TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, May 20, 2015

Siapa kena Game???

DS Najib Razak kalau cara ini kerajaan laksanakan GST untuk rakyat. Jangan mengharapkan rakyat untuk menyokong DSN.

BR1M adalah janji Politik manifesto yang DSN sendiri janjikan kepada rakyat jika BN menang dan memerintah Negara Malaysia. Termasuk sayalah selaku pengundi tegar.

Ingat pepatah ini:-

" Menegur jangan sampai menghina,
Mendidik jangan sampai memaki,
Meminta jangan sampai memaksa,
Memberi jangan sampai mengungkit "

Pada asalnya saya juga menyokong gst, tetapi apabila membeli

1. Alatganti kenderaan,
2. Insuran Perubatan,
3. Beli baju,
4. Bil TNB,
5. Bil Telefon,/TopUp
6. Lain-lain perkhidmatan

ada kos tambahan iaitu GST!!! Adakah ini DSN nak katakan cara kerajaan membantu rakyat. Manakah akal yang di guna pakai idea tersebut.

Adakah DSN ingat semua rakyat Malaysia layak terima BR1M?

Berkenaan kefahaman GST, pada pandangan saya ' kerajaan,pengilang,pemborong dan peniaga tidak faham dan patut di didik lagi bagi melaksanakan GST?

Kami sebagai pembeli hanya tahu beli mengapa barang mahal?

Kerajaan melalui penguatkuasaan sepatutnya mengambil tindakkan pemantuan dan mengambil tindakkan segera. Bukan bagi alasan jabatan tertentu mengatakan tidak cukup kakitanggan. Itu merupakan peluang untuk memberi kesempatan kepada yang suka mengambil kesempatan untuk mainkan harga barang.

Kerajaan kelihatan lemah menyusahkan dan membebankan rakyat. Rakyat juga terpaksa membayar cukai pendapatan cukai perniagaan bagi yang berniaga tambah lagi dengan cukai GST yang tak masuk akal. Memang membebankan rakyat.

Rakyat yang susah kebiasannya tidak akan menyokong kerajaan yang menyusahkannya.

Apakah langkah kerajaan untuk menurunkan harga barang?

Adakah GST merupakan pendapatan utama negara? Pertanyaan tersebut dari rakyat bawahan.

#rakyatmenjerit
#beratbahurakyat
#takmasukakal
#tunmtakbohongsayajugatakbohong

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat