TERIMA KASIH


counters

MTMR

Saturday, October 2, 2021

SAMBUTAN ULANG TAHUN YANG DIPERTUA NEGERI SABAH (TYT) KE-68. TUJUH PENERIMA ANUGERAH TERTINGGI SERI PANGLIMA DARJAH KINABALU (SPDK)

Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mendahului senarai 1,299 penerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Ulang Tahun Yang Dipertua Negeri Sabah (TYT) ke-68.

Noorainee dan Bung Moktar antara tujuh penerima anugerah tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Turut tersenarai sebagai penerima anugerah SPDK ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Mohd. Zuki Ali, Panglima Tentera Darat Tan Sri Zamrose Mohd. Zain, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Chong Kah Kiat, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Yee Moh Chai dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd. Dun.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Jonathan Yassin, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir. Shahelmey Yahya tersenarai antara 66 penerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Turut tersenarai sebagai penerima PGDK ialah Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Ag Alip, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Karunanithy A/L Y. Subbiah dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass.

Penerima lain yang berada dalam senarai PGDK termasuk Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, Pengarah Jabatan Kerja Raya Ali Ahmad Hamid dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Bernard Liew Chau Min.

Seramai , 95 orang yang berada dalam senarai penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) termasuk Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Kurup, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Andi Muhammad Suryady Bandy dan ADUN Pintasan Fairuz Renddan.

Sementara itu, 233 penerima anugerah Ahli Darjah Kinabalu (ADK) manakala, Bintang Setia Kinabalu (BSK) diberikan kepada 346 penerima dan 400 penerima Bintang Kinabalu (BK) dan 142 Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Bagi penerima anugerah Jaksa Pendamai (JP) pula, bekas pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin antara 10 penerima yang tersenari menerima JP. -Bernama

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat