TERIMA KASIH


counters

MTMR

Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Wednesday, November 9, 2016

APA ITU "SUB JUDICE" ??? KENYATAAN AZALINA INI YANG TERTAKLUK KEPADA "SUBJUDICE" !!!

Siri : 478

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

APA ITU "SUB JUDICE" ???  KENYATAAN AZALINA INI YANG TERTAKLUK KEPADA "SUBJUDICE" !!!

1. Wahai AZALINA, banyak sangat penyelewengan maksud "SUB JUDICE" yang diperlakukan oleh pihak kerajaan untuk menidakkan perbincangan sah TINDAKAN SITAAN DoJ di Amerika Syarikat dan ISU 1MDB, dari didebat dan dibincang di PARLIMEN !!

2. Namun, Wahai AZALINA sekarang awak yang seBENARnya MELANGGARI prinsip "SUB JUDICE" TERANG-TERANGAN !!!

3. Kedua-dua Pemohon, iaitu, ZAHID MOHD ARIP dan DS AZMIN ALI, telah secara berasingan memfailkan PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang masih dalam proses perbicaraan, di mana permohonan asas di sana adalah, untuk MENYAHTARAF KLASIFIKASI LAPORAN AUDIT NEGARA di bawah "OSA" !!! Tarikh akan datang untuk kedua-dua permohonan itu, di Mahkamah adalah 18.11.2016 !!!

4. Namun anda, AZALINA, tanpa usul periksa dan dalam cara MENGHINA PROSIDING MAHKAMAH melanggar prinsip "SUB JUDICE" dengan mengeluarkan kenyataan sedangkal ini, seperti yang dilaporkan di bawah :

“Untuk maklumat ahli yang berhormat, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah khusus untuk PAC. Laporan tersebut telah dibincangkan oleh PAC sebelum dimuktamadkan,”

WAHAI AZALINA, SIAPA YANG SEBENARNYA LANGGAR PRINSIP "SUB JUDICE" ??? !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!

Monday, December 1, 2014

Terkini: Nasib Warga Emas terperangkap di dalam kebakaran belum di ketahui lagi.

Pasir Gudang: Kebakaran melibatkan 11 buah rumah di kampung setinggan Sungai Rinting Pasir Gudang Johor.

7 buah jentera Bomba dari Balai Bomba Pasir Gudang,Johor Jaya dan Bomba berhampiran terlibat membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Ambulan dari Pusat Kesihatan Masai juga bersedia di tempat kejadian.

Punca kejadian masih dalam siasatan bomba. Kemungkinan dari litar pintas.

Di khabarkan seorang warga emas berusia 80 tahun terperangkap dalam kebakaran tersebut. Nasib warga emas tersebut belum di ketahui lagi.

MTMR mengucapkan Tahniah kepada semua yang terlibat membantu memadamkan kebakaran tersebut.

Apa yang MTMR rasa terharu seorang Ahli Parlimen wanita YB Hajah Normala Abdul Samad dapat meluangkan masa ke tempat kejadian.

Berita penuh akan menyusul.

Friday, November 7, 2014

Terkini: Dairy Ahli Parlimen Pasir Gudang Part II - YB Hajah Normala Abdul Samad

Bersama YB Menteri Kerja Raya dalam Mesyuarat Pemantauan Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang.
Photo: Bersama YB Menteri Kerja Raya dalam Mesyuarat Pemantauan Projek Menaiktaraf Lebuhraya Pasir Gudang.
Alhamdullilah, hasil daripada mesyuarat bersama Menteri JKR semlm,masaalah jalan yang mendap di highway kawasan plentong di jambatan telah di turap malam tadi juga.Yang lain-lain sedamg diusahakan.Terima kasih semua!

Thursday, June 19, 2014

Mutakhir: Speaker Dewan Rakyat Setuju Malaysia bukan negara sekular.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan Malaysia bukan negara sekular kerana agama Islam termaktub sebagai agama rasmi Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika memutuskan mengenai usul untuk merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ke jawatankuasa hak dan kebebasan Dean.

Oscar Ling (DAP-Sibu) mengemukakan usul tersebut atas kenyataan menteri berkenaan bahawa negara ini bukan sebuah negara sekular.

Pandikar ketika menyampaikan keputusannya berkata sebuah negara sekular tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu agama atau fahaman seperti Amerika Syarikat, India atau Turki.

MTMR Setuju dengan Speaker Pandikar. Mana-mana rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan Perlembagaan Persekutuan bermakna apa?

Mereka rasa bebas nak ikut suka hati mana nak guna undang-undang? Undang-undang yang ada sekarang sekadar menjaga betapa sayangnya pemimpin-pemimpin dahulu terhadap rakyat Malaysia.

Penjenayah juga di beri peluang untuk hidup di Malaysia dengan menempatkan mereka di penjara-penjara yang cukup dengan makan minum serta keperluan harian. Kerajaaan Malaysia yang tanggung berak cangkung.

Kalau setakat pembangang nak cerita duit cukai yang dia bayar. Bukaklah mata besar-besar sepanjang dia hidup sudah berapa juta dia bayar cukai?

Kalau dia ada Syarikat gergasi sekali pun jangan bongkak. Mereka juga ada persetujuan bahawa mereka akan bayar cukai jika mencapai keuntungan. Tidak ada untung tidak bayar cukai. 

Kesimpulannya nak makan pun kena bayar tau. Selagi boleh makan hidup aman damai di Malaysia. Jangan langar Perlembagaan Malaysia.

Baca rukun Negara.

Friday, November 29, 2013

IPOH: Nga Kor Ming diarah keluar

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang dari DAP, Nga Kor Ming, diarah keluar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Speaker, Datuk Seri SK Devamany membuat keputusan itu selepas Kor Ming mengeluarkan perkataan menghina Speaker dengan mengatakan Devamany sengaja mempercepatkan sesi perbahasan DUN Perak hari ini kerana ada pemilihan MIC.
 
 Devamany berkata, penggantungan sehari itu dibuat mengikut Perintah Tetap 44(2) Peraturan DUN Perak.

KLUANG: Sultan Johor rasmi sekolah agama pertama dalam penjara.

Sultan Johor rasmi sekolah agama pertama dalam penjara.

KLUANG: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, berkenan mencemar duli merasmikan sekolah agama pertama dibina dalam penjara, Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang, di sini.

Baginda diiringi tiga puteranya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, tiba di kompleks berkenaan, kira-kira 10 pagi.

Selesai menyampaikan titah perasmian dan menandatangani plak, baginda kemudian dibawa melawat sekolah berkenaan diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, turut mengiringi lawatan baginda ialah Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohamad Aziz; EXCO kerajaan negeri dan pegawai kanan penjara.

Menurutnya, perasmian sekolah itu oleh baginda amat signifikan bagi Kerajaan Pusat kerana ia sekolah agama pertama diwujudkan dalam kawasan penjara bagi membimbing banduan.

“Sekolah agama pertama ini akan menjadi perintis untuk pembinaan sekolah agama lain di penjara pada masa depan kerana ia penting untuk membimbing banduan sebelum mereka dibebaskan.

“KDN ingin melihat banduan yang dulunya dimasukkan ke penjara dalam keadaan kurang didikan agama mampu menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas ini,” katanya.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, berkenan mencemar duli merasmikan sekolah agama pertama dibina dalam penjara, Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang, di sini.

Thursday, November 28, 2013

SHAH ALAM: Pembangkang Selangor naikan gaji

Beberapa anggota pembangkang Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor hari ini menganggap sebagai tidak munasabah kenaikan gaji termasuk elaun menteri besar, speaker dan timbalan speaker seperti yang diputuskan sidang dewan semalam.

Wednesday, November 27, 2013

COMANGO : Dewan Rakyat tolak usul bahas

Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) bagi membincangkan tuntutan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (COMANGO) membawa laporan berhubung hak asasi manusia ke Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berkata, usul itu ditolak kerana beliau difahamkan kerajaan mengambil maklum dan meneliti semua cadangan yang dikemukakan kepada Malaysia semasa proses semakan daripada Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva pada 28 Oktober lalu.

Mutakhir: Timbalan Pengerusi SPR bersara esok

Timbalan Pengerusi SPR bersara wajib esok 
 Datuk Wan Ahmad Wan Omar
 
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar akan bersara wajib bermula esok selepas berkhidmat dengan suruhanjaya itu selama 16 tahun.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata persaraan Wan Ahmad adalah mengikut Perkara 114 (3) Perlembagaan Persekutuan bahawa seorang ahli SPR adalah terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun.

Bogel : Siasat gambar lucah pelajar

JAIP perlu siasat   gambar lucah pelajar 
 Gambar ghairah pasangan pelajar yang dimuatnaik dalam Facebook.
 
Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) perlu menjalankan siasatan terhadap penyebaran gambar lucah membabitkan sepasang pelajar universiti di negeri itu.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat