TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, May 20, 2015

Siapa kena Game???

DS Najib Razak kalau cara ini kerajaan laksanakan GST untuk rakyat. Jangan mengharapkan rakyat untuk menyokong DSN.

BR1M adalah janji Politik manifesto yang DSN sendiri janjikan kepada rakyat jika BN menang dan memerintah Negara Malaysia. Termasuk sayalah selaku pengundi tegar.

Ingat pepatah ini:-

" Menegur jangan sampai menghina,
Mendidik jangan sampai memaki,
Meminta jangan sampai memaksa,
Memberi jangan sampai mengungkit "

Pada asalnya saya juga menyokong gst, tetapi apabila membeli

1. Alatganti kenderaan,
2. Insuran Perubatan,
3. Beli baju,
4. Bil TNB,
5. Bil Telefon,/TopUp
6. Lain-lain perkhidmatan

ada kos tambahan iaitu GST!!! Adakah ini DSN nak katakan cara kerajaan membantu rakyat. Manakah akal yang di guna pakai idea tersebut.

Adakah DSN ingat semua rakyat Malaysia layak terima BR1M?

Berkenaan kefahaman GST, pada pandangan saya ' kerajaan,pengilang,pemborong dan peniaga tidak faham dan patut di didik lagi bagi melaksanakan GST?

Kami sebagai pembeli hanya tahu beli mengapa barang mahal?

Kerajaan melalui penguatkuasaan sepatutnya mengambil tindakkan pemantuan dan mengambil tindakkan segera. Bukan bagi alasan jabatan tertentu mengatakan tidak cukup kakitanggan. Itu merupakan peluang untuk memberi kesempatan kepada yang suka mengambil kesempatan untuk mainkan harga barang.

Kerajaan kelihatan lemah menyusahkan dan membebankan rakyat. Rakyat juga terpaksa membayar cukai pendapatan cukai perniagaan bagi yang berniaga tambah lagi dengan cukai GST yang tak masuk akal. Memang membebankan rakyat.

Rakyat yang susah kebiasannya tidak akan menyokong kerajaan yang menyusahkannya.

Apakah langkah kerajaan untuk menurunkan harga barang?

Adakah GST merupakan pendapatan utama negara? Pertanyaan tersebut dari rakyat bawahan.

#rakyatmenjerit
#beratbahurakyat
#takmasukakal
#tunmtakbohongsayajugatakbohong

Tun Mahathir Mohamad menyifatkan hukuman mati kepada Mohammed Mursi dan Yusof Al-Quardawi adalah Zalim.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan keputusan Mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi sebagai tindakan zalim.

Menurutnya, penghakiman yang dibuat oleh pihak yang menentang Mursi tidak sepatutnya berlaku.

“Dalam Islam disebut berkali-kali, apabila kau menghukum, hukumlah dengan adil. Ini hukuman dibuat oleh pihak yang menentang dia (Mursi), tidak bolehlah. Saya berpendapat itu zalim,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas pelancaran buku ‘Dr Mahathir’s Selected Letter’s to World Leaders volume two’, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Mursi,ulama Islam dunia, Yusuf Al-Qaradawi dan 105 penyokong Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan melakukan rusuhan di penjara pada 2011 bagi menentang Presiden, Hosni Mubarak.

Mursi mendengar keputusan itu di kandang pesalah, manakala sebahagian besar tertuduh yang lain tidak hadir, termasuk Yusuf Al-Qaradawi yang kini menetap di Qatar.

Bagaimanapun, hukuman tersebut hanya akan dilaksanakan selepas mendapat ‘restu’ daripada pihak berkuasa agama paling tinggi di negara itu, Mufti Besar Mesir dan keputusan akhir hukuman akan diumumkan pada 2 Jun ini.

Dalam perkembangan lain, Yusuf Al-Qaradawi mengutuk keras keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai tidak masuk akal serta mencabul hukum Islam melalui satu rakaman video yang dimuatnaik ke laman Twitternya pada Ahad lalu.

Keunggulan Risikkan Maritim

Sistem pesawat tanpa kawalan, ScanEagle menyediakan risikan maritime terunggul secara berterusan.

Menyediakan imej bermutu tinggi setiap masa. ScanEagle boleh beroperasi bagi tempoh yang panjang pada altitud sederhana atau rendah.

Bertindak meningkatkan kawalan situasi secara pantas. Bantuan kepada pasukan tentera pelbagai misi untuk kapal kecil dan besar.

Menyediakan maklumat risikan yang menyakinkan dalam membuat keputusan yang tepat.

Beberapa keperluan lain seperti pesawat AEW&C, MPA dan helikopter penyerang ďi senaraikan sebagai keperluan untuk ATM.

MIG-29NM solusi kepada program MRCA. Sejajar dengan matlamat untuk mempertingkatkan keupayaan MIG-29NM setanding dengan keupayaan MARC, sistem persenjataan dipertingkatkan untuk menyamai keupayaan Su-30MKM.

Kedaulatan negara adalah menjadi keutamaan.

"MAJU DUNIA, MAJU AKHIRAT"

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat