TERIMA KASIH


counters

MTMR

Monday, January 6, 2014

3.3 juta peluang kerja menjelang 2020

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin sasaran mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 mampu dicapai berdasarkan kejayaan membuka 1.1 juta peluang pekerjaan pada 2011 dan 2012.

Perdana Menteri berkata, pada 2011, Malaysia berjaya mewujudkan 313,741 peluang pekerjaan dalam semua sektor dan jumlah itu meningkat kepada 800,000 peluang pekerjaan pada 2012.
 
Katanya, usaha mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan adalah sejajar sasaran menjadikan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan 3.3 juta peluang pekerjaan.

“Sejak 2011, lebih sejuta peluang pekerjaan diwujudkan untuk rakyat melalui usaha penjanaan ekonomi,” kata Najib melalui catatan terbaharu beliau dalam Facebooknya.

Julai lalu, Bank Dunia melalui Laporan Menjalankan Perniagaan 2013, meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-12 di dunia, lebih baik daripada Sweden, Taiwan, Jerman, Jepun dan Switzerland.

Kajian Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU) 2012 menunjukkan Malaysia boleh mencapai status negara maju menjelang 2018, iaitu dua tahun lebih awal daripada sasaran.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat