TERIMA KASIH


counters

MTMR

Sunday, December 8, 2013

Pemimpin kanan PAS seorang berfahaman Syiah.

Kuala Lumpur: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam mendakwa seorang daripada pemimpin kanan dalam PAS berfahaman Syiah.

Tanpa menyebut sebarang nama, Menteri Dalam Negeri itu hanya merujuk individu yang dimaksudkannya sebagai pemimpin nombor dua dalam parti pembangkang berkenaan.


Pemimpin nombor dua dalam PAS sekarang ialah Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mengekalkan jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan PAS, bulan lalu.

Mat Sabu yang dihubungi BH menerusi SMS enggan membuat sebarang kenyataan berhubung dakwaan terbabit atas alasan tidak mendengar sendiri apa yang diucapkan Zahid.

“Saya berbesar hati jika PAS sokong banteras Syiah, ketepikan perbezaan politik... ini soal akidah serta keselamatan agama dan negara. Alangkah baiknya jika PAS mempunyai keberanian dan menyatakan komitmen politiknya untuk menolak pemimpin bertaraf Syiah daripada menjadi salah seorang pemimpin.

“Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS, kita hairan PAS boleh memilih pemimpin Syiah itu untuk jadi orang kedua dalam PAS,” katanya sambil mengingatkan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha penyebaran fahaman berkenaan dan mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya mengambil tindakan.

Tangani ajaran sesat

Bagi menangani ajaran sesat pula, katanya, kementeriannya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Suruhanjaya Menangani Ajaran Sesat dan menaik taraf Lembaga Penapisan al-Quran kepada Lembaga Penapisan al-Quran dan al-Hadis.

Sementara itu katanya, KDN juga akan meneruskan siri Ops Cantas bagi membanteras sepenuhnya kumpulan kongsi gelap dan pelbagai punca jenayah lain di negara ini.

“Bukan sekadar itu, kita ada Ops Cantas Khas Wanita untuk melindungi wanita. Ops Lejang, kerana di Kelantan jenayah yang paling tinggi adalah kecurian kenderaan sehingga 67 peratus, jenayah yang kedua besar ialah pengambilan pil kuda,” katanya.

Beliau berkata, KDN juga akan meneruskan tindakan terhadap syarikat kawalan keselamatan yang mengambil pekerja asing tanpa permit dan Ops Kad Pengenalan.

Curi perhatian perwakilan

Ahmad Zahid turut mencuri perhatian perwakilan sehingga mencetuskan gelak tawa apabila merujuk lima calon Naib Presiden UMNO yang bertanding ketika pemilihan parti itu baru-baru ini sebagai MISHA.

MISHA yang dimaksudkannya adalah singkatan kepada (Datuk) Mukhriz (Mahathir); (Tan Sri) Isa (Samad); (Datuk Seri Mohd) Shafie (Apdal); (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein dan (Datuk Seri Mohd) Ali (Rustam).

“Kepada kekanda dan adindaku MISHA, sesungguhnya kanda amat menyayangimu. Kanda dambakan kasih sayangmu dan marilah kita terus bersama membawa bahtera ini ke puncak jaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat