TERIMA KASIH

MTMR

Wednesday, December 9, 2020

Felda ambil alih FGV?

Selasa 8hb Dis 2020 (2)
Felda kuasai FGV
Oleh Daud Ibrahim

ALHAMDULILAH. Perdana Menteri, TSMY yang jarang sangat bercakap pasal Felda dan FGV, secara senyap-senyap telah memulihkan Felda dengan suntikan RM5 bilion dan terbitan sukuk RM9.9 bilion, bagi menebus 350,733 hektar ladang Felda yang digadaikan kepada FGV.

Maknanya apa? FGV kini adalah milik Felda. Boleh saya kata begitu? Sebelum ini, Felda ‘tergadai’ kepada FGV disebabkan terlalu gopoh untuk mencari duit segera dengan alasan mahu menambah pendapatan peneroka.

Hari ini, tanpa gegak gempita, tanpa cerita duit KWSP RM10,000 dari akaun 1, Perdana Menteri TSMY telah menyelesaikan kemelut Felda-FGV yang akhirnya dapat memberi faedah sama rata kepada generasi agensi itu.

Berbeza dengan orang lain, buat sesuatu dengan paluan kompang dan bunga manggar, TSMY dengan beberapa Menteri yang terlibat, serta Pengerusi Felda menyusun semula proses penebusan ini, yang tidak mudah sebenarnya.

Percayalah, pengambilalihan semula ladang yang digadai itu boleh memberi perubahan dan impak  yang cukup baik dalam organisasi Felda.

“Selama ini ‘peneroka Felda berputih mata’ selepas berlaku gadaian ladang itu, kini generasi baru Felda  boleh menikmati kembali  hak mereka untuk kemajuan bersama di masa depan.

Generasi baru  adalah tunjang kepada Felda  apabila menjadi pewaris  berterusan dalam memaju dan membangun ladang Felda seluruh negara.

“Saya percaya selepas ini, dengan pengurusan baru dan pelan transformasi yang bakal dilaksanakan dalam model perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing, Felda tidak akan mengalami zaman gerhana lagi, “ kata salah seorang Peneroka Felda.

Jangan pula ada yang tampil mengecam usaha baik Perdana Menteri ini. Jangan nanti ada yang nak tunjuk pandai. Tunjuk pandai selepas penebusan gadaian dilakukan dengan suntikan RM yang besar.

Pastinya, ada yang mengatakan, tindakan kerajaan ini kurang bijak kerana menyelamatkan Felda dengan suntikan RM yang besar dan terbitan Sukuk. Orang yang nak tunjuk pandai ini bukan ‘menyelamatkan Felda’ sebaliknya mereka dengki bila PM TSMY berusaha keras menyelamatkan Felda.

Dua bulan yang lalu, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd  Khairuddin Aman Razali berkata, cadangan Felda untuk mengambil alih semula 350,000 hektar ladangnya yang dipajak kepada FGV Holding Berhad (FGV) bagi mengukuhkan  semula kedudukan kewangan, direstui kerajaan.

Katanya, cadangan itu sudah dibincang dalam Mesyuarat Kabinet dan pada dasarnya kerajaan bersetuju dan merestuinya.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedang memperincikan cadangan pengambilalihan  itu dan keputusan muktamad akan diumumkan menterinya, Datuk Seri Mohd Azmin Ali, katanya.

Dalam satu kenyataan tidak lama dahulu, beberapa wakil Peneroka Felda amat ternanti-nanti tindakan kerajaan itu.

Kata mereka , usaha kerajaan itu akan mengembalikan Felda ke landasan sebenar seperti awal penubuhannya dalam tahun 1956.

“Sudah lama kami mahukan semua asset termasuk lading dan kilang diambil dan diuruskan semula oleh Felda  seperti sebelum kewujudan FGV.

Percayalah, Felda mempunyai keupayaan mengurus sendiri ladangnya dan tidak hairanlah kalau Felda dianggap sebagai lombong emas kepada peneroka dan negara.

Anda fikir saya ada masa untuk sakit kepala? Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun saya bukan peneroka Felda dan saya bukan anak peneroka!

Friday, July 17, 2020

F-15 mengunakan Sidewinder AIM - 9X


F-15 Menggunakan Pencarian Infrared Baru Dan Track Pod Untuk Menembak Sasaran Dengan Sidewinder AIM-9X Legion Pod membolehkan F-15s dan F-16s untuk mengesan dan melibatkan pesawat halimunan tanpa perlu menghidupkan radarnya.

Legion Pod akan menyediakan pilot F-15C dan F-16C / D kemampuan untuk mengenal pasti, penyerakkan dan menargetkan pesawat, termasuk platform tersembunyi yang tidak dapat "dilihat" pada radar, dalam lingkungan perang elektronik yang kompleks.

Fasa ujian pra-pengembangan Legion Pod bermula pada awal 2019.

Dalam satu kenyataan,bahawa unit telah menyelesaikan 80% ujian yang diperlukan sebelum memasuki fasa mempercepat ujian pengembangan dan operasi.

Apa yang biasanya memakan waktu beberapa tahun telah dikurangi menjadi 18 bulan dari awal DT ke lapangan yang diharapkan.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat