TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, March 24, 2016

DAULAT TUANKU : SULTAN JOHOR BERTITAH KOMUNITI MELAYU AGAR TIDAK MEMINGGIRKAN BUDAYA MEREKA.

Johor Baharu – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah bahawa baginda masih berpegang kepada adat dan tradisi Melayu kerana dilahirkan dalam bangsa tersebut dan menggesa komuniti Melayu agar tidak meminggirkan budaya mereka.

Tambah baginda lagi, mereka yang mahu “menjadi orang Arab” lebih sesuai menetap di sana.

“Jika ada sebahagian daripada anda mahu menjadi orang Arab dan mengamalkan budaya Arab, serta tidak mahu mengikut adat istiadat dan tradisi Melayu kita, itu terpulang kepada anda,” titah baginda.

“Saya juga mengalu-alukan anda untuk tinggal di Arab Saudi.

“Itu adalah hak anda tetapi saya percaya ada orang Melayu yang bangga dengan budaya Melayu. Sekurang-kurangnya saya menjadi diri sendiri dan tidak hipokrit dan rakyat Johor tahu siapa pemerintah mereka,” tambahnya.

Baginda bertitah bahawa dirinya lebih gemar menggunakan istilah Melayu seperti “Hari Raya” dan “buka puasa” berbanding istilah Arab walau bermaksud sama, seperti “Eid al-Fitr” dan “iftar”.

“Saya telah menggunakan terma Melayu sejak saya kecil dan bercakap dengan almarhum ayahanda saya sejak 50 tahun yang lalu.

“Saya tidak mempunyai hasrat untuk menggantikan terma-terma ini dengan terma Arab,” titah baginda.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat