TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, December 8, 2013

Simpang Ampat: Seorang lelaki maut terkena tembakkan.

Mangsa  pernah ditembak  

Polis memeriksa kereta PERODUA MYvi dipercayai milik suspek dalam kes tembak di Taman Puteri Gunung, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.
 
Nibong Tebal: Seorang lelaki yang terselamat cubaan bunuh enam bulan lalu, maut selepas terkena satu das tembakan berdekatan rumahnya di Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat, kelmarin.

Mangsa, M Parttippan, 29, yang berjalan kaki pulang ke rumahnya, mati di tempat kejadian selepas terkena satu daripada enam das tembakan dilepaskan dua suspek yang menaiki kereta PERODUA Myvi, pada jam 9 malam.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata mangsa dipercayai mati ditembak oleh suspek sama yang sebelum ini pernah cuba menembak mangsa dalam kejadian enam bulan lalu.

“Ketika berjalan kaki berhampiran kawasan rumahnya, mangsa didatangi kereta Myvi yang dinaiki dua lelaki.

“Seorang daripada dua lelaki itu melepaskan enam das tembakan menggunakan pistol semi automatik ke arah mangsa dan satu daripadanya mengenai rusuknya menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mazlan berkata, siasatan lanjut mendapati mangsa pernah mempunyai empat rekod kesalahan lampau dan satu daripadanya berkaitan kes dadah.

“Hasil siasatan, kita menemui enam kelongsong peluru di tempat kejadian. Mangsa juga didapati mempunyai empat rekod kesalahan lampau dan kita tidak menolak kemungkinan motif kejadian berkaitan dadah,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap di sini, untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat