TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, November 29, 2013

KLUANG: Sultan Johor rasmi sekolah agama pertama dalam penjara.

Sultan Johor rasmi sekolah agama pertama dalam penjara.

KLUANG: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, berkenan mencemar duli merasmikan sekolah agama pertama dibina dalam penjara, Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang, di sini.

Baginda diiringi tiga puteranya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, tiba di kompleks berkenaan, kira-kira 10 pagi.

Selesai menyampaikan titah perasmian dan menandatangani plak, baginda kemudian dibawa melawat sekolah berkenaan diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, turut mengiringi lawatan baginda ialah Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohamad Aziz; EXCO kerajaan negeri dan pegawai kanan penjara.

Menurutnya, perasmian sekolah itu oleh baginda amat signifikan bagi Kerajaan Pusat kerana ia sekolah agama pertama diwujudkan dalam kawasan penjara bagi membimbing banduan.

“Sekolah agama pertama ini akan menjadi perintis untuk pembinaan sekolah agama lain di penjara pada masa depan kerana ia penting untuk membimbing banduan sebelum mereka dibebaskan.

“KDN ingin melihat banduan yang dulunya dimasukkan ke penjara dalam keadaan kurang didikan agama mampu menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas ini,” katanya.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, berkenan mencemar duli merasmikan sekolah agama pertama dibina dalam penjara, Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang, di sini. 

Baginda diiringi tiga puteranya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, tiba di kompleks berkenaan, kira-kira 10 pagi. 

Selesai menyampaikan titah perasmian dan menandatangani plak, baginda kemudian dibawa melawat sekolah berkenaan diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Selain itu, turut mengiringi lawatan baginda ialah Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohamad Aziz; EXCO kerajaan negeri dan pegawai kanan penjara. 

Menurutnya, perasmian sekolah itu oleh baginda amat signifikan bagi Kerajaan Pusat kerana ia sekolah agama pertama diwujudkan dalam kawasan penjara bagi membimbing banduan. 
 
“Sekolah agama pertama ini akan menjadi perintis untuk pembinaan sekolah agama lain di penjara pada masa depan kerana ia penting untuk membimbing banduan sebelum mereka dibebaskan. 
 
“KDN ingin melihat banduan yang dulunya dimasukkan ke penjara dalam keadaan kurang didikan agama mampu menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat