TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, July 2, 2014

MUTAKHIR: Najib pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama selepas pertambahan menter

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama selepas pertambahan tiga anggotanya minggu lalu.

Ketiga-tiga menteri yang baru dilantik itu hadir iaitu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong dan Datuk Mah Siew Keong.

Mesyuarat bermula kira-kira pukul 9.45 pagi di Bangunan Perdana Putra di sini. Ia merupakan mesyuarat Kabinet pertama bagi Wee (timbalan presiden MCA) dan Mah (presiden Gerakan), tetapi tidak asing bagi Liow (presiden MCA) yang pernah memegang jawatan menteri kesihatan pada 2008 sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei tahun lalu.

Turut dilantik minggu lalu ialah Tiga Naib Presiden MCA, iaitu Datuk Lee Chee Leong memegang jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun selaku Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kemasukan wakil MCA dan Gerakan dalam barisan Kabinet itu adalah bagi mengukuhkan konsep perkongsian kuasa dalam pentadbiran negara yang melibatkan semua kaum.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat