TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, March 24, 2016

LAGI TERORIS ISLAMIC STATE KENA TANGKAP DGN POLIS MALAYSIA.

1. Tangkapan dibuat oleh Unit Counter Terrorism di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Terangganu.

2. 15 saspek IS yang terdiri dari 11 lelaki dan 4 wanita, usia antara 22 hingga 49 tahun. Mereka ialah lima pekerja swasta di mana salah seorang merupakan juruteknik pesawat awam, 4 bekerja sendiri, 1 anggota polis, 1 imam masjid, 1 suri rumah, 1 pelajar dan dua penganggur.

MEREKA KENA TANGKAP PASAL.....

3. Mengatur penyusupan masuk dua pengganas/pengebom IS warga asing ke Malaysia, cuba teka negara mana? 

4. Mengumpul dana untuk kumpulan militan di Filiphina.

5. Hacking ke dalam laman web kerajaan Malaysia

6. Menerima arahan dari anggota terroris Malaysia di Syria untuk buat serangan di Malaysia, arahan datang dari Muhammad Wandy Mohamed Jedi.

7. Terlibat dalam mempengaruhi anak muda Malaysia dan hantar mereka mendapat latihan dan pengalaman perang di Syria

8. 4 pompuan yang ditahan adalah disebabkan mereka cuba kuar dari Malaysia dan menyertai IS di Syria.

DAULAT TUANKU : SULTAN JOHOR BERTITAH KOMUNITI MELAYU AGAR TIDAK MEMINGGIRKAN BUDAYA MEREKA.

Johor Baharu – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa baginda masih berpegang kepada adat dan tradisi Melayu kerana dilahirkan dalam bangsa tersebut dan menggesa komuniti Melayu agar tidak meminggirkan budaya mereka.

Tambah baginda lagi, mereka yang mahu “menjadi orang Arab” lebih sesuai menetap di sana.

“Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda,” titah baginda.

“Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi.

“Itu adalah hak anda tetapi saya percaya ada orang Melayu yang bangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit dan rakyat Johor tahu siapa pemerintah mereka,” tambahnya.

Baginda bertitah bahawa dirinya lebih gemar menggunakan istilah Melayu seperti “Hari Raya” dan “buka puasa” berbanding istilah Arab walau bermaksud sama, seperti “Eid al-Fitr” dan “iftar”.

“Saya telah menggunakan terma Melayu sejak saya kecil dan bercakap dengan almarhum ayahanda saya sejak 50 tahun yang lalu.

“Saya tidak mempunyai hasrat untuk menggantikan terma-terma ini dengan terma Arab,” titah baginda.

TAKBIR : BNM akan menghantar kertas cadangan tindakkan kepada badan penguatkuasaan.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah ASD$1.83 bilion yang berada di luar negara.

Pada 9 Oktober tahun lalu, BNM mengarahkan 1MDB supaya menghantar balik ASD$1.83 bilion itu, selepas BNM menarik semula tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 untuk pelaburan luar negara.

Namun 1MDB dalam respon mereka menjawab penghantaran balik tidak boleh dilakukan kerana wang tersebut sudah diperuntukkan untuk menguruskan hutang luar negara dan penstrukturan semula.

“BNM menyatakan kesanggupan untuk menerima penjelasan itu tetapi mengarahkan mereka supaya menyerahkan bukti dokumen untuk menyokong sebab yang mereka berikan.

“Namun mereka masih tidak menghantar dokumen tersebut walaupun tarikh akhir sudah berlalu. Ekoran kegagalan mematuhi arahan BNM, kami kini dalam proses untuk mengambil tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai, seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang,” kata Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam sidang media di BNM hari ini, seusai pembentangan laporan tahunan bank pusat itu.

Menjelaskan tindakan yang bakal diambil, Zeti berkata memandangkan BNM tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan, langkah itu akan melibatkan badan penguatkuasaan lain.

“BNM akan menghantar kertas cadangan tindakan kepada badan penguatkuasaan, dan mereka melihat cadangan kami dan membuat penilaian mereka. Ini semua tentulah perlu melalui proses (yang sepatutnya),” kata Zeti.

Sebelum ini pada 21 Ogos 2015, BNM pernah menghantar kertas siasatan berhubung 1MDB kepada Pejabat Peguam Negara namun dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September 2015 dan keputusan untuk tidak mendakwa dimaklumkan pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Zeti memberikan komitmen untuk menyerahkan cadangan tindakan sebelum bersara April ini.

“Tujuan BNM melakukan semua ini adalah untuk menegakkan integriti sistem kewangan kita. Undang-undang dan peraturan yang ditetapkan perlu dipatuhi semua pihak,” katanya lagi.

DAULAT TUANKU : WAWANCARA BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Wartawan: Tunku, berkenaan status terbaru Tunku hari ini di laman Facebook JOHOR Southern Tigers. Beberapa wakil media telah menyindir dengan mengatakan bahawa Tunku lebih berpihak ke arah Dato Seri Najib berbanding dengan Tun Mahathir. Ada sebarang komen mengenai isu ini?

TMJ: Sila baca dengan teliti apa yang saya katakan. Komen-komen yang saya buat sebelum ini diarahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Saya memberikan komen-komen tersebut untuk memastikan dan mengingatkan Kerajaan Persekutuan agar perkara itu tidak berlaku lagi tanpa mengira siapa pemimpin. Ia tidak ditujukan kepada Tun Mahathir atau kepada sesiapa. Ia ditujukan kepada sistem. Saya tidak menyokong sesiapa yang korup. Saya juga ingin mengingatkan kepada para media agar tidak memutarbelitkan kata-kata saya atau mengambil kenyataan saya di luar konteks.

Wartawan: Faham Tunku. Untuk meredakan keadaan dan persengketaan ini daripada berterusan, antara Dato Seri Najib dan Tun Mahathir, siapa yang Tunku akan berpihak?

TMJ: Johor...

----

INTERVIEW WITH HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

Journalist: Tunku, there a posting by you today on the JOHOR Southern Tigers facebook page. Several members of the media have insinuated that you are leaning more towards Dato Seri Najib's side as opposed to Tun Mahathir. Any comments on that?

TMJ : Please read carefully what I had said. The comments I made earlier was directed to the Federal Government. I made these comments to ensure and to remind the Federal Government that this doesn't happen again regardless of who the head is. It wasn't directed to Tun Mahathir or to anyone. It was directed to the system. I don't support anyone who is corrupted. I would also like to remind people in the media not to twist my words or take my statement out of context.

Journalist: Understood Tunku. To put matters to rest with this ongoing feud between Dato Seri Najib and Tun Mahathir, which side are you on?

TMJ: Johor..

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat