TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, March 8, 2016

Kenyataan balas kepada YB Mas Ermieyati!!!

Kenyataan balas kepada YB Mas Ermieyati

Puteri UMNO

Saya amat kecewa melihat sebuah organisasi yang sepatutnya menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda yang bercita-cita tinggi, mempertahankan manipulasi yang dilakukan ke atas institusi – institusi awam di Malaysia. Perbuatan mempertahankan sistem tersebut telah mengorbankan tanggungjawab anda dalam memberikan suara kepada mereka yang memerlukan.

Mengapa anda kecewa dengan Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bersatu dengan bekas lawan politik untuk memperjuangkan satu matlamat yang sama? Tidakkah anda pernah terfikir bahawa keadaan ini tidak berlaku dengan sendirinya? Bahawa ada di antara kita begitu kecewa dengan apa yang berlaku di Malaysia sehinggakan kita tidak mempunyai cara lain untuk melawan rasuah? Bahawa sebahagian daripada kita mempunyai rasa cinta akan negara lebih daripada kepentingan politik?

Mungkin benar bahawa PM kita telah dipilih secara demokratik, tetapi beliau tidak lagi menjadi simbol demokrasi. Beliau mengkhianati kepercayaan kita. Saya ingin memberi kepercayaan kepada institusi-institusi yang ditadbir beliau agar menjadi pengimbang tetapi saya tidak boleh.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang saya bersetuju dengan kenyataan anda adalah bahawa seseorang itu perlu berdiri teguh dengan prinsip. Itulah apa yang kami sedang lakukan. Berpegang kepada prinsip menolak rasuah. Melakukan lebih kesalahan untuk menutup kesalahan yang lampau adalah tidak boleh diterima sama sekali.

Apakah prinsip-prinsip yang anda pegangi? Kesetiaan membuta tuli kepada parti politik?

Ramai yang akan cuba mematahkan usaha kami dengan kata-kata kesat, tetapi saya boleh memberi jaminan kepada anda, kami tidak mempunyai agenda tersembunyi. Kami hanya mahu rasuah dihentikan.

Jadi saya mohon kepada anda, sila jangan bersubahat dengan berdiam diri. Perkara ini sedang berlaku di depan mata anda.

Adalah tidak patut sama sekali sekiranya organisasi yang ditubuhkan untuk membantu wanita hanya bercakap tentang "masalah wanita". Kami, wanita, juga terkesan dengan perbuatan-perbuatan salah yang dilakukan. Kami, wanita, adalah rakyat Malaysia juga. Mari kita selamatkan Malaysia! #SaveMalaysia

Ameera Natasha Moore,
Aktivis Challenger
Cambridge Women's Best Speaker

Statement in response to YB Mas Ermieyati
Puteri UMNO

It breaks my heart to see an organization that is supposed to be an inspiration to many aspiring young women, sit in defense of the manipulation done onto the institutions of integrity in Malaysia. The act of defending such a system may have even come at the expense of your responsibility to truly empower those in need that are supposed to be under your care.

You're disappointed with Tun Mahathir and Tan Sri Muhyiddin Yassin for uniting with former political opponents to fight one common cause? Did it ever occur to you that this is what it has to come to? That some of us are so heartbroken at what is happening in Malaysia that we see no other means to fight this big battle of corruption. That some of us have greater love for the country than the dirty tricks of politics.

Furthermore, it may be true that our PM was elected democratically, but he sure is no longer the figure of democracy now. He took our trust, and broke it. I wish i could trust our current institutions ruled by that very same leader to be the check and balance to this problem, but i cant.

However, one thing i will agree on with your statement is that one should stand strong with principles. Thats exactly what we're doing. The clear principle that corruption is unacceptable. More wrongs to cover previous wrongs is unacceptable.

What principles do you hold on to, if i may ask?

Blind loyalty to a political party?

Many will taint our efforts with ill words, but i can assure you, we have no hidden agenda. What you see is what you get. We just want corruption to end.

So i beg of you, please dont be a complicit by remaining silent. Its happening right infront of your eyes.

It is simply untrue that an organization made to help women can only talk about "women problems". We, women, are affected too by the wrong doings done onto Malaysia. We, women, are Malaysians too. Please #SaveMalaysia

Ameera Natasha Moore,
Activist Challenger
Cambridge Women's Best Debater

Bekas pegawai Goldman Sachs, syarikat perbankan pelaburan multinasional, disepina membantu siasatan berkaitan 1MDB oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).

Bekas pegawai Goldman Sachs, syarikat perbankan pelaburan multinasional, disepina membantu siasatan berkaitan 1MDB oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS).

Bloomberg melaporkan sepina dikeluarkan terhadap Tim Leissner, yang pernah bertugas sebagai pengerusi operasi Asia Tenggara Goldman, Februari lalu tidak lama selepas meninggalkan syarikat itu.

Laporan itu memetik tiga pihak yang dimaklumkan berkaitan perkara itu.

Pihak-pihak itu dilapor berkata pendakwa-pendakwa di Jabatan Keadilan AS sedang menyiasat jika terdapat dana daripada 1MDB digelapkan oleh individu yang mempunyai kaitan politik di Malaysia.

“Pejabat FBI di New York mengepalai siasatan itu dan cuba menentukan jika terhadap sebarang undang-undang AS dilanggar, menurut seorang yang diberi taklimat berkaitan sepina dikeluarkan kepada Leissner,” menurut laporan itu.

Peguam Leissner tidak memberikan sebarang maklum balas kepada laporan Bloomberg itu. Manakala pejabat FBI di New Yorl dan Goldman enggan mengulasnya.

Siasatan terhadap 1MDB dan syarikat berkaitannya juga sedang dibuat di Switzerland, Singapura, Hong Kong, United Kingdom dan Malaysia sendiri.

1MDB, sebelum ini dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA), wujud hasil cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga bertindak sebagai penasihatnya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menyiasat dakwaan kemasukan RM2.6 biiion daripada akaun pesisir pantai dan RM42 juga daripada syarikat negara SRC International ke akaun peribadi Najib.

The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa dana RM2.6 bilion itu daripada entiti dikaitkan dengan 1MDB tetapi Najib berkata ia sumbangan politik dari Timur Tengah.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah membersihkan nama perdana menteri daripada sebarang salah laku.

Berkaitan RM42 juta itu, Apandi berkata tiada keterangan yang boleh menunjukkan Najib tahu atau dimaklumkan terhadap kemasukan wang daripada SRC ke akaun-akaunnya.

Najib telah berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk tujuan peribadi.

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN

Penyertaan saya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dalam sidang akhbar upacara menandatangani Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengundang kritikan daripada segelintir pemimpin UMNO. Mereka nampaknya tidak senang dengan kejayaan Tun Dr Mahathir menghimpunkan tokoh-tokoh BN, Pakatan Harapan, PAS dan masyarakat sivil untuk duduk bersama mendesak Datuk Seri Najib supaya berundur.

Agak malang apabila mereka menggunakan kehadiran Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam upacara tersebut untuk menggambarkan seolah-olah Deklarasi Rakyat adalah agenda DAP untuk menghancurkan UMNO dan seterusnya melabel Tun Mahathir sebagai pengkhianat perjuangan UMNO.

Tuduhan ini sama sekali tidak benar. Deklarasi Rakyat bukan agenda mana-mana parti politik. Ia terbit daripada kesedaran individu daripada pelbagai latar belakang sosial dan politik yang sedar bahawa kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri sudah tidak wajar lagi memandangkan beliau terpalit dengan pelbagai skandal kewangan yang menjejaskan keyakinan rakyat kepada beliau untuk memimpin Malaysia. Malah imej negara kita juga terjejas teruk di peringkat antarabangsa. Hakikatnya, Deklarasi Rakyat adalah perjuangan rakyat yang merentasi ideologi politik, kaum dan agama untuk menentang kemungkaran, menyelamatkan Malaysia dan menebus kembali maruah negara.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah tokoh-tokoh seperti Tun Ling Liong Sik, Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Aziz Yassin, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mustafa Ali, Dato' Dr Khairuddin Al-Takiri, Datuk Kadir Jasin, Hj Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. Jika Najib boleh duduk sepentas dengan Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang atas nama kerjasama politik, mengapa pula Tun Mahathir, saya dan Mukhriz tidak boleh duduk semeja dengan tokoh-tokoh di atas untuk menyelamatkan Malaysia? Mengapa perlu digunakan standard yang berbeza untuk kami berbanding Najib?

Pada hemat saya orang-orang di sekeliling Najib sebenarnya bimbang akan kesan inisiatif Tun Mahathir terhadap kedudukan ketua mereka sebagai Perdana Menteri. Deklarasi Ini bukan sahaja mendapat sokongan tokoh daripada pelbagai latarbelakang politik, malah turut disokong oleh pelbagai lapisan rakyat yang mula menandatangani dokumen ini secara atas talian. Saya percaya lebih ramai rakyat akan tampil menyatakan sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat dalam masa terdekat. Sudah pasti perkembangan ini amat membimbangkan Najib dan orang-orang sekelilingnya.

Sebaliknya, yang tidak demokratik adalah mereka. Terbaharu, maklumat berkaitan 1MDB tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Kita tahu bahawa skandal 1MDB telah menjadi isu besar yang menarik perhatian rakyat dan masyarakat antarabangsa. Malah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga sepatutnya membentangkan hasil siasatan mereka ke atas 1MDB di Dewan Rakyat, iaitu institusi demokrasi tertinggi negara, untuk pengetahuan umum. Adakah kerajaan pimpinan Najib ingin menyorok lebih banyak penyelewengan berhubung skandal 1MDB daripada pengetahuan rakyat? Adakah ini satu tindakan yang demokratik?

Mereka juga berkata seorang Perdana Menteri tidak boleh dijatuhkan kecuali menerusi pilihanraya. Di sinilah letaknya kesilapan besar mereka. Jika sebahagian besar rakyat menolak kepimpinan Najib, maka sewajarnyalah Najib berundur sekarang. Jangan tunggu sampai pilihanraya. Jika rakyat menolak Najib dalam pilihanraya bermakna mereka akan menolak BN secara total. Ini akan menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya.

Tujuan Deklarasi Rakyat ialah untuk mendesak Najib supaya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Peletakan jawatan Najib tidak akan menyebabkan kerajaan BN digulingkan. Sebaliknya, ia akan memberi laluan kepada proses tindakan undang-undang diambil terhadapnya dan beliau diadili dengan seadilnya di mahkamah. Seterusnya, reformasi institusi secara total perlu dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan amanah.

Justeru, mereka menggunakan pelbagai alasan yang pelik untuk mencemuh deklarasi ini. Ada yang mengatakan kononnya deklarasi ini tidak demokratik. Saya ingin beritahu mereka bahawa dalam sebuah negara yang demokratik, hak rakyat untuk menyuarakan pandangan adalah dijamin oleh Perlembagaan. Ini termasuk untuk menyatakan sikap terhadap kerajaan dan kepimpinan negara. Meminta seorang Perdana Menteri berundur oleh kerana pembabitannya dalam skandal kewangan adalah sebahagian daripada hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi.

Desakan supaya Perdana Menteri berundur tanpa menunggu pilihanraya dengan tidak mengubah kerajaan sedia ada bukan perkara baharu sebagaimana yang pernah berlaku di zaman pimpinan Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berundur untuk memberi laluan kepada Najib. Dalam semua keadaan kerajaan BN pada waktu itu tidak terjejas.

Cuma yang berbeza ialah latar belakang tuntutan berundur adalah atas sebab politik bukan atas isu skandal yang berkait dengan persoalan moral dan integriti sebagaimana yang berlaku terhadap pimpinan Najib sekarang. Ia bukan lagi isu kepimpinan UMNO, tetapi sudah melimpah menjadi isu negara. Justeru pemimpin dari pelbagai latar belakang politik sanggup mengenepikan perbezaan dan bersatu azam semata-mata untuk menyelamatkan negara. Dengan langkah berani ini, amat tidak wajar kami dianggap menjual maruah dan harga diri, bangsa dan agama.

Jika pemimpin UMNO dan BN masih terperangkap dalam sindrom penafian dan terus menerus mempertahankan seorang individu yang tidak dapat dipertahankan dari segi neraca undang-undang, moral dan agama, maka rakyat akan menolak UMNO dan BN secara total. Penolakan rakyat bukanlah disebabkan oleh Deklarasi Rakyat, tetapi kerana kegagalan pemimpin UMNO untuk mengemudi bahtera UMNO sehaluan dengan nilai-nilai yang dipegang oleh rakyat, iaitu kejujuran, kebertanggungjawaban, ketelusan dan keadilan dalam memikul amanah kepimpinan.

Ada pihak yang sengaja menggunakan sentimen kaum dan agama untuk menutup kelemahan mereka. Kononnya saya dan rakan-rakan yang lain telah menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara setelah menandatangani Deklarasi Rakyat.
Ini adalah satu tuduhan yang amat tidak berasas.

Selama 40 tahun saya di dalam politik, tidak pernah sedetikpun saya bertindak menggadai prinsip perjuangan saya. Tidak masuk akal tindakan saya menggesa Najib meletakkan jawatan kerana kemungkaran yang terpalit kepadanya, maka saya dikatakan menggadai perjuangan untuk agama, bangsa dan negara. Bukankah menentang kemungkaran itu satu kewajipan dalam Islam? Saya sebagai seorang Muslim, hanya menjalankan kewajipan saya di sisi agama. Saya yakin rakyat, terutamanya orang Melayu, cukup bijak untuk menilai mana yang hak dan mana yang batil.

Di sisi Islam, perjuangan menentang kemungkaran menentukan tahap keimanan seorang Muslim. Saya tidak mahu disoal diakhirat kelak apa yang saya buat untuk menentang kemungkaran ketika saya masih berupaya untuk melakukannya. Saya tahu bahawa ia bukan sesuatu yang mudah dan amat menguji kesabaran. Tetapi saya yakin bahawa Allah s.w.t akan  sentiasa bersama-sama orang yang sabar.

MUHYIDDIN YASSIN
8 Mac 2016

Terkini: Rahsia Kerajaan!!! YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad???

[ARTIKEL TERBAHARU Blog YABhg. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ]

RAHSIA KERAJAAN (Versi BM)

07 MAC 2016

1. Peguam Negara ingin menghukum mereka-mereka yang membocorkan rahsia Kerajaan dengan merotan dan dipenjara seumur hidup.

2. Ini seperti pemikiran yang primitif dan tidak berunsurkan Islam. Quran berulangkali menyeru umat Islam untuk menghukum dengan adil. Hukuman perlu setimpal dengan kesalahan. Ianya tidak boleh melampau. Menghukum musuh sekalipun, perlunya hukuman yang adil, itupun sekiranya berpandukan ajaran Quran.

3. Tetapi saya bukan mahu membuat komen tentang minda primitif. Saya ingin mempersoalkan sama ada Najib dengan 2.6 Bilion Ringgit di dalam akaun peribadi beliau adalah hasil dari pekerjaan sebagai Perdana Menteri. Adakah dengan kedudukan beliau mampu memperoleh dana rahsia dan menyimpannya di dalam akaun peribadi. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia sebelumnya melakukan sedemikian rupa.

4.  Di dalam Kerajaan terdapat prosedur dan peraturan untuk menerima dan mengurus dana. Najib tidak akur dengan peraturan ini. Malah  beliau mengakui bahawa wang itu adalah hadiah kepada beliau secara peribadi, bukan kepada Kerajaan. Najib seolah-olah tidak perlu membayar cukai ke atas wang ini. Jelas sekali pemilikan dan pengurusan RM2.6b ini bukan sebahagian daripada pekerjaan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

5. Wang tersebut bagaimanapun bukanlah rahsia Kerajaan yang dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi. Laporan oleh Bank Negara dan SPRM ialah berkenaan salahlaku yang melibatkan Najib sebagai individu semasa dalam Kerajaan. Salahlaku perlu disiasat dan dilaporkan oleh penguatkuasa yang bertauliah agar tindakan sewajarnya boleh diambil berdasarkan undang-undang Negara.

6. Polis dan badan penguatkuasa yang lain perlu bertindak dan menyiasat laporan ini. Dengan tidak berbuat apa-apa, menunjukkan tugas telah diabaikan. Melindungi juga dianggap sebagai jenayah.

7. Peguam Negara mempunyai hak untuk menentukan sama ada kes dibawa ke mahkamah atau tidak. Hak itu perlu dijalankan berdasarkan kepada pertimbangan elemen-elemen yang berkaitan dalam kes tersebut serta keprihatinan awam tentang hal ini. Kesemua bahagian perlu didengari. Ini hanya boleh dilakukan di mahkamah. Pengadilan oleh Peguam Negara dengan mudah melalui bacaan laporan dikira sebagai penafian keadilan, remeh dan tidak adil, terutama apabila laporan yang dibuat adalah dari institusi yang berwibawa dan berkredibiliti. Apa yang telah dilakukan Peguam Negara telah merosakkan kredibiliti institusi tadbir urus dan sebahagian daripada sistem kehakiman Negara ini.

8. Akta OSA tidak bermaksud untuk merahsiakan perbuatan jenayah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai Kerajaan. Perbuatan jenayah itu tidak berada  di atas udang-undang. Mereka perlu disiasat oleh pihak berkuasa dan dihadapkan ke mahkamah.

9. Seketika, individu yang melaporkan salahlaku yang dilakukan oleh Najib, telah ditangkap bersama peguam, ditahan dan didakwa di mahkamah.

10. Apabila Peguam Negara memilih untuk menghukum seseorang, undang-undang perlulah setimpal  dengan kesalahan. Apabila hukuman tidak setimpal dengan jenayah, sehinggalah hakim menolak kes ini, Peguam Negara telah kehilangan kredibiliti. Maka sistem keadilan juga turut rosak bersama kredibiliti Peguam Negara.

11. Sekarang ini Peguam Negara mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah. Andai kata Peguam Negara menang kes ini, institusi kehakiman bakal hilang hormat dan penerimaan oleh rakyat juga hilang.

12. Sekiranya Peguam Negara mahu meraih semula kredibilitinya, beliau perlu menjelaskan sama ada beliau menganggap jenayah yang dilakukan pegawai-pegawai Kerajaan adalah dianggap rahsia Kerajaan yang perlu disembunyi dan dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi ataupun tidak.

http://chedet.com/?p=2001

Terkini: DYAM Tengku Mahkota Johor bersama Pemilik Kelab Atletico Madrid

DYAM Tunku Mahkota Johor seolah mendapat kejutan bila pemilik kelab Atletico Madrid, Mr. Miguel Angel Gil Marin telah mempersilakan DYAM Tunku Mahkota untuk makan malam bersama.

Sewaktu makan malam itu, Mr. Miguel telah menyatakan minat beliau untuk membantu dan bekerjasama dengan kelab Johor Darul Ta'zim.

Lebih mengejutkan lagi, Mr. Miguel juga telah menjemput JDT untuk datang ke Atletico Madrid untuk pra musim 2017.

JDT amat bertuah mempunyai kelab kelab gergasi di Eropah sebagai sahabat.

Kami di JDT pun terharu bagaimana DYAM Tunku Mahkota mengendalikan pertemuan dengan Presiden dan Pemilik kelab gergasi ini sehingga mereka pun teruja dan ini perkara yang agak luarbiasa.

Lawatan ke kelab ini bukan sekadar lawatan sahaja tetapi menunjukkan hubungan yang akrab dan istimewa bersama presiden dan pemilik, malahan pegawai teknikal kelab-kelab ini.

Kelab-kelab besar ini tidak melayan semua orang dan sentiasa ada batasnya. Mereka sanggup berkerjasama dan membantu JDT kerana mereka percaya dengan visi dan projek DYAM Tunku Mahkota Johor dan mereka nampak potensi Kelab JDT.

-----------

HRH Crown Prince of Johor got a surprise today when the owner of Atletico Madrid, Mr. Miguel Angel Gil Marin invited HRH Crown Prince to have dinner together.

During the dinner, Mr. Miguel expressed his interest to assist and collaborate with Johor Darul Ta'zim.

Even more surprising, Mr. Miguel has invited JDT to Atletico Madrid for the pre season in 2017.

JDT is very lucky to have all these giant clubs of Europe as friends.

We at JDT are very moved at how HRH Crown Prince conducts his meetings with the respective Presidents and Owners of these clubs until even they are impressed which is very unusual.

The visits to these clubs are not simply visits per se but it shows the special relationship with the President, owners and also technical officials of these clubs. Giant clubs does not normally entertain other clubs and even if they do, there is often a limit.

They choose to assist with JDT because they believe with the vision and project of HRH Crown Prince of Johor and they see the big potential of the club.

Terkini: Kerajaan Malaysia negara berdaulat???

Kerajaan Malaysia sebuah negara yang berdaulat.

Pada pandangan dan pendapat. Negara Malaysia harus membersihkan namanya melalui tindakkan undang-undang di dalam negara Malaysia.

Langkah seterusnya membersihkan nama negara Malaysia di peringkat Dunia.

Perkara-perkara tersebut bila dilakukan dengan jujur dan amanah. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan negara Malaysia.

Berita dari luar negara yang menyatakan ada pengubalan wang haram. Penipuan memberi maklumat kepada bank.

Siasatan yang masih dijalankan oleh negara luar termasuklah pembekuan acc di Singapura.

Perkara-perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan oleh kerajaan Malaysia. Beberapa berita diluar negara menyatakan kemasukkan wang ke acc peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Secara jujurnya Perdana Menteri telah mengakui kemasukkan wang ke acc peribadinya. Perakuan dari Timbalan Perdana Menteri baru dan AG yang baru menguatkan kepercayaan rakyat.

Lapuran Polis oleh bekas Ketua Polis Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah dibuat kepada AG. Berikutan rantaian kes kemasukkan wang berjumlah 2.6b yang telah di bersihkan oleh AG.

Berita-berita seperti ini jika tidak ditangani dengan betul. Tidak diselesaikan dengan teliti akan mengambarkan seolah-oleh di Malaysia perlakuan-perlakuan seumpama itu adalah dibolehkan.

Tumpuan kena diberikan kepada permasaalahan yang ditimbulkan ketika dan waktu yang menjadi pengetahuan umum.

Sekiranya perkara ini berlaku tanpa ada sebarang tindakkan. Bimbang menjadi ikutan dan amalan dimasa akan datang.

Tindakkan Tun M adalah bertepatan dengan waktu dan ketikanya. Bila mana meminta Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berundur atau turun dari jawatan Perdana Menteri.

Gambar Sebagai Hiasan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat