TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, February 12, 2014

Rugi RM69.3 juta Mangsa jerat.

Kuala Lumpur: Seramai 1,909 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita telah menjadi mangsa penipuan sindiket cinta siber sejak dua tahun lalu mengakibatkan kerugian lebih RM69.3 juta.

Sindiket itu kebanyakannya dianggotai lelaki kulit hitam dari Nigeria, tetapi mendakwa lelaki kulit putih dari United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Itali serta menyasarkan mangsa mereka menerusi perbualan online atau laman sosial.
 
Sasaran mereka adalah wanita dalam lingkungan umur 28 hingga 35 tahun yang mencari teman lelaki, belum kahwin, menghadapi masalah rumah tangga, berjawatan tinggi sama ada dalam sektor swasta atau kerajaan, selain yang mengabadikan diri kepada internet.

Pegawai Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Superintendan Mohd Syafik Jinuin Abdullah, berkata ada juga yang menjadi mangsa kerana sikap tamak sendiri kerana mahu mencari keuntungan daripada kekasih siber baru mereka.

Katanya, sindiket menjerat kekasih mereka dengan memujuk rayu, menagih kasih, berjanji untuk kahwin, menghantar bungkusan kononnya hadiah mahal, selain berjanji membayar balik wang mereka.

Selain beroperasi dari luar negara, anggota sindiket itu juga disyaki sudah bertapak di sini, termasuk yang memasuki negara ini sebagai pelajar atau mendakwa bekerja dengan syarikat minyak.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat