TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, October 6, 2016

INTIPATI UCAPAN TUN M MENGGARISKAN PPBM.

INTIPATI UCAPAN TUN M DALAM MAJLIS DI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA

Ucapan Tun M semalam dalam perjumpaan bersama penggerak PPBM, antara lain telah menggariskan perkara seperti berikut :-

1. PPBM

Tun M mengulas tentang matlamat PPBM, tujuan utama ditubuhkan dan masa depan parti. Walaupun dipertikai dan dilabel sama seperti parti serpihan UMNO yang lain seperti PM46 hakikatnya, PPBM berbeza kerana Perlembagaan, Matlamat dan Objektif PPBM yang tidak serupa. Namun, perjuangan membela rakyat masih menjadi keutamaan terutama menolak amalan rasuah dalam parti. Selain itu, PPBM adalah langkah terbaik sebagai menjawab persoalan tentang keburukan Najib dan UMNO selama ini.

2. Najib

Hilang keyakinan kepada Najib kerana beliau amalkan prinsip 'cash is king' dan amalan ini telah menjejaskan imej dan kredibiliti Kerajaan malah UMNO sendiri. Turut menyentuh tentang RM2.6 bilion yang dianggap tidak masuk akal untuk sesiapa menderma jumlah sebanyak itu. Begitu juga dengan 1MDB. Najib menubuhkan 1MDB bagi menggunakan dana syarikat itu untuk tujuan peribadi. Isu 1MDB ini telah diketahui umum sehingga ke masyarakat luar negara.

3. UMNO

Pemimpin UMNO hanya mementingkan keuntungan terutama Ketua-Ketua Bahagian yang menyokong Najib kerana diberi imbuhan tertentu. Amalan rasuah berleluasa dalam parti. Untuk mendapat undi rakyat, UMNO beri barangan/peralatan elektrik kepada mereka.

4. Kerjasama Dengan Pembangkang

Kerjasama dengan pembangkang bukanlah perkara yang ganjil dalam politik. UMNO juga mengadakan kerjasama dengan pihak lawan ketika di awal penubuhan parti PERIKATAN (gabunga UMNO dan MCA). Sebahagian besar parti yang menyertai BN di awal penubuhannya, adalah parti lawan UMNO termasuk di Sabah dan Sarawak. Persisihan dan permusuhan politik antara beliau dan pimpinan parti-parti pembangkang lain seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim terpaksa diketepikan untuk mencapai matlamat menjatuhkan Najib dan UMNO.

5. Soal Anaknya, Mukhriz

Dakwaan beliau berhasrat menjatuhkan Najib kerana ingin menjadikan anaknya Mukhriz sebagai PM adalah tidak masuk akal. Jika beliau mahu ia berlaku, sudah tentu dilakukan ketika beliau menjadi Presiden parti dengan melantik Mukhriz sebagai Timbalannya.

6. PRU Ke-14

Yakin PPBM akan meraih kerusi yang ditandingi jika ahli-ahli bekerja keras tanpa memikirkan soal duit dan sebagainya. Dari segi calon, Jawatankuasa Tertinggi Parti akan tentukan calon yang boleh memberi kemenangan kepada parti. Namun usaha sedang berjalan untuk menjayakan matlamat 1 lawan 1 dengan BN bagi meningkatkan peluang menjatuhkan Najib.

7.  Nasihat

Dalam perjuangan, mestilah terpaksa berdepan cabaran. Jika tidak, itu bukan cabaran namanya. Perlu ada sedikit keberanian dalam berjuang kerana di peringkat awal akan ada tentangan, ugutan, cercaan dan sebagainya.

8. Harapan

Beliau berharap agar PPBM akan menjadi sebuah parti yang unggul, mengatasi UMNO pada PRU Ke-14. Oleh itu, usaha perlu digembleng oleh semua pihak dalam PPBM  bagi menjayakan matlamat tersebut.

* Tun M turut tekankan tentang kepentingan STRATEGI. Selama ini pembangkang gagal menjatuhkan UMNO kerana ketiadaan STRATEGI berkesan. Pun begitu, PPBM sudah mempunyai STRATEGI yang khusus dan akan diguna untuk berhadapan UMNO pada PRU14 nanti.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat