TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, March 7, 2018

Terkini: Tentera Laut Tumpaskan Lanun.

Kejayaan Paskal Menumpaskan Lanun Somalia.

1. Pasukan elit tentera laut kita, Paskal kini berada dalam rangking pasukan khas yang terbaik di dunia apabila kejayaan pasukan itu menawan kembali kapal MT Bunga Laurel hangat diperkatakan.

2. Pada mulanya sangat sukar untuk mencari respons media antarabangsa terhadap kejayaan ini yang dilapor dibuat pada 11.40 malam, 20 Jan kerana ia tidak dihebohkan lagi kepada media tempatan di Malaysia.

3. Kejayaan ini juga dibayangi dengan kejayaan pasukan khas Korea Selatan pada hari yang sama, kejayaan pasukan khas Korea Selatan ini menjadi berita hangat diseluruh dunia.

4. Pada 22 Jan, berita kejayaan ini mula tersebar di dada akhbar dan agensi berita antarabangsa, AFP dan Reuters mula memetik kejayaan itu untuk disebarkan ke seluruh dunia.

5. Susulan dengan itu, laman-laman Twitter milik rakyat luar negara mula mendedahkan kejayaan itu dan saya lihat jumlahnya semakin bertambah dan pesanan-pesanan ini mula terkeluar lebih kurang setengah jam selepas AFP menyiarkan kejayaan pasukan khas Paskal.

6. Ini bukan kali pertama Paskal mencipta kejayaan tetapi kali ini lain, dunia akan mengenal Paskal, pasukan khas dari Malaysia dan peminat ketenteraan akan menyenaraikan Paskal setaraf dengan pasukan-pasukan terbaik di dunia lain. Jika tidak percaya, cubalah lihat data pencarian enjin pencari internet, nama pasukan ini pasti akan popular dalam beberapa hari ini.

7. Yang paling mengkagumkan, tidak ada casualty atau korban di kalangan anggota Paskal, anak kapal mahu pun di kalangan lanun-lanun itu sendiri kecuali tiga daripada tujuh lanun Somalia terbabit cedera.

8. Keadaan ini sangat berbeza sekali dengan kejayaan-kejayaan tentera laut lain di perairan Somalia, pasti akan melibatkan kematian di kalangan anggota lanun dan sebagai contoh melalui operasi menyelamat pasukan khas Korea Selatan itu tadi, habis kesemua enam lanun menjadi korban.

9. Mungkin anggota Paskal ini sudah beri arahan untuk mengelakkan kematian di kalangan anggota lanun dan arahan ini saya yakin ada kaitan dengan polisi jangka panjang kerajaan Malaysia.

10.Saya berpendapat, lanun-lanun ini bukan tentera profesional atau berjuang kerana agama.

11.Mereka juga tidak akan membunuh anak kapal yang ditawan kerana motif mereka cuba mahu mendapatkan wang tebusan, lanun-lanun ini juga bimbang dengan tindakan yang bakal mereka dapat nanti jika operasi mereka melibatkan pembunuhan.

12.Secara mudahnya, mereka tidak akan berjuang bermati-matian…kalau sudah terperangkap, mereka akan menyerah diri dan jika anda seorang anggota lanun, bertempur dengan pasukan tentera merupakan perkara yang anda akan seboleh-bolehnya cuba elakkan.

RENTETAN OPERASI MENYELAMAT PASKAL

13.Pada pukul 11.37 malam (waktu Malaysia), Pusat laporan kecemasan milik Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) menerima siaran radio kecemasan dari kapal dagang miliknya, MT Bunga Laurel.

14.Petugas di dalam bilik pusat itu cuba menghubungi kapal MT Bunga Laurel tetapi gagal kerana tidak ada respons.

15.Kapal Bunga Mas 5 (yang ada pasukan Paskal) menghubungi pusat laporan kecemasan MISC pada pukul 11.40 malam dan menyatakan bahawa MT Bunga Laurel sedang ditawan lanun, kapal itu turut melihat sebuah kapal induk lanun berada di kawasan berhampiran.

16.Kesemua 23 orang anak kapal bersembunyi dalam bilik enjin, semua lampu dipadam dan engin dimatikan, lanun cuba memasuki bilik enjin tetapi gagal.

17.Komando Paskal kemudian disediakan  dalam dua pasukan dan mereka menyerbu dalam dua buah bot dari kapal Bunga Mas 5 yang terletak kira-kira 29.5 kilometer dari MT Bunga Laurel, operasi bermula jam 1.20 pagi.

18.Pada masa yang sama, sebuah helikopter Fennec dilepaskan untuk mengumpul maklumat dan bantuan tembakan.

19.Berlaku tembakan dari lanun yang berada di atas dek kapal MT Bunga Laurel, anggota penembak hendap (sniper) dari helikopter Fennec membalas tembakan.

20.Lanun dari kapal induk cuba menghampiri kapal MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tetapi digagalkan oleh pasukan Paskal dalam helikopter Fennec.

21.Kapal Bunga Mas 5 yang meningkatkan kelajuan ke arah kapal MT Bunga Laurel turut memberi bantuan tembakan, lanun akhirnya menghubungi kapal Bunga Mas 5 untuk menyerah diri.

sumber.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat