoes to understand their decision. These player love their country. Representing the country is the greatest honour they have ever gone through in their careers. They don't do this because they don't love Malaysia. They do this because they are human beings like you and me. They do this because they are tired of unnecessary call ups that they have to spend months in training camp doing nothing.

They have to play for an organisation that never stand up for their well being and they don't  even do anything when their compatriots don't  receive salaries from their respective clubs. They are playing for a president who never attend trainings or meetings. Playing for a leader who doesn't even know their name and existence. Playing for an organisation that couldn't care less when they get injured. I stand with the players. They are more players that want to take the same action as the JDT players have taken but are too scared of their superiors.

Ladies and gentleman. Is easy for you to comment and criticize. But if you are in their shoes I think you would have done the same. These players have tried many ways to be as reasonable and professional as they can be in handling these matters by going to PFAM, and also voicing out their troubles to coaches and FAM officials. But as usual, FAM does what they do best which is ignoring them. Just like how they have ignored clubs and football fans across the country. Therefore my advice to you is, you should stand for the players, clubs and other organisation and demand changes in FAM. Whether they like it or not, one day they have to change.

Last but not least, they accused me of killing Malaysian football before. My reply to them was, "if all this positive changes is consider killing, I will continue killing it". Today I'm laughing because when I said that, they thought I was joking. Anyway, the world knows I'm not killing Malaysian football. But I can assure you, that I will do whatever it takes to kill corruption in Malaysian football and those who are responsible. Malaysia needs people with football knowledge and profesional coaches, not businessman. To FMLLP. You are supposed to take care of the clubs interest and the fans. Not the few individuals in making millions. Specially dedicated to Dato Noza and Kevin Ramalingam.

Before i end this statement. For your information, i am "Ready". May God bless all of you

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Tuesday, July 12, 2016

LEBIH RAMAI AHLI PERNIAGAAN BERBANDING JURULATIH DAN ORANG-ORANG BOLASEPAK DALAM FAM.

Saya dapati kebanyakan pemain JDT yang baru pulang dari tugasan skuad kebangsaan telah mengalami kecederaan. Seramai 5 pemain mengalami kecederan sewaktu pulang ke pusat latihan JDT. Laporan yang saya terima daripada pemain dan jurulatih kecergasan pasukan kami, sepanjang tempoh 30 hari pemain bersama dalam skuad kebangsaan, hanya empat hari sahaja mereka menjalani sesi latihan. Itulah sebabnya pemain mengalami kecederaan!

Ini terjadi kerana pasukan kebangsaan tidak mengikut momentum dan tidak menjalani 'high intensity' kecergasan yang sepatutnya. Apabila saya bersuara, mula semua melatah. Jadi, sampai bila harus begini? Sekarang saya bertanya dengan ikhlas kepada anda semua yang berada di dalam organisasi pasukan kebangsaan iaitu anda berada di organisasi ini hanya untuk makan gaji sahaja atau masing-masing ada matlamat  tertentu atau sekadar mahu menjaga poket sendiri? Masalah organisasi ini adalah terlalu ramai ahli perniagaan berbanding jurulatih dan orang-orang bolasepak.

Inilah masalahnya dalam negara ini semenjak dari dulu lagi sehingga hari ini apabila rasuah menjadi budaya

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

------

MORE ENTREPRENEURS COMPARED TO COACHES AND KNOWLEDGEABLE FOOTBALL PERSONNEL IN FAM.

It has come to knowledge that most of the JDT players that have returned from their national duties have suffered injuries. As many as 5 players were injured when they came back and resumed training with the team at the JDT training centre. According to the report that I've received from our players and fitness coach, the players only had 4 days of training throughout their 30 day tour with the national team. That is the reason why they are injury prone.

This happens because the national team does not maintain and follow the proper momentum and 'high intensity' fitness training that is necessary. When I voice out, everyone makes noise. Why must it be so? Now let me sincerely ask all of you in national team organisation. Are you all there with a specific goal? Or are you there just to receive your monthly remuneration and cater to your own personal interest? The problem with this organisation is that there are too many entrepreneurs compared to coaches and knowledgeable football personnel. 

This is the problem plaguing the country. A problem we are facing from before till this very day. It's when bribery has become customary.

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Friday, June 24, 2016

TMJ Nasihatkan bahawa pemimpin pengecut paling bahaya!!! Sambil menekankan pentingnya integriti dalam kepimpinan.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa pemimpin yang pengecut adalah paling bahaya sekali, sambil menekankan tentang pentingnya integriti dalam kepimpinan.

Tunku Ismail berkata nenda baginda - Almarhum Sultan Iskandar - selalu berpesan bahawa sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti, yang menurut baginda, semakin sukar dijumpai.

"Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenal pasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat.

"Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya," tegas baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan ayahanda baginda Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail bertitah, nasihat baginda kepada semua pemimpin dalam setiap sektor kerajaan, NGO dan organisasi di Johor adalah supaya memberikan inspirasi dan memimpin segenap lapisan rakyat.

"Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti.

"Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.

"Tiada maknanya jika anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif. Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda yang anda tidak layak menjadi seorang pemimpin," titah baginda.

Tunku Ismail juga bertitah nampaknya apa yang baginda katakan sering membuatkan ramai orang melenting.

"Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya," titah baginda lagi.

Thursday, June 16, 2016

BERKENAAN BOLASEPAK DAN KES MENGHINA

Kelab bolasepak bukan sebuah penjara, itulah sebabnya ia dipanggil kelab bolasepak. Pemain bebas untuk berpindah dan pergi ke mana sahaja yang mereka mahu termasuk pemain di JDT. Pintu sentiasa terbuka untuk pemain kerana pemain sentiasa datang dan pergi dari kelab-kelab sepanjang masa. Yang menghairankan di Malaysia, kelab dan persatuan mengancam pemain mereka agar tidak meninggalkan kelab. Ini termasuk mengugut pemain dan keluarga mereka, memanipulasi penyokong serta mengenakan denda ke atas pemain. FIFA menyebut dengan jelas bahawa pemain boleh pergi ke mana-mana sahaja yang mereka mahu selagi pemain menebus kontrak mereka.

Dalam kes Gabriel Guerra, yang telah menjadi topik hangat yang diperbualkan oleh media baru-baru ini, saya menyaksikan sendiri apabila pemain tersebut datang untuk melawat Juan Sebastian Veron di Johor, mesej yang dihantar kepadanya oleh penolong jurulatih PKNS dan bagaimana dia menerima layanan yang berbeza di kelabnya... Dan kelab tertanya-tanya pula mengapa pemain ingin meninggalkan mereka selepas pemain tersebut menerima layanan dengan cara sedemikian. Apabila Gabby Guerra menunjukkan mesej yang telah disampaikan oleh pihak pengurusan PKNS, saya terkejut kerana saya sebagai putera raja, saya sendiri langsung tidak pernah menggunakan apa-apa perkataan yang kesat dan menyakitkan terhadap pemain saya sepertimana mereka gunakan terhadap Gabby Guerra. Oleh kerana terkejut, saya tidak sengaja tersimpan mesej tersebut...ehem. Orang-orang ini sengaja menjadi ianya isu besar apabila Gabby memakai baju JDT dan apabila bergambar dengan saya. Tetapi peliknya tiada penyokong JDT membuat sebarang isu apabila TMJ bergambar memakai baju PKNS. Sekarang saya ingin bertanya kepada PKNS, "Adakah Gabby Guerra menjadi masalah tersebut atau orang PKNS yang ada masalah dengan TMJ". Gabby memberitahu saya bahawa "Ia bukan mengenai apa yang saya lakukan tetapi adalah kerana mereka membenci Tunku".

Saya juga sedar bahawa PKNS berhasrat untuk memastikan Gabby Guerra menandatangani kontrak baru. Ini adalah untuk memastikan bahawa apabila JDT ingin mendaftar pemain ini di masa akan datang, PKNS akan mendapat wang dari perjanjian tersebut. Maaf, itu tidak akan berlaku. Saya telah dimaklumkan mengenai kes yang sama mengenai Azrif Nasrulhaq yang telah menghantar surat kepada Selangor FA memberitahu mereka bahawa dia tidak lagi mempunyai keinginan untuk mewakili kelab itu. Dan saya juga di fahamkan iaitu pihak FAS telah berjanji kepada keluarga pemain tersebut untuk melepaskan Azrif dalam perpindahan pemain pertengahan musim kerana pemain tersebut tidak lagi mempunyai hati untuk bermain dalam pasukan. Walau apapun Azrif kena bersabar dan harus tahu ianya bukan salah FAS tetapi orang-orang tertentu di dalam FAS.

Selangor adalah pasukan yang paling hebat dalam negara, yang kaya dengan sejarah dan mempunyai potensi untuk sentiasa menjadi pasukan yang paling hebat dalam negara. Saya kagum dengan pasukan Selangor daripada saya kecil lagi dan saya hormat penyokong-penyokong Selangor. Tetapi apakan dayanya apabila ahli politik menguruskan kelab bolasepak demi kepentingan peribadi. Setiap kelab perlu memahami bahawa kami menjalankan kelab bola sepak dan bukan kem tahanan. Sekiranya terdapat mana-mana kelab yang berhasrat untuk membeli mana-mana pemain JDT, pintu kelab JDT sentiasa terbuka. Walau bagaimanapun, sedih di negara ini, pegawai-pegawai tertinggi dalam bola sepak masih mengugut pemain dan keluarga mereka. Kepada bapa Azrif, semoga berjaya untuk RM2Juta

Ini adalah mengapa saya tidak nampak sesiapa sebagai pesaing saya. Ia kerana kami tidak mempunyai impian yang sama, matlamat yang sama, cita-cita atau pemikiran yang sama. Kami berbeza. Jika anda mahu bersaing dengan Johor, wujudkan persekitaran di mana pemain tidak mahu meninggalkan kelab.

Hanya satu nasihat kepada pesaing kami, kejayaan kerap terhasil apabila anda mengamalkan gaya hidup positif, kerja keras, ketekunan, perancangan, dan yang paling penting disiplin diri. Dalam JDT matlamat kita tidak berhenti untuk sesiapa sahaja. Sama ada anda menyokong kami atau tidak kami akan tetap lakukannya. Tidak kira  apa cara sekali pun, ia akan tetap terjadi. Demi kejayaan, kami tahu apa yang kami mahu dan kami akan berusaha untuk mengecapinya.

Kepada mereka yang mengatakan saya tidak boleh dikritik, saya telah dikritik sejak 2013 lagi bila saya mengambil alih PBNJ. Baru-baru ini isu beberapa individu telah ditangkap kerana menghina nama baik saya yang tak pernah saya kacau. Terdapat pihak yang cuba memutarbelitkan fakta mengatakan mereka mengkritik dan bukannya menghina. Ada juga segelintir yang memutarbelitkan fakta bahawa saya yang menitahkan untuk membuat tangkapan keatas individu individu ini. Hakikatnya, laporan polis dibuat oleh rakyat Johor yang masih sayangi institusi DiRaja. Jadi soalan saya kepada individu-individu tersebut adalah apa kena mengena dengan saya sekiranya ada orang lain membuat laporan terhadapnya..? Ada juga sesetengah pihak yang menyeru kepada saya untuk mengarahkan pihak polis membebaskan individu-individu terbabit. Orang yang sama juga sentiasa menggunakan ayat yang tiada sesiapapun dikecualikan dari segi undang-undang dan sekarang mereka mahu saya bertindak seolah-olahnya saya lebih tinggi daripada undang-undang. Walaupun mengkritik atau menghina saya tidak peduli dan mereka boleh teruskan dengan matlamat mereka kerana saya bersyukur dengan kehidupan yang Allah S.W.T telah kurniakan kepada saya dan Allah S.W.T akan sentiasa melindungi mereka yang benar. Selamat berpuasa.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

-----

REGARDING FOOTBALL AND THE CASE OF INSULT

A football club is not a prison, that is why it is called a football club. Players are free to move and go wherever they want and this includes players at JDT. Doors should always be open for players as players come in and out of clubs all the time. Surprisingly in Malaysia, clubs and associations threaten their players not to leave the clubs. This includes threats to the player's family, manipulating fans as well as imposing fines on the player. FIFA mentions it clearly that players can go anywhere they want as long as the players buys out their contract.

In the case of Gabriel Guerra, which has been a hot topic carried out by the media recently, I witnessed myself when the player came to visit Juan Sebastian Veron in Johor, the messages being sent to him by the assistant coach of PKNS and how he was being mistreated by the club... And clubs wonder why their players wants to leave after treating their players this way. I was shock by the message i saw and therefore I saved the message that was sent to Guerra. As a Prince, even I don't use such harsh and offensive words like they used on Gabby Guerra. These people wants to make a big issue because Gabby was using a JDT shirt but no JDT fan make any issue when TMJ wears a PKNS shirt. Now I would like to ask PKNS, "Is what Gabby Guerra did a problem or is TMJ the problem". Gabby tells me that "Its not what I did but because they hate you".

I am also aware that PKNS also intends to make sure Gabby Guerra sign a new contract. This is to make sure that should JDT wish to sign this player in the future, PKNS will be able to make some money from the deal. Sorry, but that is not going to happen. I was informed of a similar case regarding Azrif Nasrulhaq who has sent a letter to Selangor FA informing them that he no longer has the desire to represent the club anymore. I was also informed that FAS promised Azrif and his family that they will release him in the mid transfer window. Selangor is the most succesful club in the country, rich with history and have the potential to be the biggest club in the country. I have always been impressed by the Selangor football team since I was young and I have high respect for the Selangor Fans. However, when politicians run clubs for their own personal interests, clubs will not progress. Clubs need to understand that we run a football club and not a detention camp. Should there be any club who wishes to buy any of my players, my door is always open. However, sadly in this country, high officials in football still threatens players and their family.

This is why I don't see anyone as my competition. It is because we don't have the same dreams, goals, ambitions or brains. We are not the same. If you want to compete with Johor, create an environment where players don't want to leave.

Just a piece of advice to our respective competitors, success is often the result of a positive lifestyle, hardwork, perseverance, planning and most of all self discipline. In JDT our goals don't stop for anyone. Either you support us or against us, we will make it happen alone. Either way its going to happen. We are very clear about what we want and we are going to get it.

To those to say that I cannot be criticise, I have been criticised since 2013 when I first took over the helm of Johor FA. Recently, a few individuals have been arrested for insulting my good name. I have never bothered them. There are also certain quarters who are trying to twist facts by saying that these individuals are simply criticising and not insulting. There are people also saying that I have ordered for their arrest but in reality, the police reports are made by the people of Johor who still love the Royal Institution. My question to them is, if they make the report, what does it have to do with me.  The same people are asking me to release these individuals but you have made it clear that no one is above the law, who am I to interfere with the police or the law? Last but not least, eventhough I am criticised or insulted, I could not care less and these people can continue with their wishes as I am grateful with the life Allah S.W.T has given to me and the good will always prevail.

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Wednesday, June 8, 2016

TMJ PENYELAMAT BOLASEPAK MALAYSIA?

Sayangi dia atau benci dia!

Satu fakta nyata. Penyokong setia bolasepak Malaysia percaya bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) adalah penyelamat yang boleh memulihkan keadaan sukan bolasepak negara yang semakin merudum.

Rakyat Malaysia telah menunggu cukup lama untuk sebuah transformasi, tetapi tiada apa yang berubah sejak zaman kegemilangan lalu sewaktu pasukan negara layak untuk kali terakhir ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Tahun-tahun berikutnya telah menyaksikan permainan semakin merosot, dengan skuad kebangsaan dua kali mencatat sejarah menyedihkan.

Pertama, dimalukan 10-0 oleh pasukan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semasa kempen kelayakan Piala Dunia 2018 peringkat Asia di Abu Dhabi September tahun lepas - Sejarah Malaysia yang paling teruk dalam tempoh 50 tahun.

Beberapa bulan kemudian, ranking dunia pasukan Malaysia jatuh ke No. 174 - yang paling rendah dalam sejarah bolasepak tanah air dan hanya 30 tempat dari bawah.

Sebahagian merasakan bahawa kejayaan kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) - memenangi enam gelaran dalam tempoh tiga tahun - adalah bukti yang jelas tentang kredibiliti baginda.

Tahun lalu, JDT membuat kejutan dengan menjadi pasukan pertama Malaysia yang memenangi Piala AFC.

Skuad Harimau Selatan semakin bertambah kuat dan cita-cita TMJ adalah untuk JDT menjadi pasukan terbaik dalam setiap aspek... permainan bolasepak yang berkualiti, falsafah bolasepak yang positif, pembangunan pemain, pasukan pemasaran yang baik dan kemudahan yang terbaik di negara ini.

Tahun ini, JDT telah memenangi Piala Sumbangsih dan Piala FA. Mereka berada di landasan tepat untuk Piala AFC selepas melayakkan diri ke suku akhir dan pesaing yang kuat untuk memenangi kejuaraan Liga Super untuk tahun ketiga berturut-turut (mendahului 12 pasukan dalam carta).

Jadi, adakah TMJ layak dan sesuai untuk menyelamatkan bolasepak Malaysia?

"Saya tidak tahu sama ada saya berminat atau tidak. Tetapi saya tidak mahu berbohong. Saya seorang yang sangat berterus terang... Saya adalah individu yang paling layak untuk tugas ini. Saya satu-satunya individu yang boleh mengubah keadaan. Saya tahu apa yang saya mahu. Saya mempunyai sasaran, saya ada perancangan. Tanya dia... sama ada beliau mempunyai perancangan atau tidak? Dia tidak akan boleh memberi jawapan kepada anda, "itu jawapan TMJ.

"Itulah sebabnya saya memberitahu media mereka boleh bertanya kepada saya apa-apa soalan. Anda boleh bertanyakan apa-apa sahaja... Dari mana saya mendapat wang saya, di mana saya menyimpan wang, apa yang saya lakukan dengannya. Saya tiada apa-apa yang hendak disembunyikan.

"Jika anda mengatakan bahawa saya, yang telah mengambil alih bolasepak Johor dalam tempoh tiga tahun dan mempunyai kemudahan yang terbaik, padang terbaik di negara ini, dengan sumber-sumber kewangan, pemain berkualiti, falsafah bolasepak, pencapaian dalam dan luar negara, dan saya dilihat sebagai orang yang membunuh bolasepak Malaysia? Maka saya tidak ada apa-apa lagi untuk dikatakan.

"Ini bermakna, anda telah benar-benar maafkan berkaitan apa yang mereka telah lakukan sejak 30 tahun lalu di FAM... dan anda mencari kambing hitam. Pencapaian saya terbukti lebih kuat daripada sekadar berkata-kata. Jadi bagaimana anda boleh mengatakan Tunku Mahkota Johor membunuh bolasepak Malaysia?

"Jika perbuatan saya ini dianggap sebagai membunuh bola sepak Malaysia, maka... saya akan teruskan membunuhnya, serius."

Sejak TMJ mengisytiharkan bahawa baginda adalah individu terbaik untuk membersihkan imej bolasepak Malaysia, mengapa tidak terima tanggungjawab tersebut untuk menjadi Presiden?

"Saya tidak mahu. Saya hakmilik negeri Johor. Ini adalah tempat saya berkhidmat. Saya disayangi di sini. Saya mahu berada di mana saya disayangi. Saya seperti Jose Mourino di sini... Saya adalah 'Special One' di sini. Ini adalah tempat saya dihargai, "katanya.

"Tetapi saya tidak pernah sombong atau mementingkan diri sendiri apabila perlu untuk berkongsi pendapat. Lihatlah di mana pasukan kebangsaan berlatih hari ini (untuk pertandingan Piala Asia 2019). Adakah saya melakukannya untuk diri saya sendiri? Mereka berlatih di sini dengan kemudahan latihan yang terbaik di dalam negara... mereka tinggal di sebuah hotel yang baik, bermain di stadium yang terbaik di negara. Adakah saya hanya membantu bolasepak Johor? "

ORANG YANG SALAH MEMEGANG KUASA

Tetapi mengapa, meskipun tahap bolasepak Malaysia telah beralih ke era profesional lebih daripada 20 tahun yang lalu, bolasepak tempatan masih tiada hala tuju?

"Lakukan perkara yang betul. Kita perlu menerima idea. Pada akhirnya, ia semua bergantung kepada minat dan pengorbanan... untuk pergi ke peringkat seterusnya atau hanya berada di sana demi menjalankan tugas anda. Kedudukan adalah sangat penting, tetapi untuk permulaan kita perlu membetulkan dalaman sebelum kita boleh berfikir untuk bermain di peringkat antarabangsa, "katanya.

"Saya rasa ianya masih lagi teruk dalam persatuan bolasepak tanahair di peringkat atasan kerana anda mempunyai ahli exco yang tidak mempunyai idea dan jiwa bolasepak. Anda perlu membetulkannya dari atas. Seterusnya hingga ke peringkat bawahan.

"Jika saya FAM, saya mungkin akan menghantar jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee ke Jerman selama beberapa tahun. Belajar sebanyak mungkin dan kembali untuk berkhidmat sebagai jurulatih pasukan kebangsaan.

"Ilmu tidak mempunyai batas, tiada had. Jika kita bersedia untuk belajar, menetapkan sasaran baru, saya percaya kita boleh memperbaiki ranking negara dan kualiti bolasepak tanahair. "

PENDIDIKAN

DYAM Tunku Ismail juga merasakan bahawa penghalang utama yang menghalang perkembangan sukan ini adalah pendidikan - atau kekurangan perkara berkenaan.

"Pendidikan di negara ini perlu berubah dahulu. Ia adalah mengenai cara didikan. Jika kita mempunyai akademi yang dikendalikan secara profesional, maka anda akan mempunyai produk yang berbeza. Kita tidak mempunyai asas yang kukuh dan tiba-tiba anda ingin terus bertanding di peringkat tertinggi," katanya.

"Jika anda meletakkan pemain Malaysia dan pemain Singapura bersebelahan, dan bertanya kepada mereka soalan yang sama... anda akan mendapat jawapan yang berbeza. Cara pemikiran mereka berbeza. Itulah sebabnya saya katakan pendidikan memainkan peranan. Ia adalah tentang cara didikan. Mentaliti memainkan peranan untuk menjadi pintar.

"Jika saya bertanya kepada pemain Singapura apakah impian anda? Mereka akan menjawab kepada saya mereka ingin menjadi yang terbaik di Eropah, bermain dengan kelab-kelab besar. Tetapi bila ditanya dengan anak Malaysia akan berkata 'untuk memenangi Piala Malaysia'.

"Mengapa begitu? Pendidikan!

"Apabila anda diterapkan dengan pendidikan, ditempatkan di akademi yang baik, mempunyai guru yang betul, mempunyai jurulatih yang bagus... anda akan mempunyai produk yang lebih baik. Saya jamin kepada anda. Semua itu akan terjadi di sini (Johor). Pegang kata saya... saya akan lakukannya. "

BAKAT TANPA IMPIAN

DYAM Tunku Ismail berkata Malaysia "diberkati dengan ramai pemain berbakat dan berkualiti  tetapi malangnya tahap pemikiran mereka terbatas.

"Kami ada kualiti... tetapi terhad. Kembali ke akademi dan kembali kepada cara didikan. Jumlah bakat di negara ini amat menakjubkan. Jumlah kualiti...  ia hanya berada sehingga ini (paras tertentu). Mengapa? Ini (menuding di kepalanya) akan membawa anda ke tahap yang seterusnya.

"Mereka berpuas hati dengan beberapa gelaran Liga Super. Mengapa? Mereka tidak mahukan lebih dari itu? Kerana mereka tidak pernah membawa mimpi hingga ke bulan. Mereka fikir impian mereka terhad di situ sahaja.

"Jika saya mahu mencapai sesuatu, saya akan pergi sejauh mana yang saya mampu. Jika saya tidak berjaya mendapatkannya, saya tidak akan merasa kecewa kerana 50% sesuatu adalah lebih baik daripada 100% tiada apa-apa. Begitulah cara anggapan saya.

KITA TIDAK BOLEH BODOH SOMBONG

Salah satu sebab mengapa JDT telah berkembang, menurut DYAM Tunku Ismail, "kerana kami boleh terima kelemahan kami dan bersedia untuk belajar".

DYAM Tunku Ismail berkata, kita tidak patut ada perasaan malu untuk belajar daripada orang yang mahir.

"Kami akan membawa kepakaran dari Valencia. Kita tidak boleh bodoh sombong... anda tidak boleh hanya duduk dan mengatakan anda tahu segala-galanya tentang bolasepak. Banyak yang tidak tahu. Jika kita rasa kekurangan sesuatu... belajar. Langkah pertama ialah ketepikan ego kita”, katanya.

"Apa yang berlaku di JDT? Saya belajar, saya melihat, saya bertanya soalan, saya menerima nasihat, saya menerima tunjuk ajar daripada orang lain. Kemudian, saya akan memilih solusi terbaik yang sesuai untuk kelab. Orang ramai bertanya mengapa JDT mempunyai banyak jurulatih import. Jawapan saya… mereka lebih mengetahui berbanding kita. Mereka datang dari dunia bola sepak yang wujud selama 150 tahun sebelum kita. Kita perlu belajar daripada mereka. "

TIDAK BERGUNA

DYAM Tunku Ismail menegaskan bahawa perkara yang menyebabkan proses terbantut adalah disebabkan oleh ahli gabungan, yang membawa "masalah besar sehingga mengakibatkan permainan bolasepak mereput di dalam negara”.

"Masalahnya bukan FAM sahaja. Cabaran terbesar saya adalah dengan ahli gabungan. Semua ahli gabungan tidak mahu duduk berbincang. Jangan hanya salahkan FAM mengenai kemerosotan bolasepak. Mereka hanya persatuan," jelasnya.

"Bola sepak adalah milik ahli gabungan, tetapi mereka semua masih tidur, tidak mahu berbincang, semua orang mahu menjaga urusan sendiri... maka bolasepak tidak akan maju.

"Satu-satunya yang boleh menaikkan bola sepak bukan FAM... ia adalah ahli gabungan. Mereka boleh mengadakan AGM pada bila-bila masa... mereka boleh membuat keputusan, tetapi mereka tidak pernah melakukannya ... mereka memilih untuk berdiam diri. TMJ satu-satunya individu yang 'sering membuat bising'... di mana yang lain?

"Hanya satu atau dua pasukan yang menuju ke arah yang betul. Iaitu Felda United dan Pulau Pinang."

"Pulau Pinang telah membuat keputusan yang baik dalam memilih Bojan Hodak untuk mengubah permainan di sana. Mengapa beliau adalah pilihan terbaik?... kerana beliau bukan seorang ahli politik."

"Kita semua tahu masalah yang dihadapi oleh negara hari ini, tetapi semua orang membuat keputusan untuk berdiam diri. Jadi, bagaimana untuk maju?

"Ia mengenai kesungguhan dan dedikasi anda. Kuasa adalah milik ahli gabungan dan penyokong. Anda boleh membawa kuda ke tempat air, tetapi ia adalah atas kuda tersebut untuk minum air kerana anda tidak boleh memaksanya!"

Layari http://www.thestar.com.my/sport/football/2016/06/07/tunku-ismail-tells-do-the-right-thing-to-revive-malaysian-football/

-----

TMJ THE MALAYSIAN FOOTBALL SAVIOUR?

Love him or loathe him!

One fact remains. Die-hard fans of Malaysian football believe that Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim is the saviour who can turn around the sad state of affairs of the game in the country.

Malaysians have waited long enough for a transformation, but nothing has changed since the glory days when the national team last qualified for the 1980 Moscow Olympics.

The last couple of years has seen the game hitting an all-time low, with the national team twice going into the history books for the wrong reasons.

First, the humiliating 10-0 beating at the hands of the United Arab Emirates (UAE) during the 2018 World Cup Asian qualifying campaign in Abu Dhabi September last year – Malaysia’s worst loss in 50 years.

Then, a couple of months back, Malaysia’s ranking dropped to world No. 174 – the lowest in our football history and just 30 places away from rock bottom.

Some feel that the success of his club Johor Darul Ta’zim (JDT) – winning six titles in three years – is a clear testament of his credibility.

Last year, JDT made heads turn by becoming the first Malaysian team to win the AFC Cup.

The Southern Tigers are growing stronger and the TMJ’s ambition is for JDT to be a top team in every single aspect ... quality football, good philosophy of football, development of players, good marketing team and the best facilities in the country.

This year, JDT have already snapped up the Charity Shield and the FA Cup. They are on course for the AFC Cup after qualifying for the quarter-finals and are strong contenders to win a record third straight Super League title (leading the 12-team standings).

So, is the TMJ up for the job to save Malaysian football?

“I do not know whether I’m interested or not. But I don’t want to lie. I am very straight forward ... I am the best guy in the business right now. I am the only guy who can turn things around. I know what I want. I have a target, I have a plan. Ask him ... whether he has a plan or not. He can’t answer you,” came the TMJ’s reply.

“That’s why I tell the press to ask me any questions. You can ask anything ... where I get my money from, where I’m keeping the money, what I’ve done with it. I got nothing to hide.

“If you say that I, who have taken Johor football within three years to come up with the best facility, best pitch in the country, with the financial resources, quality players, good philosophy, achievements domestically and internationally, am killing Malaysian football? Then I got nothing to say.

“Which means you have completely forgiven what had been done for the last 30 years ... and you blame a scapegoat. My achievements speak louder than words. So how can you say Tunku Mahkota is killing Malaysian football?

“If this is what you call killing Malaysian football, then ... I‘m going to continue killing it, seriously.”

Since the TMJ has declared that he is the best man to clean up Malaysian football, then why not go for it?

“I don’t want to. I belong here. This is where I belong. People here love me. I want to be where I am loved. I’m like Jose Mourino here ... I am the ‘Special One’ here. This is what I want to be,” he said.

“But I’m never ‘sombong’ (arrogant) or selfish when it comes to sharing opinions. Look where the national team are training today (for the 2019 Asian Cup playoffs). Am I doing it for myself? They are training here at the best training facilities ... they are staying in a good hotel, playing in the best stadium. Am I only helping Johor football?”

WRONG PEOPLE IN POWER

But why, despite Malaysian football having turned professional more than 20 years ago, local football is still heading nowhere?

“Do the right thing. We have to accept ideas. End of the day, it all boils down to interest ... to go to the next level or just be there for the sake of carrying out your duty. Ranking is very important, but we first have to fix in-house before we can be thinking of playing internationally,” he explained.

“I think it’s still very poor in the associations’ side in the upper level because you have exco members who have no clue about football. You have to fix it from the top ... all the way down to the bottom.

“If I were FAM, I’d probably send the national coach Datuk Ong Kim Swee to Germany for a couple of years. Learn as much as possible and come back and take over the team.

“Knowledge has no barrier, no limit. If we are willing to learn, set new targets, I believe that we can somehow improve the national ranking.”

EDUCATION

Tunku Ismail also feels that a major stumbling block hindering the growth of the sport is education – or the lack of it.

“Education in this country has to change first. It is about upbringing. If we have a professionally-run academy that implements professionalism, then you will have a different product. We have not had the foundation and suddenly you want to send the boys abroad,” he said.

“If you put a Malaysian player and a Singapore player side by side and ask them the same question ... you will get different answers. Totally different mind sets. That is why I say education plays a part. It is all about upbringing. The way of thinking is different ... to be intelligent.

“If I have to ask a Singapore player what is your dream? He will answer that it would be to one day excel in Europe, play with the big clubs. But the Malaysian boy will say ‘to win the Malaysia Cup’.

“Why is that? Education!

“You fix the education, you get a good academy, you have the right teacher, you have the right coaches ... you have a different material. I guarantee you. And that will come from here (Johor). I will do it. I give you my word ... I will do it.”

TALENTS WITH NO DREAM

Tunku Ismail said that Malaysia “is blessed with talented and quality players in abundance but sadly they are unable to change their mind sets”.

“We have ... but limited. Back to the academy and back to the upbringing. The amount of talent this country has is amazing. The amount of quality ... but that goes up to here (certain level). Why? This (pointing to his head) will take you to the next level.

“They are contented with a couple of Super League titles. Why? They are not hungry ... because they were never brought up to dream to go to the moon. They think they are limited.

“If I want to achieve something, I will go as far as I can. If I don’t get it, I won’t feel disappointed because 50% of something is better than 100% of nothing. That’s how I will take it.”

CANNOT BE IN DENIAL

One of the reasons why JDT have progressed is, according to Tunku Ismail, “because we are willing to learn”.

Tunku Ismail said that there’s no shame in learning from the masters.

“We are bringing expertise from Valencia. We cannot be in denial ... you cannot sit here and say you know everything about football. We don’t know. If we feel lacking in something ... learn. The first step is put our ego aside,” he said.

“What happened here in JDT? I learn, I see, I ask questions, I accept criticisms, I accept people giving me advice. Then, I will pick what is the best solution that is right for the club. People ask why JDT have lot of foreign coaches right from our youth level. I answer them ... they know better than us. They come from a football world that exists for 150 years before us. We should learn from them.”

DEADWOOD

Tunku Ismail stressed that the reason the game has stagnated is due to the affiliates, who are “the biggest problem leading the game to rot in the country”.

“The problem is not FAM. My biggest challenge is with the affiliates. All the affiliates don’t want to sit at one table. Don’t blame FAM for the decline of football. They are just an association,” he clarified.

“Football belongs to the affiliates, but they all continue to sleep, don’t want to talk, everyone wants to mind his own business ... then football will never improve.

“The only one who can improve football is not FAM ... it is the affiliates. They can call for an AGM any time ... they can make the decision, but they never do ... they keep quiet. TMJ is the only one ‘bising’ (making noise) ... where are the others?

“Only one or two teams are going in the right direction. Felda United and Penang.

“Penang have made a good decision in picking Bojan Hodak to transform the game there. Why he is the perfect choice? ... he is not a politician.

“We all know the problems faced by the country today, but all decide to keep quiet. So, how to improve?

“It’s about your willingness and dedication. The power is in the affiliates. You can take a horse to water, but you can’t make it drink!”

Visit http://www.thestar.com.my/sport/football/2016/06/07/tunku-ismail-tells-do-the-right-thing-to-revive-malaysian-football/

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Wednesday, June 1, 2016

TERKAM: JANGAN SALAHKAN NEGERI JOHOR KERANA SIFAT CEMBURU ANDA.

Jangan salahkan Negeri Johor oleh kerana kami telah wujud semenjak 1885 sebelum anda dibentuk pada 1957.

Jangan salahkan Negeri Johor dan mengapa kami bangga menjadi bangsa Johor kerana negeri kami telah dibina bukan atas dasar perkauman ianya dibina kerana kami bersatu sebagai bangsa Johor sejak dahulu.

Jangan salahkan Negeri Johor mengapa kami bangga dengan pemimpin kami yang senantiasa bersama kami pada saat susah dan senang... suka dan duka...

Jangan salahkan Negeri Johor jikalau kami tidak suka kepada orang yang korup... kerana kami tidak pernah dididik utk menjadi sekeji itu...

Jangan salahkan Negeri Johor dan menuduh kami menyangka DYAM Tunku Mahkota Johor kami maksum kerana kami berdiri disini melihat bagaimana dia senantiasa berada untuk kami...

Jangan salahkan Negeri Johor dan cemburukan hubungan kami dengan pemimpin kami kerana... Dia sahaja yang terus menerus berani menjamin kesejahteraan kewujudan kami...

Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tiada bersama anda... kerana bezanya pemimpin kami dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyatnya.

Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak bersama-sama dengan anda disaat negara menghadapi kecelaruan integriti dan krisis kepercayaan kerana kami di sini mempunyai pemimpin yang senantiasa memperjuangkan hak kami dan senantiasa berlaku jujur pada kami.

Jangan salahkan Negeri Johor jika pemimpin anda tidak berada di dalam negeri sendiri untuk anda mengadu nasib pada saat-saat diperlukan...

Ini pesanan dari DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada orang-orang yang tidak senang dengan Negeri Johor.

"Sekiranya anda tidak senang hati dengan adanya Johor Darul Ta'zim di dalam Malaysia, Anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan Negeri Johor dari Malaysia."

------

DO NOT BLAME JOHOR BECAUSE OF YOUR JEALOUSY

Don't blame Johor and Why are we proud to be Johoreans? It's because we have existed since 1885 well before your formation in the 1957.

Don't blame Johor For being proud to be Johoreans, because we weren't built on the foundations of racism. We were built on the foundation that we are united and identified as one race that is Bangsa Johor.

Don't blame Johor Why are we proud of our leaders, because our leaders are always with us in good times and bad, when we're in joy or in pain.

Don't blame Johor Why we don't like people who are corrupt? It's because we brought up never to be as despicable as that.

Don't blame Johor And accuse us of being obsessed with HRH Crown Prince of Johor because we have witnessed for ourselves how he has always stood firmly by our side..

Don't blame Johor be envious of the relationship we have with our leaders because.. Only he has been tirelessly brave enough to continue to fight and guarantee our existence and welfare.

Don't blame Johor If your leaders are not there with you.. The difference between our leaders and yours is that our leaders were born to serve the people.

Don't blame Johor If your leaders are not there with you when the country is plagued with integrity turmoil. We are proud to have leaders who will always fight for our rights and will always be transparent with us.

Don't blame Johor If your leaders are not there in your own state for you to turn to in your time of need.

This is a note from HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor to those people who are uneasy with the State of Johor.

"Should any of you are uneasy with Johor Darul Ta'zim being in Malaysia, you can all march down to Putrajaya and  propose to the Prime Minister to remove the State of Johor from Malaysia."

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Tuesday, May 31, 2016

DUNIA DAN RAKYAT MALAYSIA BERDEPAN DENGAN KEPIMPINAN MALAYSIA YANG SUDAH HILANG HARGA DIRI DAN BERKULIT MUKA TEBAL?

Kepimpinan Malaysia dan gejala 1MDB adalah ibarat sebuah pulau dipenuhi najis yang telah memalitkan najis kepada pulau-pulau yang lain.

Singapura, Switzerland, USA, dan banyak lagi negara lain sedang bertungkus-lumus ingin mempertahankan nama baik negara mereka dengan menyiasat institusi-institusi perbankan yang telah digunakan oleh penyangak wang haram. Yang terkini, Singapura sudah pun mula mendakwa salah seorang dalang yang terlibat dalam pemindahan berjuta-juta ringgit wang secara haram yang diambil dari 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

Cawangan Bank BSI di Singapura telah pun dilucutkan lesen perbankan oleh Monetary Authority of Singapore (institusi Bank Negara mereka) dan diarahkan tutup. Bank BSI adalah bank yang berasal dari Switzerland dan ianya menjadi bank kegemaran penyangak-penyangak di 1MDB untuk menyalur dan menyimpan wang mereka.
Bukti-bukti kesalahan semuanya sudah ada, kerana itulah yang bersalah akan dibawa ke mahkamah. Pihak Switzerland juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pengurusan tertinggi Bank BSI akan didakwa dan Bank tersebut akan diambil alih dan dibubarkan dalam masa terdekat.

Dunia dan rakyat Malaysia ingin melihat najis ini dibersihkan, dan punca kepada gejala 1MDB ini dibicarakan dan dihukum. Baru lah kita rakyat Malaysia boleh meneruskan kehidupan dengan conscience yang clear, tanpa perasaan malu untuk berdepan dengan masyarakat dunia.

Akan tetapi, Najib Razak dan kuncu-kuncunya masih dibuai mimpi bahawa mereka itu tidak bersalah. Apakah nasib Malaysia begitu malang sekali hinggakan kita semua dikurniakan pemimpin bodoh dan berkulit tebal?

“If you are incompetent, you have to be honest; if you are crooked, you have to be clever” – petikan dari siri Yes, Prime Minister.

Jika anda adalah seorang ahli politik yang bodoh dan tidak cekap, anda mestilah berlaku jujur. Jika anda seorang penyangak, anda harus lebih pandai dari orang lain.

Tetapi di dalam kes para pemimpin Malaysia sekarang, mereka semua bukan sahaja nampak bodoh serta tidak cekap dan jujur, mereka juga berkelakuan seperti penyangak!

Laporan PAC dengan terang berkata bahawa terdapat lebih USD7 billion (RM28 billion) yang telah lesap dan tidak dapat disahkan ke mana perginya wang tersebut.

Rumusan duit yang hilang seperti yang dilapor oleh PAC

Tetapi Najib boleh dengan selamba sahaja bercakap hari ini bahawa tiada penyelewengan atau kecelaruan di dalam 1MDB. Adakah dia ini tiada unsur malu? Adakah dia bercakap tidak berdasarkan fakta, atau kerana tidak membaca dan memahami dengan jelas apa yang disampaikan di dalam Laporan PAC tersebut?
Adakah perdana menteri ini sudah tidak siuman?

Siakap senohong gelama ikan jenahak, bercakap bohong lama-lama jadi penyangak

Mana lagi dia hendak letakkan mukanya apabila anak kepada Raja Arab Saudi pada minggu lepas mengaku yang dia tidak tahu menahu pun pasal sedekah RM2.6 billion yang kononnya diberi kepada Najib. Takkan lah setelah sudah dekat setahun isu sedekah ini berlegar di mata dunia, putera Raja Arab ini masih tidak boleh bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Apandi Ali pada bulan Januari lepas, iaitu wang berbillion itu disedekahkan oleh bapa saudaranya, Raja Arab Saudi yang sebelum ini?

Kesemua penjelasan dan alasan yang diberi oleh Najib dan kuncu-kuncunya rupa-rupanya adalah cerita tahyul semata-mata.

Syarikat IPIC pula dengan terang berkata bahawa 1MDB telah tidak membayar balik hutang berjumlah USD1 billion (lebih kurang RM3.5 billion) yang dipinjamkan pada bulan Jun 2015.

Di dalam perjanjian yang dimeterai pada 28 Mei 2015 itu, IPIC akan memberikan wang sebanyak USD1 billion untuk dibayar kepada pihak bank (Deustche Bank). Ini kerana 1MDB telah meminjam dari Deustche Bank sebanyak USD975 juta sejak bulan September 2014. 1MDB pula wajib membayar semula hutang kepada IPIC sebelum atau pada akhir tahun 2015. Gali lubang, kambus lubang.

Dalam masa yang sama perjanjian yang dimeterai itu juga ada menyebut bahawa 1MDB akan memberi aset berjumlah USD3.5 billion (RM14 billion) sebagai ganti bagi mengambilalih sukuk USD3.5 billion yang diambil di dalam tahun 2012. Pemindahan aset ini mesti berlaku sebelum 30 Jun 2016, bagi membolehkan IPIC mengambilalih sukuk tersebut.

Malangnya 1MDB tidak membayar hutang USD1 billion kepada IPIC dan mereka juga telah menjual kebanyakkan aset mereka (IPP Edra dan tanah di Bandar Malaysia) kepada syarikat-syarikat dari China.

Menjelang Disember 2015, IPIC merasakan mereka ditipu. Manakan tidak, aset yang sepatutnya diberi kepada mereka telah menjadi milik orang lain.

Perjanjian haru biru ini boleh terjadi kerana IPIC ketika itu samada terlalu mempercayai bahawa 1MDB ini suci bersih, atau IPIC itu sendiri masih diketuai oleh sahabat para penyangak yang turut bersubahat dalam skim cepat kaya ini.IPIC sempat mencium aktiviti jenayah mereka selama ini dan telah memecat mereka dari memburukkan lagi nama syarikat tersebut. Kini, IPIC terlekat dengan satu perjanjian yang tidak ditepati oleh Menteri Kewangan Malaysia. Hutang tidak dapat dikutip, aset yang dijanjikan pula telah dijual kepada orang lain.
Malu sungguh rakyat Malaysia kerana syarikat milik Kementerian Kewangan gagal untuk membayar hutang.

1MDB cuba membayar hutang kepada IPIC dengan menggunakan ‘units’ yang berada di dalam pegangan mereka di Bank BSI di Singapura. IPIC amat bernasib baik kerana mereka mempunyai otak dan tidak mahu menerima ‘units’ yang tidak bernilai itu.

Sebab itulah berlaku pertikaian antara IPIC dan 1MDB. IPIC bertindak membatalkan perjanjian tersebut kerana 1MDB tidak membayar balik pinjaman mereka menjelang 31 Disember 2015. Tetapi 1MDB dengan sombongnya berkata, oh ini masalah IPIC, bukan masalah kita! Sudahlah mengambil wang USD3.5 billion dari penerbitan sukuk, dan IPIC sudah sudi yang menjadi penjamin; sekarang 1MDB tidak mahu membayar hutang, tetapi mahu salahkan IPIC pula!
Ini ibarat seseorang mengambil pinjaman dari bank dan memujuk kawan untuk menjadi penjamin, kemudian dia tidak mahu membayar pinjaman itu dan apabila penjamin memarahinya, dia pula yang marahkan penjamin!

Adakah Najib dan orang-orang di dalam 1MDB sudah gila?

Dalam hal yang berkaitan, Najib pernah berkata di dalam Parlimen bahawa duit di dalam Bank Bsi itu adalah tunai, walau bagaimanapun, dia menukar cerita dengan mengatakan ianya bukan tunai, tetapi ‘paper asset’. Apakah itu paper asset, hanya Tuhan dan Jho Low sahaja yang tahu.

Tanyalah Najib dan barisan menteri kabinet yang lain apakah itu ‘units’ atau ‘paper asset’? Tidak ada seorang pun boleh menjawab dengan jujur dan tepat. Ini kerana mereka semua sudah terkena penyakit RM2.6 billion. Penyakit ini amat berbahaya. Seseorang lulusan universiti Oxford pun akan menjadi bebal akibatnya.

Otak ahli-ahli kabinet sudah tidak boleh berfungsi hinggakan kelakuan mereka cuma terhad untuk mengeluarkan kata-kata yang bodoh, atau terhad untuk menggunting riben di sesebuah acara, ataupun sekadar menjadi hos di acara anugerah sukan, ataupun setakat berlari di dalam marathon sahaja. Sedikit pun tidak berani untuk bercakap mengenai 1MDB secara kompeten dan berilmiah.

Badan penyiasat seluruh dunia sudah memberi bukti yang kukuh, bahkan Ketua Audit Negara juga mengatakan  laporan audit 1MDB yang dilakukannya sudah cukup untuk dimulakan siasatan lanjut yang oleh pihak polis dan Peguam Negara, tetapi menteri-menteri kabinet masih terlopong mulut seperti beruk hisap ganja; bercakap perihal perkara-perkara yang tidak masuk akal. Peguam Negara juga tidak usah cakaplah, dia masih bekerja keras untuk nampak seperti sedang bekerja keras.

Salleh Keruak baru-baru ini dengan angkuhnya meminta Wall Street Journal memberikan bukti atau memberitahu apakah sumber kepada semua fakta yang telah disiarkan, kerana Salleh mengesyaki ianya semua adalah sekadar fitnah.

Agak pelik bagi seorang menteri yang sepatutnya menjaga media, dia tidak tahu mengenai etika kewartawanan. Tiada wartawan di dalam dunia akan mendedahkan sumber rahsianya. Jika didedahkan, mereka akan hilang kredibiliti dan tiada sesiapa pun yang akan berani menampilkan kepincangan atau salah laku kerajaan jika media dengan sewenang-wenangnya mendedahkan dan menikam belakang sumber tersebut.

Amat pelik juga untuk seseorang menteri hal ehwal media yang tidak tahu membaca suratkhabar selain dari suratkhabar milik Parti Najib. Sana-sini di keliling dunia, orang-orang yang berkaitan 1MDB sedang didakwa dengan bukti yang kukuh, Salleh Keruak masih bercakap seperti orang hilang pedoman, terpekik terlolong meminta bukti tang mana 1MDB itu bersalah.

Ingatlah, sepandai-pandai tupai melompat, sekurang-kurangnya tupai itu nampak lebih pandai dari Najib dan para menterinya yang sedang terloncat-loncat tak tentu arah. Pasti jatuh jua akhirnya.

Lebih baik letak jawatan sekarang, kerana tiada apa yang elegan dan terhormat jika dipaksa meletak jawatan oleh pihak berkuasa kelak.

Nota.

" Menyokong pemimpin yang memikul bangkai gajah, tidak boleh di tutup dengan permaidani merah "

#selamatkanmalaysia
#bestquotfromTMJ
#silafikir2kan
#beranikeranabenar

Monday, May 30, 2016

TEMURAMAH EKSKLUSIF BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wartawan : Assalamualaikum Tunku. Salam Jumaat. Terima kasih kerana memberi masa untuk kami mewawancara Tunku pada hari yang mulia ini. Tunku didapati sebagai seorang yang 'straight forward' dimana apabila Tunku mengeluarkan kenyataan, Tunku jarang bertapis-tapis dalam sesuatu perkara. Kami sebagai wartawan dan penyokong bolasepak begitu teruja apabila mendapat berpeluang mewawancara Tunku sendiri.

TMJ : Waalaikumsalam. Terima Kasih.

Wartawan : Tunku, Kami dapati didalam sosial media ada seseorang mengata sesuatu yang tidak elok terhadap Tunku yang kemudian telah ditangkap untuk disoalsiasat oleh pihak polis. Dan ada juga media-media sosial lain yang cuba membesar-besarkan cerita ini bagi menghangatkan lagi suasana.

TMJ : Ya. Saya dimaklumkan tentang perkara ini tetapi apa yang boleh saya lakukan sekiranya ada orang yang ingin membuat laporan polis mengenainya. Terus terang saya cakap yang saya tidak peduli apa sahaja orang mengatakan kerana saya amat bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada saya. Saya tiada masa untuk melayan orang-orang seperti ini.

Kadang-kadang ada antara pages-pages didalam sosial media diupah oleh sesetengah organisasi yang mempunyai kuasa supaya melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian isu-isu lebih besar dalam negara kerana ini membolehkan orang-orang dan organisasi tertentu melaksanakan misi mereka tanpa disedari manakala rakyat masih sibuk dengan hal hal yang lain. Rakyat kena pandai menilai sendiri. Saya bertuah dengan kedudukan saya ini, saya dapat melihat dan mendengar dengan mata dan telinga saya sendiri tentang apa yang dirancangkan oleh orang-orang besar dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui oleh rakyat-rakyat diluar sana.

Sebagai contoh, saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada 2 fakta. Fakta pertama adalah untuk mendapatkan undi dan yang kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran.

Itulah sebabnya saya lebih memberi keutamaan kepada rakyat Johor dalam hal-hal pelajaran kerana saya tidak mahu rakyat saya mudah dipermainkan oleh sistem yang memutarbelitkan perkara-perkara sebenar serta mengalih perhatian isu-isu besar daripada rakyat.

Akhir sekali, saya dengan rendah diri mencadangkan kepada PDRM agar tidak menangkap mana-mana individu yang telah membuat sebarang kenyataan yang menghina terhadap saya. Saya lebih suka jika pihak berkuasa dapat menganjurkan pertemuan antara saya dan individu-individu tersebut  dan memberikan mereka peluang untuk menyuarakan apa yang mereka mahu katakan kepada saya secara berhadapan, dan bersemuka antara mereka dan saya sahaja. Saya akan menghargainya jika anda bersetuju dengan cadangan ikhlas saya ini.

Wartawan : Terima kasih Tunku dengan penjelasan ini. Untuk pertanyaan yang terakhir, apa perasaan Tunku dengan pencapaian Tunku hari ini?

TMJ : Awak nak saya jawab dengan cara merendah diri dan berkias atau awak nak perkara yang sebenar-benarnya..?

Wartawan : Sudah tentu kami ingin mendengar dari hati Tunku.

TMJ : Baiklah. Saya berjaya meningkatkan RM30 juta wang kelab kepada RM120 juta dalam masa satu tahun sementara yang lain kehilangan wang mereka.

Saya berjaya membantu kelab dapat 6 piala dari tiada piala dalam masa 3 tahun.

Saya berjaya mengubah sebuah kelab menjadi sebuah empayar.

Saya berjaya letakkan nama negeri saya di mata dunia sementara mereka yang lain hanya memberi janji palsu kepada penyokong mereka semata-mata ingin mendapat sokongan dan undi.

Saya berjaya ubah satu nama kepada sebuah jenama.

Saya berjaya mengubah pemain professional menjadi pemain superstar.

Saya berjaya mengubah individu-individu dalam industri bolasepak jadi jutawan.

Saya memenangi piala pertama saya ketika bermain polo sewaktu saya berumur 11 tahun.

Saya satu-satunya pemain polo di dalam negara dan pemain asing yang memenangi Kejohanan Terbuka Metropolitan (high gol 24) di Argentina untuk dua tahun berturut-turut.

Saya satu-satunya kerabat diraja yang menerima latihan 'Special Forces' dan 'Airbone'.

Saya hanya satu-satunya warga asing yang mengetuai Perbarisan semasa Hari Kemerdekaan iaitu salah satu askar terkuat di dunia yang dikenali sebagai kuasa nuklear iaitu India.

Nama saya dinyanyikan ribuan orang apabila saya memasuki stadium.

Saya adalah seorang insan yang 'real' manakala sesetengah mereka (anak-anak orang kenamaan) di KL cuba berlagak 'gangster'.

Saya disayangi oleh rakyat saya, dihormati di negeri-negeri dan negara lain, ditakuti oleh orang-orang yang mementingkan diri sendiri demi kuasa, dan billionair berusia 31 tahun yang paling dibenci oleh mereka yang mempunyai penyakit mental.

Kebenaran menyakitkan? Teruskan membenci.

Wartawan : Terima Kasih Tunku.

TMJ : Sama-sama

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

----

EXCLUSIVE INTERVIEW WITH HRH THE CROWN PRINCE OF JOHOR

Journalist: Assalamualaikum Tunku. Thank you very much for sparing us the time for today's interview with you. Tunku, you've adapted this "straight forward" approach whereby you do not filter much whenever you come up with a statement. Nonetheless, we from the media are very excited and honored to have been given this opportunity to personally interview you today.

TMJ : Waalaikumsalam and thank you.

Journalist : Tunku, we have read in the social media that there was an individual  who has been reprimanded by the Malaysian Police for making rude and inappropriate remarks towards you. Following this, other media portals have been trying to sensationalize this report and blowing it up out of proportions.

TMJ : Yes, I have been informed about this incident, but what can I do about it when someone lodged a police report. I can honestly say that I don't really care about what other people may say about me as I am truly thankful with what God as given me in my life. I have no time to entertain people as such.

Sometimes there are pages in the social media who are paid to instigate the people to fight and quarrel amongst themselves so that their attention is diverted from the problems and issues that matters. This enables the people in big organizations and in power to implement their mission without the people even knowing. The people should judge for themselves. I'm lucky as I am in the position to hear and see with my own eyes and ears what these people in big organisations are orchestrating without the knowledge of the people. 

For example, I've questioned a certain important individual (not mentioning names here) why can't we improve the education level? The individual answered that it was for 2 simple reasons. The first is to obtain votes, and the second is to make it easy to control the minds of the stupid and uneducated.

This is why I prioritise Johoreans' education because I don't want my people to be easily manipulated by the system. People who twists and turn from the truth as well as distract the people from the main issues.

Last but not least, I would humbly share my opinion with PDRM not to arrest anyone making seditious remarks about me. I would prefer it if the authorities can organise a meeting for me to meet with these people and give them the privilege of saying what they want to say to my face, man to man. I would appreciate it if you can agree to my humble proposal.

Journalist: Thank you Tunku for your explanation. For my last question, what are your thoughts on your accomplishments up to today?

TMJ: Would you like me to answer candidly or truthfully?

Journalist: But of course we would like to hear truthfully from your heart Tunku.

TMJ: Very well then, I've successfully increased the club's budget from RM30m to RM120m in the span of a year whilst other clubs have managed to lose theirs.

I've successfully helped the club win 6 trophies from nothing in 3 years.

I've succeeded in changing a club into an empire.

I've managed to put the name of my state in the eyes of the world whilst others only provide empty promises to their supporters simply to get support and votes.

I've succeeded in changing a name into a brand.

I've turned my professional players into superstars.

I've succeeded in changing the individuals in the football industry into millionaires.

I won my first ever trophy at the age of 11 playing polo.

I am one of the only polo players in the country and the only foreigner to have won the Metropolitana Open Championship (high goal 24) for 2 consecutive years.

I am one of the the only royalties who has completed the 'special forces' and 'airborne' training.

I am the only foreigner who has led the National Day parade for one of the strongest armies with nuclear capabilities, which is India.

I have Thousands chanting my name as I enter the stadium.

I am a man who is 'real' whilst some (children to prominent people) socialites in KL trying to act like 'gangsters'.

I am loved by my people, respected by other states and countries, and feared by those who are selfish for money and power.

I'm the most hated 31 year old billionaire by those suffering from mental illnesses. The truth hurts? Continue hating.

Journalist : Thank you very much Tunku

TMJ : You're welcome. 

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth

Saturday, May 28, 2016

MESEJ UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

------

MESSAGE FOR MALAYSIANS

Of late, I just voiced out my opinion and a reminder that people who has been entrusted with the responsibility to not blame the people for losing trust and confidence in them, but think of why the people no longer have the confidence and trust in them. Apparently my gentle reminder has been met with a rather hostile response from a minister. If I got such a reply, then what chances does the rest of the rakyat have?

You are a minister, not a God from the heavens who lord above everybody. Do not think the people of this country exist to provide you with position and wealth, but the position exists for you to serve the people. When I voice out, I do it as the leader of my rakyat, on behalf of Johoreans and Malaysians. All I did is to remind the leaders of the country that they have a responsibility to serve the people, and for this, I am attacked.

In the new world order, I envision a future that every person has a right to voice their opinions. However, that is not the case in Malaysia today, where ministers think they are untouchable. I am willing to be cursed for standing up for what is right, rather than be loved for defending what is wrong.

I am not a politician. I am only answerable to Allah, my Sultan and the people of Johor. I do not do the bidding of some puppet-master who pulls the strings. Johor only has place for those who want to serve the people, not for those who want to garner votes for their own interests.

There will come a time, when the Johorean people must decide what is best for us and our future generations. Decide and unite we will, as Bangsa Johor, to forge our future. United we stand strong, divided we fall. I stand for my rakyat, not to joust for power, not to topple the government, but to ensure the well-being of my people.

I never told anybody to step down or resign, only to remind politicians of their roles and responsibilities. If you cannot deal with that, it just shows your arrogance to the people. Alhamdulillah, I have been blessed with a comfortable life, and I can just live my own life and be oblivious to the worries of my people, but here I am, standing firm by their side. So for those wanting to tarnish my image and make me public enemy number one, the people are smarter than that, and they can think for themselves.

Do not use me to divert the attention from national issues. This country needs politicians who are clean and transparent, who carry out their duties with sincerity and integrity.

-HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat