Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memuji tindakan Umno melantik beberapa personaliti untuk menganggotai Majlis Tertinggi (MT) parti, satu pembaharuan inklusif demi kebaikan parti.

Beliau berkata keterbukaan Umno untuk melibatkan orang luar iaitu mereka yang bukan anggota Umno, merupakan satu langkah baik untuk membawa perubahan dalam parti.