TERIMA KASIH


counters

MTMR

Friday, April 8, 2016

Bukti ada kata Ahli UMNO Shukur, wujudnya gerakan gulingkan MB Johor!!!

PETALING JAYA: Ahli UMNO, Shukur Mohamad akan menunjukkan bukti wujudnya gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin, hanya jika dia disaman.

Beliau sebelum ini mendakwa adanya komplot yang diketuai kumpulan penyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Menteri Besar di Darul Takzim.

Justeru, beliau mengalu-alukan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan kontroversi yang tercetus supaya meletakkan jumlah saman yang ingin dikenakan.

“Kalau saya salah saman lah saya, berapa pun saya terima, kalau saya menang saya tidak akan saman balik sebaliknya saya akan pastikan benda ini (gerakan jatuhkan Mohamed Khaled) ini terpampang di dada akhbar selama seminggu.

“Jangan cabar saya suruh tunjuk bukti di media sosial, kita cabar tunjuk bukti di mahkamah, biar mahkamah jadi penentu.

“Saya akan kelurkan semua bukti seperti yang kata (wujud gerakan jatuhkan Menteri Besar), saman saya hari ini, buat laporan polis kata saya fitnah. Tetapi kalau dia (kumpulan penyokong Najib) tak nak buat laporan polis, saya tidak akan keluarkan bukti dalam waktu terdekat,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab desakan Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap yang mencabar Shukur supaya menunjukkan bukti kewujudan gerakan menggulingkan Khaled yang diketuai kumpulan penyokong Najib.

Shukur sebelum itu mendakwa gerakan itu diketuai oleh seorang timbalan menteri. Menurut Shukur, timbalan menteri itu dikatakan akan diangkat menjadi menteri besar baharu sekiranya misi berjaya.

Shukur, yang juga anak kepada Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Aziz berkata, sekiranya tiada saman dibuat terhadapnya, dia akan tampil membuat pendedahan itu seminggu sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat