TERIMA KASIH

counters

MTMR

Monday, December 29, 2014

Terkini: Lapuran keadaan banjir di Malaysia.

Sejak dua tiga hari ini macam-macam cerita yang 'dikarang' oleh individu tidak bertanggungjawab kononnya puluhan mayat dijumpai akibat banjir di Kelantan.

Lagi menarik siap ada gambar 'kain kafan' yang disebarkan melalui facebook dan whatapps...

Persoalannya kerja siapakan ini... apakah gambar tersebut diambil dalam studio dan apakah tujuannya... Juga soalan mana pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan memantau internet?

Ini kerana menurut polis Kelantan sejak 17 Disember lalu 13 orang dilaporkan hilang  akibat banjir di negeri itu.

"Sembilan daripada mereka ditemui meninggal dunia, dengan tiga di Kota Baru, empat di Pasir Mas, dan dua di Tumpat, manakala empat lagi masih tidak ditemui," kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Menurut beliau, pihaknya masih mengesan mayat seorang berusia tiga tahun di Pasir Mas dan tiga di Kuala Krai," katanya pagi Isnin.

Beliau berkata berdasarkan siasatan polis, semua sembilan mayat yang ditemui mati lemas.

"Kami juga telah menubuhkan lapan pasukan untuk memantau aktiviti kecurian di seluruh negeri ini," katanya.

Jelas cerita 'kain kafan dengan jumlah yang banyak diperlukan di Kuala Krai' adalah cubaan untuk menimbulkan situasi panik, marah dan benci kepada kerajaan.

Satu tindakan subversif yang sepatutnya dipandang serius oleh SKMM.

Sementara itu,  keadaan banjir di Kelantan semakin buruk pagi Isnin dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang manakala keadaan di lima negeri tidak banyak berubah dengan Selangor kembali dilanda banjir kilat.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terbabit kini ialah sebanyak 225,731 mangsa.

Terengganu mencatat sebanyak 33,260 mangsa, Pahang 33,225, Perak (7,813), Johor (328) dan Selangor 33 mangsa.

Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan Nik Omar Nik Abdul Rahman berkata mangsa banjir daripada 36,128 keluarga ditempatkan di 309 pusat pemindahan melibatkan lapan daerah.

Bernama melaporkan di jajahan Kota Baharu masih mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 44,061 orang, Tumpat (30,569), Pasir Mas (23,568), Kuala Krai (23,500), Gua Musang (17,327), Machang (8,289), Tanah Merah (3,546) dan Pasir Puteh (192).

Di PAHANG, jumlah mangsa terus meningkat kepada 33,225 orang berbanding 31,095 mangsa semalam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, setakat 9 pagi ini, Temerloh kekal menjadi daerah mangsa banjir paling ramai iaitu 12,012 orang yang ditempatkan di 71 pusat pemindahan.

Enam daerah lain ialah Kuantan membabitkan 3,046 mangsa yang ditempatkan di 17 pusat pemindahan, Pekan (4,873 mangsa di 17 pusat pemindahan), Maran (3,479 mangsa di 33 pusat pemindahan), Jerantut (6,025 mangsa di 59 pusat pemindahan), Bera (1,491 mangsa di 14 pusat pemindahan) dan Lipis (2,299 mangsa di 31 pusat pemindahan).

Sehingga kini Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi laluan kedua-dua arah Kuantan-Kuala Lumpur dan jalan lama masih ditutup kepada lalu lintas. Orang ramai yang menuju ke Kuantan dari Kuala Lumpur diminta menggunakan jalan alternatif melalui Seremban-Kuala Pilah-Serting-Muadzam Shah-Kuantan dan sebaliknya.

Di PERAK jumlah mangsa terus meingkat kepada 7,813 mangsa berbanding 7,539 mangsa malam tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, kesemua mereka ditempatkan di 54 pusat pemindahan iaitu 22 di Kuala Kangsar, Perak Tengah (20), Hulu Perak (11) dan Kerian (satu).

Di Perak Tengah, bilangan mangsa banjir setakat ini adalah sebanyak 4,220 orang.

Kuala Kangsar yang merangkumi kawasan Sungai Siput mencatat jumlah mangsa banjir sebanyak 2,565 manakala di Hulu Perak sebanyak 738 dan Kerian (290) mangsa.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33,260 orang berbanding 36,210 malam tadi.

Di Kemaman masih tinggal 22,214 mangsa manakala hampir 3,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan air beransur surut.

Di Dungun masih terdapat 10,138 orang mangsa, Kuala Terengganu (759) orang dan Hulu Terengganu (149) mangsa.

Jumlah pusat pemindahan di Terengganu juga menurun daripada 88 malam tadi kepada 79 pagi ini, iaitu Dungun 34, Hulu Terengganu (empat), Kemaman (35) dan Kuala Terengganu (enam).

Sementara JOHOR mencatatkan sedikit penurunan mangsa banjir iaitu empat orang, dengan seramai 328 mangsa direkodkan pagi ini berbanding 332 mangsa malam tadi.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, sembilan pusat pemindahan menempatkan 85 keluarga masih dibuka iaitu di satu di Muar, Batu Pahat (dua) dan masing-masing tiga di Segamat dan Kluang.

Jalan Kampung Asli Sedohok di Kahang, Kluang masih belum boleh dilalui, menurut pusat kawalan terbabit.

Sementara di SELANGOR, hujan lebat berterusan pada Sabtu lepas menyebabkan beberapa buah kampung di Klang, antaranya Kampung Budiman, Meru dan Kampung Sementa, Kapar mengalami banjir kilat melibatkan 33 mangsa.

Kesemua mangsa daripada sembilan keluarga itu ditempatkan di pusat penempatan sementara Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai.

Terkini : Saham AirAsia Jatuh ekoran pesawat terputus hubungan???

KUALA LUMPUR: Saham syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di rantau ini, AirAsia, jatuh hampir lapan peratus pagi ini selepas sebuah pesawat AirAsia Indonesia dengan 162 penumpang dan anak kapal hilang semalam.

Saham AirAsia jatuh 12 peratus kepada RM2.60 pada pembukaan sebelum naik sedikit pada RM2.71, masih jatuh 7.82 peratus pada 11.15 pagi.

Pesawat Airbus A320 itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. - AFP
 
Penumpang mendaftar masuk penerbangan AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, hari ini. - Foto REUTERS

Terkini: Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu berikutan banjir yang melanda negara ketika ini, demikian umum Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).

Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

"Seperti semua pihak maklum banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.

"Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

"Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu," katanya dalam satu kenyataan.

Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambil kira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Muhyiddin berkata, sekiranya keadaan banjir pulih, pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing.

Ini katanya, bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Gempar : Wali Allah menjaga Malaysia???

ARTIKEL TULISAN SAHABAT SHAHPASKAL,

MUSIBAH DEMI MUSIBAH, PLEASELAHHH..INI BALA BEB, BUKAN UJIAN UNTUK UMAT TERPILIH

Bila dah banjir, orang sibuk pasal darurat. Apa beza declare darurat atau tidak. Sama sahaja, negara ini sentiasa dalam kekurangan dana untuk pembelian keselamatan dan pertahanan yang boleh digunakan untuk bencana.

Sehingga ke peringkat ini, politician masih sibuk membuat "DIVERSION" dan menyalahkan orang lain, tahun ini banjirnya agak luar biasa, ia berlaku di negeri-negeri yang kononnya kuat amalan ke Islaman, negeri lain tak kuat kot.

Kalau kena kat negara kapir/Israel/Amerika, orang Islam atau Melayu kita akan angkat ibu jari, buat, Padan Muka, bila kena dekat negara atau negeri sendiri, orang kata ujian Allah SWT untuk cuci dosa,

TUJUANNYA SATU SAHAJA, "DIVERSION".....SKRG KITA LIHAT BANYAK PULA HUTAN YANG DITEBANG UNTUK PEMBALAKAN, HARAP ORANG RAMAI NAMPAK MASALAH PUNCA BANJIR.....GAMBAR GOOGLE MAP TERSEBUT ADALAH DI KELANTAN.
POLITICIAN NI, BAIK MANA PARTI PUN SAMA, MASA NAK NAIK, PETIK NAMA ISLAM, BILA DAH NAIK, PETIK NAMA RINGGIT, ATAS NAMA RINGGIT, SERBAN HILANG, KOPIAH PUN HILANG, SONGKOK DAH LAMA HILANG.

SEBENARNYA SATU TANAH MELAYU INI TERKENA TEMPIAS BALA, APABILA PEMIMPIN NEGARA TIDAK DIRAHMATI, MCM-MCM MUSIBAH AKAN MENIMPA.

1. Boring betul lah, dengan kenyataan sesetengah pihak yang menyatakan banjir ini bertujuan mencuci dosa ada satu puak itu sebagai tanda mereka beriman dan terpilih.

2. Statement ini menyerupai fahaman Israeliat, berdasarkan kaum Yahudi yang tidak habis-habis ditimpa bala disebabkan pelbagai perkara dosa dan kesyirikan yang dibuat, tetapi mereka tidak nampak semua hal ini merupakan bala yang diturunkan oleh Allah SWT.

3. Sebaliknya mereka anggap, ini merupakan ujian dan bukti bahawa mereka ini adalah umat yang TERPILIH.

4. Begitulah puak Melayu yang terpilih ini, teristimewa dan terlebih pula "Islamiknya" berbanding dengan orang lain.

5. Bala bukan sekadar menimpa puak tersebut, ia juga sebenarnya peringatan kepada bangsa Melayu yang telah membuat membuat pelbagai dosa besar, bermula daripada Kalimah Allah, Oktober Fest, liberalisasi agama, permusuhan ke atas ulamak-ulamak berakidahkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sehinggalah membiarkan kesyirikan terhadap Keesaan dan Kesucian Allah SWT tersebar dengan berleluasa.

6. Malaysia mengakhiri tahun 2014 dengan dua kejutan berupa musibah mengiringi dua lagi sebelumnya.

7. Merujuk kepada dua yang terakhir, pertama - musibah air banjir - yang ni dikira ada dalam jadual cuaca negara, Cuma skala saja yg jadi tanda tanya.

8. Yang kedua ini pula musibah tak terjangka yang mengiringi dua nahas pesawat milik MAS pada awal dan pertengahan taahun 2014.

9. Kita amat bersimpati akan keadaan meninpa kaum keluarga dan sahabat handai kita. Dalam pada tu, kita tidak harus menutup ruang untuk kita bermuhasabah.

10.Benarkah semua nahas ini telah ditakdirkan ALLAH tanpa ada petunjuk..? Jawapannya tidak…

11.Apakah kemuncak hidup seseorang..? Jawapannya tentulah kematian. Juga dinyatakan kematian ini adalah pengakhiran roh di dalam satu-satu jasad dan roh pula urusan ALLAH. Dengan tiadanya roh di jasad, ertinya seseorang telah tidak bernyawa dan dinyatakan dalam satu kertas yang dipanggil ‘sijil keMATIan’.

12.Mungkinkah kematian seseorang boleh dijangkakan..? Jawapannya – YA..! Jika itu dikehendaki ALLAH. Dan inilah keistimewaan segelintir kecil manusia yang dikurniakan ALLAH iaitu mengetahui akan saat kematiannya dan juga orang lain yang ada kepentingan dengannya – sama ada sebagai saudara, jiran atau paling tidak pun senegara yang berkongsi maruah dan kedaulatan.

13.Berbalik kepada nahas udara pertama awal tahun ini, banyak petunjuk awal telah diberikan. Antaranya keghairahan seseorang menyentuh dan membawa keluar satu barangan berharga milik Tanah Melayu.

14.Apabila menjadi milik mutlak Tanah Melayu, sudah pastilah pelbagai halangan dibuat oleh pemiliknya bagi mengelakkan barangan miliknya diseludup keluar. Jika dibawa juga, adalah musibahnya.

15.Nahas udara yang kedua pula, juga dikhabarkan beberapa hari sebelumnya. Malah bila menerima perkhabaran, terdetik mengapalah hal ini (nahas udara ke-2) bakal berlaku lagi…? Apakah ALLAH zalim..? Tidak..! Tidak sama sekali melainkan ada sebab musabab yang lahir dari kezaliman kita sendiri.

16.Banjir sekarang..? Juga telah dikhabarkan secara ringkas. Ia tak ubah seperti perkhabaran yang diberikan Tok Kenali ketika lama sebelum banjir tahun 1920an melanda dulu.

17.Terbaharu, nahas udara ketiga.. Juga telah digambarkan tetapi dalam bentuk yang lebih abstrak tetapi masih jelas untuk diperincikan.

18.Apakah akan ada nahas udara yang ke empat..? Yang ni susah nak diberitahu secara terus-terang. Nak kata ada, nanti seolah-olah dirancang.. Nak kata tak ada, perkhabarannya dah ada disampaikan.. Ahh…! Biarlah ia kekal sekadar khabar angina dari ghaib, sebab ramai tak percaya benda ni kan..?

19.Sekarang kita ulas semua cerita di atas dari aspek ilmu tasawuf atau lebih jelas, ilmu kewalian dan yang pasti terkait dengan wali-wali rijalul ghaib.

20.Siapakah wali-wali besar nusantara..? Umumnya terdapat 2 kumpulan wali-wali ini. Satu kumpulan dikenali sebagai Wali 9 (Wali Songo) dan berpusat di Tanah Jawa. Satu lagi adaLah Wali 7 yang berpusat di Tanah Melayu.

21.Walaupun ditanya Pakcik Google berulang-kali akan siapa Wali 7 ni, ada pelbagai versi penamaan siapa ahlinya yang 7 orang ini. Sebenarnya gelaran Wali 7 itu tidak bermaksud ‘terhad’ kepada 7 orang, malah lebih dari itu. Berapa banyak, kita serahkan kepada anak cucu mereka (yg masih hidup) yang memilki ilmu ini.

22.Diringkaskan cerita, pengaturan perjalanan negara kita sebenarnya telah diatur oleh ALLAH dan sebagai manusia istimewa yang memiliki laduni dn karamah, wali-wali rijalul ghaib Tanah Melayu ini diberi pengetahuan akan apa, bila dan bagaimana peristiwa2 besar yang bakal berlaku dan juga sebab-musababnya.

23.Para wali ini pewaris Rasullullah. Waris dalam erti kata ilmu, amalan dan nasab keturunan. Sudah pasti tak banyak yang benar-benar tahu dan arif akan hal ini. Cukuplah sekadar kita faham, kita pun bukan ahli kelab para wali ni pun..

24.Sebagai pewaris pula, sudah tentu doa-doa mereka ini mempunyai martabat tertentu dalam ke’makbulan’nya oleh ALLAH. Sementelah itu juga kita ketahui yang takdir boleh diubah oleh ALLAH atas doa, baik doa ahli masyarakat dan lebih-lebih lagi orang-orang soleh khususnya para wali.

25.Doa ini adalah kuasa terhebat dan doa dalam istilah mereka-mereka ini dipanggil ‘tawasul’ atau bahasa biasa, munajat – bagi tahap kita orang-orang biasa. Dan doa inilah juga kekuatan orang-orang Islam berfahaman ASWJ. Walaupun kaedah orang biasa dan para wali berbeza, tetapi intipatinya tetap sama – memohon redha-Nya..

26.Bagi negara kita yang diazalikan ALLAH sebagai pusat kekayaan bumi yang menjadi puncak rebutan kuasa-kuasa dunia baik dahulu atau kini, sudah tentulah dilahirkan para wali-Nya yang diamanahkan menjaga kedaulatan tanahair kita secara nyata dan lagi-lagi ghaib dan pastinya tidak lekang dari doa mereka-mereka ini yang ampuh agar negara ini dimakmur-Nya..

27.Berbalik kepada situasi semasa, jelas kelihatan para wali ghaib ini amat kurang senang dengan perkembangan mutakhir yang kini berlaku. Mana-mana kita yang berupaya jadi ahli bersekutu dengan kelab atau kumpulan para wali ni, ayuh ketemulah mereka dan bermuzakarahlah.. Nescaya terhambur kekecewaan mereka (para wali) ni terhadap apa yang sedang berlaku..

28.Tidak pernah dalam sejarah, nama ALLAH tergadai. Tergadai ditangan pemimpin mengaku muslim. Dan juga tidak pernah berlaku dalam sejarah akan kalimah ALLAH dipermainkan kaum bukan Islam hatta semasa penjajahan barat selama 500 tahun.

29.Jika keadaan ini berterusan, yakni corak kepimpinan yang sama. Tunggulah kita semua.. ALLAH telah meletakkan amanahnya kepada bangsa melayu di bumi tanah melayu ini untuk menjadi ‘pemegang kunci dunia’, tetapi kita sewenang-wenangnya menggadaikan amanah ini.

30.Apakah kesudahannya pentadbiran sekarang.. Walau pahit tetapi kita wajar berkongsi.. Inilah yang dikhabarkan oleh para wali-wali besar yang kasyaf lagi karamah ini berkali-kali – jika pemimpin yang sekarang tidak mengundur diri secepat mungkin, beliau bakal diturunkan secara penuh keaiban.

31.Bagaimana ‘diturunkan’… Itu tak dapat kita jelaskan kerana ianya hak mutlak ALLAH, sebagaimana kalimah ALLAH – hak mutlak-Nya..

32.Ini bukan kata-kata saya atau teman2, tetapi diulang2 oleh Raja Wali Ghaib Tanah Melayu dan juga Raja Wali Ghaib Tanah Indonesia. Dan sudah tentu inilah yang menjadi pendirian para wali ghaib nusantara semuanya.

MTMR nak tambah sikit ya!!! Ini mistri Nusantara. Hanya ahlinya sahaja yang tahu. Senyum tidak perlu kata apa-apa.

# AllahSayangKamu.

 26.Bagi negara kita yang diazalikan ALLAH sebagai pusat kekayaan bumi yang menjadi puncak rebutan kuasa-kuasa dunia baik dahulu atau kini, sudah tentulah dilahirkan para wali-Nya yang diamanahkan menjaga kedaulatan tanahair kita secara nyata dan lagi-lagi ghaib dan pastinya tidak lekang dari doa mereka-mereka ini yang ampuh agar negara ini 
dimakmur-Nya..

 27.Berbalik kepada situasi semasa, jelas kelihatan para wali ghaib ini amat kurang senang dengan perkembangan mutakhir yang kini berlaku. Mana-mana kita yang berupaya jadi ahli bersekutu dengan kelab atau kumpulan para wali ni, ayuh ketemulah mereka dan bermuzakarahlah.. Nescaya terhambur kekecewaan mereka (para wali) ni terhadap apa yang sedang berlaku..

 28.Tidak pernah dalam sejarah, nama ALLAH tergadai. Tergadai ditangan pemimpin mengaku muslim. Dan juga tidak pernah berlaku dalam sejarah akan kalimah ALLAH dipermainkan kaum bukan Islam hatta semasa penjajahan barat selama 500 tahun.

 29.Jika keadaan ini berterusan, yakni corak kepimpinan yang sama. Tunggulah kita semua.. ALLAH telah meletakkan amanahnya kepada bangsa melayu di bumi tanah melayu ini untuk menjadi ‘pemegang kunci dunia’, tetapi kita sewenang-wenangnya menggadaikan amanah ini.

 30.Apakah kesudahannya pentadbiran sekarang.. Walau pahit tetapi kita wajar berkongsi.. Inilah yang dikhabarkan oleh para wali-wali besar yang kasyaf lagi karamah ini berkali-kali – jika pemimpin yang sekarang tidak mengundur diri secepat mungkin, beliau bakal diturunkan secara penuh keaiban.

 31.Bagaimana ‘diturunkan’… Itu tak dapat kita jelaskan kerana ianya hak mutlak ALLAH, sebagaimana kalimah ALLAH – hak mutlak-Nya..

 32.Ini bukan kata-kata saya atau teman2, tetapi diulang2 oleh Raja Wali Ghaib Tanah Melayu dan juga Raja Wali Ghaib Tanah Indonesia. Dan sudah tentu inilah yang menjadi pendirian para wali ghaib nusantara semuanya.

Terkini : Ahli Parlimen Pasir Gudang mudah di dekati masyarakat.

YB Pn Hajah Normala Abdul Samad dalam program terakhir beliau malam ini merasmikan Majlis Kembali Ke Sekolah Anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon Bukit Dahlia Bersama Umno Cawangan Kristal Dahlia Jalan serangkai.

Dalam ucapannya beliau menyeru agar semua masyarakat sentiasa bersabar dengan segala musibah yang berlaku dan berharap setiap masyarakat sentiasa berdoa agar Allah SWT melindungi kita.

Beliau juga berharap agar semua yang berlaku dijadikan satu iktibar kepada diri masing-masing, selain dari itu beliau juga menegaskan betapa pentingnya permuafakatan dikalangan penduduk di teruskan demi ukhwah antara lapisan masyarakat dapat dieratkan. 

Beliau berharap Krt/Umno/JKP/ Jemaah Surau dan lain2 persatuan atau pertubuhan yang terdapat dalam sesebuah kawasan haruslah bersatu kerana semua ini dapat membantu mengeratkan permuafakatan antara penduduk setempat. Selain juga dapat menghasilkan kreativiti kerja yang lebih baik. Dengan cara ini juga kita dapat melihat sasaran sebenar yang perlu dibantu.

Sebagai pemimpin dalam apa jua pertubuhan kita perlu ada matlamat dengan meletakkan kepentingan umum sebagai satu keutamaan dari kepentingan peribadi. Jika ini dapat dilakukan sudah pasti setiap kawasan akan mempunyai kekuatannya tersendiri.
 YB Pn Hajah Normala Abdul Samad dalam program terakhir beliau malam ini merasmikan Majlis Kembali Ke Sekolah  Anjuran Jawatankuasa Penduduk Zon Bukit Dahlia Bersama Umno Cawangan Kristal Dahlia Jalan serangkai. 

Dalam ucapannya beliau menyeru agar semua masyarakat sentiasa bersabar dengan segala musibah yg berlaku dan berharap setiap masyarakat sentiasa berdoa agar Allah SWT melindungi kita. Beliau juga berharap agar semua yg berlaku dijadikan satu iktibar kepada diri masing-masing, selain dari itu beliau juga menegaskan betapa pentingnya  permuafakatan dikalangan penduduk di teruskan demi  ukhwah antara lapisan masyarakat dapat dieratkan. Beliau berharap Krt/Umno/JKP/ Jemaah Surau dan lain2 persatuan atau pertubuhan yg terdapat dlm sesebuah kawasan haruslah bersatu krn semua ini dapat membantu mengeratkan permuafakatan antara penduduk setempat.  Selain juga dapat menghasilkan kreativiti kerja yang lebih baik. Dengan cara ini juga kita dapat melihat sasaran sebenar yg perlu dibantu.  

Sebagai pemimpin dalam apa jua pertubuhan kita perlu ada matlamat dgn meletakkan kepentingan umum sebagai satu keutamaan dari kepentingan peribadi. Jika ini dapat dilakukan sudah pasti setiap kawasan akan mempunyai kekuatannya tersendiri. Melayu Pasir Gudang Ijan Jb Lailawati A Ghani Che Nooriah Ismail Radzuan Jalal Radzuan Mael Molek Zulhairi Fetani Hitam Pedu Ultras Melayu PG Kelab Penyokong Umno Kelab Penyokong BN Johor

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat