TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, July 2, 2014

Ledakkan MINDA dari rakyat demi Negara.

Kita harus korbankan keselesaan politik yang sekian lama kita nikmati. Modus Operandi perjuangan politik kita tidak sama dengan zaman ibu bapa kita. Hidup di zaman moden yang lebih banyak pancaroba esok belum pasti tapi hari ini semakin berlalu.

Kerana semalam kita ada hari ini. Jalan yang Ibu Bapa kita buat jangan di tambah onak dan duri, ya benar kita membina semalam untuk hari ini dan kita membina hari ini untuk esok  jadi pemansuhan Ordinan Darurat itu bersesuaian dengan "kita membina hari ini untuk esok"

Mengapa perlu takut pada pembangkang. Sekiranya hati kita, semangat kita, jasad kita, pemikiran kita, iman kita atas jalan Allah demi Agama, Bangsa dan Negara?

Bagus apa Kristian bawak kes kalimah Allah ni ke Mahkamah?

Setuju kerana Allah UMNO/BN menang pun kerana Allah bantu. Ini bermakna undang-undang kita perlu diperbetulkan jika salah, diperbaharui jika lapuk dan dipinda jika tidak lagi sesuai.

Selama ini kita hidup dalam khayalan bahawa Islam selamat di bumi Malaysia. Melayu kukuh di Tanah Melayu ini. Hakikatnya undang-undang kita tidak memberi sepicing pun perlindungan pada Islam dan Melayu.

Adakah kita mau DAP dan Pakatan meminda, memansuh dan mengubal undang-undang yang lapuk ini?

Masaalahnya mereka mengatakan mengapa Sabah dan Serawak boleh di semenanjung tidak boleh Undang-undang Malaysia tidak sama ke? Itu yang bermain di media sosial sekarang.

Orang bodoh perlu dilayan dengan cara bodoh.
Orang bijak kena dijawab dengan bijak.
Undang-undang Malaya dan Borneo memang serupa tapi tidak sama.

Kalau tidak tak perlulah ada Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi.

Kerja kitalah menyampaikan pada anak cucu.
InsyaAllah akan jadi ilmu yang bermenfaat kepada anak cucu kita nanti.

Yang memegang tampuk sekarang macam dah lapuk?

Ibarat kata pepatah melayu. Sebusuk-busuk daging dikincah-kincah, dimakan juga. Selapuk-lapuk pemimpin dikeji-keji, dihormati juga.

Siap-siaga adalah asas perjuangan.

Curiga tetap ada?

Mana mungkin mengelar diri pejuang kalau lena di kerusi empuk tentulah bergelumang dengan perjuangan.

Banyak jalan perjuangan. Semoga arah tetap satu. Selagi nyawa dikandung badan, selagi jasad dapat berkutik selagi itulah kita berjuang.

Kerana perjuangan ini satu warisan dari datuk kita kepada bapak kita, kepada kita dan akhirnya kita wariskan kepada anak kita. Semoga di landasan yang betul.

Pembaharuan memang menyakitkan tapi kadang-kadang perlu kita hadapi. Bersunat itu menakutkan dan menyakitkan tapi kalau kita tak bersunat masakan kita dapat menjadi seorang lelaki hari ini.

Ramai di dunia tidak bersunat tetapi melahirkan zuriat juga?

Itulah bezanya antara orang Islam dan orang kafir.

Kahwin itu membebankan dan merumitkan hidup tapi kalau tak kahwin masakan dapat kita lihat anak-anak kita hari ini.

Contoh ISA mahu di kembalikan? dikembalikan jika perlu.sebab itu Najib cakap "sebabnya sudah lapuk" bermakna kalau ada sebab baru bolehlah dikembalikan.

Bila lapuk sekarang nak guna sudah tiada maka diwujudkan undang-undang baru. Polis juga kena berubah orang UMNO juga kena berubah. Keluarkan diri dari confort zone dan kita akan nampak betapa luasnya bumi Allah ini.

Saya tidak berjuang untuk UMNO atau Barisan Nasional saya berjuang untuk masa depan anak saya, anak bangsa saya, agama saya dan negara saya.

Saya pilih UMNO sebagai wadah perjuangan dan UMNO bersama dengan Barisan Nasional mengemudi matlamat perjuangan yang serupa dengan saya.

Walaupun ada perbezaan jalan dan cara tapi matlamat Demi Agama, Bangsa dan Negara itu tetap sama. Kita naik bahtera Barisan Nasional mengikut Kapten UMNO kadang-kadang kita tidak setuju dengan perbuatan dan keputusan kapten.

Tetapi janganlah kita lupa di mana kedudukan kita. Kalau tukang jaga sauh tu, jagalah sauh. Tukang jaga layar, jagalah layar.

Jangan sebab kita tak setuju dengan kapten. Kita rabakkan layar, putuskan tali sauh atau bocorkan kapal.

Saya tukang sapu sampah jadi sapulah segala sampah yang ada.

Atau terjun kapal berenang ke bot Pakatan?

Orang yang bijak memang ada di sampan pakatan?

Orang yang bijak di bahtera Barisan Nasional sibuk buat kerja masing-masing yang doktornya merawat pesakit, yang engineernya menjaga enjin, yang saintisnya membuat kajian takder masa nak jadi artis macam " macam artis cerdik pandai pakatan.

Seramai 30 Juta rakyat di Malaysia harap bersatu demi negara menuju wawasan 2020. Negara dan rakyat berpendapatan tinggi.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat