TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, November 19, 2013

TERKINI : ROS minta Guan Eng jelas isu

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, didesak menjelaskan punca beliau enggan menyerahkan senarai lengkap 2,579 perwakilan yang hadir pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 29 September lalu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Penolong Setiausaha DAP cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Sepang, Wong Yu Liuh, berkata Guan Eng perlu menyatakan alasan mengapa senarai penuh kesemua 985 cawangan dan 1,756 perwakilan yang dijemput pada pemilihan berkenaan turut tidak diserahkan kepada ROS.
 
“Kita hairan kerana pada pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, hanya 865 cawangan yang berhak hadir.

Wujud 120 cawangan

“Justeru, bagaimana boleh wujud tambahan 120 cawangan? Bukankah ini satu kesalahan yang disengajakan Guan Eng kerana takut kalah (pada pemilihan semula CEC),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada 29 September lalu, DAP mengadakan pemilihan semula CEC parti itu atas arahan ROS selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan parti berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan dalam pemilihan pada 15 Disember.

Yu Liuh turut menggesa ROS supaya bertindak tegas dan menyiasat Guan Eng berhubung perkara itu.
“Kami tidak mahu pendaftaran parti kami dibatalkan kerana ia hanya akan menguntungkan Guan Eng,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat