TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, March 9, 2016

TSMY: Deklarasi Rakyat!!! Selamatkan Malaysia!!! Najib juga sepentas dengan Hadi Awang???

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempertahankan tindakan bersama dengan pemimpin pembangkang semasa menandatangani Deklarasi Rakyat Jumaat lepas, mengatakan ianya bertujuan untuk menyelamatkan Malaysia.

Bekas timbalan perdana menteri itu bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini diserang hebat dalam akhbar berbahasa Melayu di atas tindakan mereka duduk semeja dengan pemimpin pembangkang termasuk Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

"Jika Najib boleh duduk sepentas dengan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang atas nama kerjasama politik, mengapa pula Tun Mahathir, saya dan Mukhriz tidak boleh duduk semeja dengan tokoh-tokoh di atas untuk menyelamatkan Malaysia?

"Mengapa perlu digunakan standard yang berbeza untuk kami berbanding Najib?" soal Muhyiddin dalam kenyataan disiarkan di Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata penyertaannya, Mukhriz dan beberapa bekas pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) pada sidang media upacara menandatangani Deklarasi Rakyat yang diketuai Dr Mahathir mengundang kritikan daripada segelintir pemimpin parti yang bimbang.

"Mereka nampaknya tidak senang dengan kejayaan Tun Dr Mahathir menghimpunkan tokoh-tokoh BN, Pakatan Harapan, PAS dan masyarakat sivil untuk duduk bersama mendesak Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.

"Agak malang apabila mereka menggunakan kehadiran Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam upacara tersebut untuk menggambarkan seolah-olah Deklarasi Rakyat adalah agenda DAP untuk menghancurkan Umno dan seterusnya melabel Tun Mahathir sebagai pengkhianat perjuangan Umno," katanya.

Menurut Muhyiddin, tuduhan ini sama sekali tidak benar kerana Deklarasi Rakyat bukan agenda mana-mana parti politik.

"Ia terbit daripada kesedaran individu daripada pelbagai latar belakang sosial dan politik yang sedar kedudukan Najib sebagai perdana menteri sudah tidak wajar lagi memandangkan beliau terpalit dengan pelbagai skandal kewangan yang menjejaskan keyakinan rakyat kepada beliau untuk memimpin Malaysia.

"Malah imej negara kita juga terjejas teruk di peringkat antarabangsa.

"Hakikatnya, Deklarasi Rakyat adalah perjuangan rakyat yang merentasi ideologi politik, kaum dan agama untuk menentang kemungkaran, menyelamatkan Malaysia dan menebus kembali maruah negara.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut menegaskan, selain Lim, ramai lagi tokoh daripada pelbagai latar belakang turut hadir seperti Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Sanusi Junid, Tan Sri Aziz Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Mustafa Ali, Datuk Dr Khairuddin Al-Takiri, Datuk Kadir Jasin, Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan ramai lagi. – 8 Mac, 2016.

Mengemparkan:Najib,Zahid,Hishammuddin dalam senarai penculikan IS

KUALA LUMPUR: Militan Negara Islam (IS) meletakkan nama  Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri  dalam senarai penculikan tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, selain namanya, turut menjadi sasaran oleh kumpulan itu adalah Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Hishammuddin Tun Hussien.

Pendedahan Zahid dalam berita TV 3. Amat mengemparkan. MTMR berharap nama yang tersenarai lebih berhati-hati.

"Pada 30 Januari 2015, sejumlah 13 orang yang dikaitkan dengan Daesh (IS) telah merancang penculikan termasuk Perdana Menteri (Najib), Menteri Dalam Negeri (Zahid) dan Menteri Pertahanan (Hishammuddin )," jelas Zahid di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Abdul Manan Ismail (BN- Paya Besar) yang meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan kejayaan polis dalam mencegah rancangan serangan pengganas  IS di negara ini.

Zahid berkata, polis telah berjaya menghalang empat insiden serangan IS di Malaysia.

Pada September 2014, satu rancangan untuk menguji bahan letupan di Kedah oleh kumpulan itu.

Percubaan lain termasuk menyerang tempat-tempat ibadat, dan pusat-pusat hiburan di negara ini.

"Mereka juga mahu memusnahkan Free Mason Lodge di Bukit Jalil," jelas Zahid.

Mutakhir : Undur Najib membolehkan proses tindakkan undang-undang di Mahkamah!!!

Pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari kuasa akan memberi laluan kepada proses tindakan undang-undang diambil terhadapnya dan dirinya diadili dengan seadilnya di mahkamah, kata bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menjadi seteru politiknya.

“Peletakan jawatan Najib tidak akan menyebabkan kerajaan BN digulingkan.

“Sebaliknya, ia akan memberi laluan kepada proses tindakan undang-undang diambil terhadapnya dan beliau diadili dengan seadilnya di mahkamah.

“Seterusnya, reformasi institusi secara total perlu dilaksanakan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, telus dan amanah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhyiddin yang juga digantung sebagai timbalan presiden Umno, berkata demikian bagi menjawab kritikan berhubung tindakannya yang menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ yang menuntut penyingkiran Najib.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan berhubung ‘derma’ RM2.6 bilion daripada akaun luar pesisir dan dana RM42 juta milik SRC International yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib.

Najib secara konsisten menafikan nbahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh ada pihak yang cuba berkomplot bagi menggulingkannya.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga telah membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.

Akhbar The Wall Street Journal mendakwa RM2.6 bilion berkenaan berasal daripada entiti yang dikaitkan dengan 1MDB yang mana Najib adalah penasihatnya tetapi perdana menteri mendakwa wang itu adalah sumbangan politik dari Timur Tengah.

Muhyiddin juga menempelak penyokong Najib yang mendakwa panggilan Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkan perdana menteri sebagai tidak demokratik.

“Sebaliknya, yang tidak demokratik adalah mereka. Terbaharu, maklumat berkaitan 1MDB tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi.

“Adakah kerajaan pimpinan Najib ingin menyorok lebih banyak penyelewengan berhubung skandal 1MDB daripada pengetahuan rakyat? Adakah ini satu tindakan yang demokratik? soalnya.

Muhyiddin mendakwa orang-orang di sekeliling Najib sebenarnya bimbang akan kesan inisiatif Mahathir terhadap kedudukan ketua mereka sebagai perdana menteri.

Deklarasi itu, katanya, bukan sahaja mendapat sokongan tokoh daripada pelbagai latarbelakang politik, malah turut disokong oleh pelbagai lapisan rakyat yang mula menandatangani dokumen ini secara atas talian.

“Saya percaya lebih ramai rakyat akan tampil menyatakan sokongan mereka terhadap Deklarasi Rakyat dalam masa terdekat.

“Sudah pasti perkembangan ini amat membimbangkan Najib dan orang-orang sekelilingnya,” katanya.


Terkini: Gerhana Parti Keramat Melayu???

PRESS RELEASE
WEDNESDAY 9 MARCH

TALKIN TERAKHIR PARTI KERAMAT MELAYU

1. Kemarau kebijaksanaan dalam UMNO petanda berkuburnya di Johor.

2. Dalam perang dunia kedua, Joseph Stalin menggunakan strategi 'scorched earth'  terhadap tentera musuhnya di Rusia.

3. Dalam strategi ini, tentera Itali telah membakar segala yang ada seperti makanan, perumahan, sistem perhubungan dan kemudahan lain sebelum meninggalkan kawasan mereka.

4. Dengan cara ini tentera musuh yang mengambil alih kawasan itu menghadapi kesukaran sehingga ramai yang mati kebuluran dan kesejukan. Strategi ini telah lama dilakukan.

5.  Ia juga pernah dilakukan oleh kerajaan Melayu di utara semasa menghadapi serangan dari tentera Siam satu ketika dulu.

6. Strategi ini hanya dilakukan apabila pihak yang berundur merasakan bahawa mereka sudah pasti akan tewas.

7. Hari ini kelihatan bahawa Majlis Rakan Seperdosaan (dulunya dikenali sebagai Majlis Tertinggi UMNO) melakukan perkara yang hampir sama.

8. Tindak tanduk Majlis Rakan Seperdosaan memberi gambaran bahawa mereka sudah tidak yakin bahawa UMNO dan BN mempunyai sebarang peluang untuk memenangi PRU akan datang.

9. Justeru masa yang sesingkat ini digunakan bukan untuk menguatkan parti tetapi sebaliknya mengaut segala harta  yang tinggal.

10.  Itulah sebabnya sedang berlaku perlumbaan di kalangan Majlis Rakan Seperdosaan untuk mengampu Presiden untuk mendapatkan habuan yang sedang giat diagihkan.

11. Majlis Rakan Seperdosaan juga seperti sedang giat merosakkan institusi institusi negara yang ada bagi memastikan siapa yang mengambil alih nanti akan menempuhi pelbagai kesukaran.

12. Rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin yang mengkritik juga turut dibakar supaya menjadi debu.

13. Umno menanti saat kematiannya.

#beranikeranabenar
#SelamatkanMalaysia

NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA

Kamarulazman Habibur Rahman
Presiden GKCM

KENYATAAN AKHBAR
RABU 9 MAC 2016

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat