TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts
Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts

Monday, March 16, 2015

Mutakhir : Nurul Izzah Anuwar ditangkap Polis kerana menghasut?

Kuala Lumpur : Ingatkan diri sudah kebal bila duduk dalam dewan Parlimen. Ternyata sangkaannya meleset bukan melecet ya!!! Kadang-kadang undang-undang ada tetapi macam tak ada sebab orang tidak mahu ambil tindakkan.

Bila diluar beri kebebasan memperlekeh pemerintah, memperlekeh pihak keselamatan. Pihak keselamatan tidak mahu mengambil tindakkan dengan beranggapan pihak yang terlibat boleh sedar dan Insaf dengan perbuatannya. INGAT PEPATAH ADA MENYATAKAN " PELANDUK AKAN MELUPAKAN JERAT ". Begitulah akibatnya bila ingat diri sentiasa betul!!!

Jika nafsu menguasai akal. Akal sudah dikawal oleh Nafsu maka otak manusia tidak dapat berfungsi dengan betul. Jika rakyat Malaysia yang percaya kepada agama. Tidak ada satupun agama membenarkan penganutnya mengamalkan perbuatan terkutuk. Seumpamanya merogol, merompak, hubungan sejenis ( Liwat / Meliwat ). Masyarakat pastinya mengutuk perbuatan seumpama itu.

Tetapi Nurul Izzah dengan lantang dan hilang akalnya menyatakan hakim SYAITAN kerana mengekalkan hukuman Penjara 5 tahun kepada bapanya? Siapakah Nurul Izzah untuk mempertikaikan ketelusan kehakiman Negara Malaysia.

Jadi biarlah pihak Polis menjalankan tugas mereka. MTMR percaya akhta hasutan menanti dan mengapa akhta hasutan tidak boleh dikenakan kepada Nurul Izzah binti Anuwar. Biarlah juga hakim di Mahkamah memutuskan.




Friday, January 16, 2015

Terkini : Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini sah diceraikan.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini sah diceraikan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Suami ahli Parlimen Lembah Pantai itu Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai pada jam 4.17 petang di hadapan hakim Mohd Amran Mat Zain.

Peguam Nurul Izzah, Nor Mawaddah Ramli berkata, kedua-dua pihak hadir di mahkamah hari ini dan meninggalkan mahkamah dalam keadaan tenang.

"Mereka mendapat hak penjagaan anak secara bersama. Sebelum ini pun mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara baik.

"Kedua-dua pihak berada dalam keadaan tenang dan kes dapat diselesaikan dalam masa satu jam," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mawaddah berkata Nurul Izzah menerima seadanya keputusan penceraiannya pada hari ini kerana kes itu sudah berlarutan sejak setahun lalu.

Ketika diminta mengulas keputusan penceraiannya pada hari ini, Nurul Izzah berkata: "Terima kasih kerana menghormati privasi saya."

Nurul Izzah, 35, mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Mahkamah Rendah Syariah pada Oktober menetapkan 8 Disember bagi keputusan kes penceraian itu selepas Raja Ahmad mendakwa masih menyayangi keluarganya. 

Tuesday, February 18, 2014

Nurul Izzah mohon cerai cara baik.



Kes perceraian Nurul Izzah Anwar-Raja Ahmad Shahrir Iskandar yang dijadual di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan kepada 11 Mac.

Normawaddah Ramli, peguam Nurul Izzah berkata, kedua-dua pihak masih berunding bagi menyelesaikan perkara itu dengan cara baik.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat