TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, June 20, 2015

KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN

Manfaat buah sukun untuk kesihatan diketahui sejak lama iaitu untuk mengubati berbagai macam jenis penyakit. Manfaat buah sukun sangat baik untuk dimakan bagi pengidap sakit jantung, ginjal, diabetes serta penderita penyakit hati, selain itu khasiat buah sukun juga melancarkan pencernaan serta menguatkan tulang dan gigi.

BUAH SUKUN SEBAGAI MAKANAN DIET

Apabila dibandingkan dengan pokok lainnya, buah sukun sememangnya memiliki banyak khasiat, dibandingkan dengan manfaat ubi jalar, ubi kayu, mahupun kentang, buah sukun memiliki kandungan karbohidrat dan protein yang lebih tinggi dan malah jika dibandingkan dengan beras, kandungan karbohidrat sukun juga setara, namun kalori sukun sangat rendah, sehingga sesuai dijadikan sebagai menu diet yang sihat.

KANDUNGAN BUAH SUKUN

Menurut kajian kandungan buah sukun juga sangat tinggi, baik mineralnya mahupun kandungan vitaminnya dan juga mengandungi banyak unsur fitokimia yang sangat penting bagi tubuh, terutama dari beberapa jenis asam amino esensial, seperti isoleusin, methionin, lysine, histidine, ryphophan, serta valin. Selain buahnya, daun sukun juga kaya dengan khaisat bagi kesihatan. Sebuah kajian merumuskan bahawa ekstrak daun sukun banyak mengandung betasitosero dan flavanoid yang mampu mengatasi penggumpalan rombosit yang melancarkan peredaran darah dalam jantung.

KHASIAT DAUN SUKUN

Manfaat daun sukun sangat efektif untuk mengubati beberapa penyakit kronik seperti penyakit hati, hepatitis, sakit gigi, gatal-gatal, pembesaran limpa dan penyakit jantung. Khasiat daun sukun dalam mengubati berbagai macam penyakit tersebut disebabkan daun sukun mengandungi beberapa unsur seperti asam hidrosianat, asetilcolin, ribofavlin, tannin dan beberapa bahan lain. Secara saintifik, manfaat daun sukun juga bagus untuk mengatasi kerosakan ginjal. Melalui penelitian lain yang dilakukan mendapati bahawa daun sukun sangat berguna untuk mengubati penyakit kardiovaskuler. Untuk mengubati penyakit ginjal, daun sukun direbus kemudian diminum airnya setiap hari secara rutin. Memang hal ini memerlukan disiplin dan kerana harus dilakukan secara rutin dan dalam jangka panjang. Untuk petua sembuh dari penyakit jantung, anda sebaik baiknya pilih daun sukun yang sudah berumur, kerana daun sukun yang telah berumur tua memiliki kandungan zat yang tinggi.

* sira sukun, kerepek sukun, sukun goreng, bingka sukun. Sedap! 

Mutakhir: Fakta Bot Tengku Mahkota Johor (TMJ)

Assalamualaikum w.b.t

Saya sedar ini adalah laman rasmi bola sepak negeri Johor. Bukan laman politik mahupun agama, akan tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pengetahuan dan fakta kepada rakyat negeri Johor dan seluruh rakyat di Malaysia yang saya hormati.

Baru-baru ini saya dapati ada beberapa komen yang negatif dan kurang arif daripada sesetengah individu berkenaan gambar bot saya yang dimuat naik oleh laman JOHOR Southern Tigers.

Ada terdapat beberapa pihak yang selalu menanyakan berkenaan hal duit rakyat. Oleh itu izinkan saya menggunakan ruang ini untuk memberi maklumat yang tepat serta ringkas dan anggaplah ini sebagai satu pelajaran yang boleh menambahkan pengetahuan berkenaan fakta Kesultanan Negeri Johor.

Negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1885 beserta kerajaan dan perlembagaan sendiri sebelum wujudnya kerajaan persekutuan yang mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan untuk pengetahuan juga, Askar Timbalan Setia Johor (JMF) ditubuhkan pada tahun 1886.

Berkenaan isu duit rakyat yang dibangkitkan oleh individu-individu yang kurang arif ini, saya akan membuat kenyataan hari ini yang mana rakyat Johor boleh baca dan faham untuk disampaikan kepada generasi yang akan datang sehingga ke cucu cicit kita.

Untuk makluman semua, Kesultanan Johor pernah melanggar perlembagaan kerajaan negeri Johor pada tahun 1899 kerana ketika itu DYMM Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar menolak gaji sebagai Sultan yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor ketika itu, dimana dana tersebut disalurkan kepada tabung yayasan yang sekarang ini dikenali sebagai Yayasan Iskandar, dengan Almarhum bertitah "Sebagai Raja dalam negeri ini, aku tak patut ambil duit rakyat aku". Dan objektif yayasan ini adalah untuk kerajaan negeri membantu rakyat negeri Johor yang memerlukan.

Sehingga hari ini, Yayasan Iskandar digunakan untuk pembiayaan pembelajaran, untuk menunaikan haji, menaik taraf kemudahan sekolah-sekolah agama dan lain-lain lagi.

Segala hasil atau pendapatan Kesultanan Johor datang daripada estet getah dan kelapa sawit sejak zaman DYMM Almarhum Sultan Ibrahim sehinggalah kini, yang mana sekarang ini dikendalikan oleh MADOS.

Saya tidak perlu dedahkan berapa jumlah zakat yang DYMM Sultan dan saya telah salurkan setiap tahun. Perkara ini saya bangkitkan kerana ada sesetengah individu yang bodoh sombong, kurang arif dan tidak boleh diajar lagi.

Segala elaun yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri Johor kepada saya sejak saya menjadi Raja Muda sehinggalah sekarang disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan apa yang saya ada sekarang adalah kurniaan daripada ayahanda saya sendiri.

Ini bukan untuk membangkit tetapi hanya sekadar untuk memberi maklumat ringkas sejarah Kesultanan Negeri Johor.

Lagi sekali kepada individu-individu yang kurang arif sebelum membuat kenyataan, kaji dan belajar dulu sebelum membuat kenyataan yang boleh mengaibkan diri anda sendiri.

Saya tidak perlu risau kerana saya tidak mencuri duit sesiapa.

Akhir kata,

"Janganlah cemburukan senyuman saya kerana saya telah puas menangis sebelum saya dapat merasainya.

Janganlah cemburukan kasih sayang saya kerana saya telah melalui kepahitan untuk membinanya.

Janganlah cemburukan kehidupan saya kerana saya telah melalui pelbagai rintangan untuk menghargainya."

DYAM Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Mutakhir: Mahaguru Omardin telah meninggal dunia sebentar tadi.

Mahaguru Omardin telah meninggal dunia sebentar tadi sekitar Jam 3.20 pagi.

Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Semoga keluarga kuat menghadapi dugaan daripada Allah subhanallah w.t.

Takziah buat keluarga.

AL-FATIHAH.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat