TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, September 12, 2014

SATELIT keenam negara, Measat-3b selamat dilancarkan ke orbit

SATELIT keenam negara, Measat-3b selamat dilancarkan ke orbit oleh roket pelancar Ariane 5 ECA di Pusat Angkasa Lepas Eropah di Kourou, French Guiana tepat jam 6.05 pagi Jumaat waktu Malaysia (7.05 petang Khamis waktu tempatan).

Ini adalah pelancaran satelit ke-75 Ariane 5 ECA dan kali ketiga untuk siri satelit Measat-3.rn Yang turut hadir menyaksikan pelancaran bersejarah itu adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari, Pengerusi MEASAT Global Berhad (MEASAT), Datuk Umar Abu, Duta Malaysia ke Perancis Tan Sri Ismail Omar dan Ketua Pegawai Eksekutif Measat Satellite Systems, Paul Brown-Kenyon.

Pada masa sama di Kuala Lumpur, kira-kira 400 pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang yang berkumpul seawal jam 4 pagi di Pusat Sains Negara dijemput untuk menyaksikan pelancaran secara langsung itu.

Satelit berkenaan yang terbesar dan tercanggih seberat 5,897 kilogram berbanding lima satelit sebelum ini dibangunkan dengan kos AS$350 juta (RM1.13bilion) oleh MEASAT sejak Jun 2011 untuk tujuan komunikasi.

Naib Presiden Kanan Pembangunan Sistem Angkasa Lepas MEASAT, Dr Ali R Ebadi berkata cuaca yang baik membantu pelancaran satelit pada hari ini yang dijangka beroperasi sepenuhnya 15 Oktober ini.

"Masa 'tingkap' pelancaran adalah 62 minit bermula jam 6.21 petang waktu Kourou dan dalam tempoh itu satelit perlu dilancarkan jika terlepas ia perlu dilakukan keesokannya, justeru tempoh 'tingkap' ini amat penting.

"Ia mengambil masa 27 minit untuk pelepasan Measat-3b daripada roket dan tujuh minit kemudian untuk satelit penumpang Optus 10," katanya menjelaskan apa yang berlaku sewaktu satelit dilancarkan.

Ali berkata, pelepasan itu membolehkan Measat-3b diletakkan ke orbit berputar geostesyen dalam tempoh lima hari oleh enjin khas digelar Apogee.

Selepas panel suria dan antena dikeluarkan, katanya, ia mengambil masa tiga minggu untuk melakukan ujian orbit pada slot 84.5 darjah Timur supaya ia tidak mengganggu operasi Measat-3 dan Measat-3a di slot 91.5 darjah Timur pada ketinggian 35,800 kilometer.

"Apabila tempoh tiga minggu berakhir Measat-3b kemudian dipindahkan ke slot 91.5 darjah Timur bersama Measat-3 dan Measat-3a namun memerlukan dua hari untuk dapat beroperasi sepenuhnya.

"Kemudian barulah saya dapat menyerahkan operasi satelit kepada pusat arahan di Cyberjaya," kata Ali, seorang warga Iran yang terbabit dalam pembuatan Measat-3 sejak 1996.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat