Pengawal keselamatan warga Filipina yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat lalu berhubung kes rompakan rantai emas bernilai RM150,000, di kedai emas Tomei Gold & Jewellery di Setapak menukar pengakuan kepada tidak bersalah hari ini.
Dalam prosiding itu, Rakib Asla, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merompak 93 utas rantai emas dengan mengacukan pistol jenis Revolver .38 special model Arminius kepada pengurus kedai emas itu, L. Robert, 52, di LotG-53 KL Festival City, Taman Danau Kota, Setapak, di sini, 31 Oktober lalu.

Tertuduh yang juga pengawal keselamatan kedai emas itu, didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 yang boleh dihukum penjara seumur hidup dan dikenakan enam kali sebatan, jika sabit kesalahan.
Rakib yang berpakaian lokap menggelengkan kepalanya selepas jurubahasa bertanyakan sama ada tertuduh mengaku atau tidak terhadap pertuduhan itu.
Pada 15 November lalu, Rakib mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan mahkamah menetapkan hari ini untuk jatuh hukum di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Mahkamah kemudian menetapkan 4 Disember untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norman Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, nasib rakannya Hussin Jalain, 29, yang mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Jumaat lalu terhadap pertuduhan menyimpan harta curi iaitu dua utas rantai emas bernilai RM3,000, akan diketahui esok.
Hussin yang juga tidak diwakili peguam turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
Dia yang bertugas di premis lain, didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di restoran makanan segera KFC di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang, pada jam 8.30 pagi, 3 November lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shasheeta Mohamed Hanifah.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.