TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, July 23, 2014

TRAGEDI MH17 : RUSSIA BENTANG BUKTI DATA DAN IMEJ SATELIT HARI KEJADIAN?

Pihak Russia hari ini telah hadir membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Ikuti video dan sipnosis(kredit Cz Fab) pembentangan tersebut dibawah :-http://tv.sukanstar.com/33/tragedi-russia- bentang-bukti-data-imej-satelit-hari-kejadian Masaklah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan beberapa bukti.


Bagi yang tidak tengok video, boleh tengok ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis "telanjang" Ukraine.

Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yang telah di delete oleh pihak twitter bahawa memang terdapat jet fighter yang mengekori MH17.

Maruah Malaysia sekarang sudah jadi kambing, kita semua kambing, sebab negara telah dikambinghitam untuk kepentingan kuasa2 besar.

Semua aset yang ditunjukkan dalam gambar2 ini adalah milik Ukraine.

Gambar 1:

1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.

2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.

3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan beberapa buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.

4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).

5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.

6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yang asal MH17 dan lencongannya.

7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar
laluan MH17.

Gambar 2, 3 dan 4:

1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik sahaja kes kapal kargo AN-26 terhempas.

2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).

3. Di kawasan berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).

4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis
pelbagai peralatan2 yang ada (Gambar 3).

5. Gambar kawasan sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).

6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?

7. Pihak Russia menegaskan bahawa pihak pro- Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.Gambar 5 dan 6:

1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.

2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.

3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kawasan tragedi MH17.

4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).Gambar 7:

1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.

2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.

3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.Gambar 8:

1. Gambar pada 17 Julai.

2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.

3. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.

4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.

5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.

6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.Gambar 9:

1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)

2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.

3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.

4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dapat mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary. 

5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.Gambar 10:

1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yang melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.

2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.

3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.

4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.

5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yang bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?

6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kepad pihak PRS. Russia akan menghantar kesemua laporan pada kesatuan Eropah dan Malaysia.

Akhir kata: Terasa seperti di ambang WW3.



No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat