FotoSULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memeriksa perbarisan sempena Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas ke-48 di Padang Kawat Markas 21 Grup Gerak Khas di Kem Iskandar, Mersing, hari ini. - Foto Zain Ahmed

MERSING: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berharap Kementerian Pertahanan dan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tegas dalam memberi perhatian terhadap keperluan Rejimen Gerak Khas (RGK).

Baginda bertitah, ia bukan saja membabitkan aspek kelengkapan, bahkan turut membabitkan keperluan modal insan dan organisasi secara keseluruhan.