TERIMA KASIH


counters

MTMR

Thursday, January 22, 2015

PAS menghargai segala kerjasama dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan dalam membantu negeri itu menghadapi banjir besar

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS menghargai segala kerjasama dan bantuan yang diberikan kerajaan persekutuan dalam membantu negeri itu menghadapi banjir besar baru-baru ini.

Malah Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, semangat kerjasama antara dua kerajaan itu berada dalam keadaan terbaik berbanding sebelum ini.

"Kami amat berterima kasih di atas sokongan yang diberikan oleh kerajaan pusat dan berharap hubungan kerjasama ini dapat dipertingkatkan," katanya dalam Forum Wacana Sinar bertajuk 'Kelantan Pasca Banjir, Bicara dari Hati Ke Hati PAS dan Umno Bangunkan Semula Kelantan' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Selain Mohd Amar, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan penganalisis sosiopolitik Kelantan, Dr Kamarul Zaman Yusuf turut menjadi panelis forum itu yang dikendalikan oleh wartawan veteran dan bekas ahli politik, Tan Sri Abdullah Ahmad.

Mohd Amar berkata, pemimpin dari PAS dan UMNO yang diberi tanggungjawab dalam usaha pemulihan pasca banjir di negeri itu kini giat duduk semeja untuk membincangkan langkah yang wajar diambil bagi meringankan beban mangsa banjir.

Beliau juga menyedari kerajaan negeri tidak mampu untuk memulihkan sepenuhnya negeri itu tanpa kerjasama dari pelbagai pihak terutamanya kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Md Alwi pula berkata, bencana banjir besar yang melanda Kelantan adalah sesuatu perkara yang harus diambil iktibar.

"Tidak perlu saling menuding jari mencari salah siapa dan bergaduh sesama kita. Yang penting kita perlu bersatu demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan," katanya.

Apabila ditanya mengenai kerjasama antara UMNO dan PAS selepas pasca banjir berakhir, Mohd Amar berkata:

"Pada peringkat pasca banjir ini, isu politik tidak pernah dibincangkan. Perbincangan tumpuan utama hanya pada membaik pulih rumah-rumah kehidupan mangsa banjir dan infrastruktur yang musnah.

"Bagaimanapun PAS terbuka dan tidak pernah tutup pintu untuk sebarang perbincangan membabitkan isu agama Islam dan isu negara kerana percaya perkara tersebut mengatasi politik," katanya. - BERNAMA


Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat