TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, November 19, 2013

MUTAKHIR : Penguat kuasa agama bukan Taliban

Syor bawa senjata ketika bertugas beri gambaran negatif terhadap Islam

Saranan anggota penguat kuasa jabatan agama dibekalkan senjata api ketika melakukan operasi berikutan pembunuhan Ketua Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek seminggu lalu, memerlukan perbincangan mendalam dengan pembabitan pelbagai pihak, sebelum sebarang keputusan dibuat.

Walaupun kejadian menimpa Allahyarham itu mengejutkan negara, apa lagi ia dikaitkan dengan kemungkinan angkara kumpulan ajaran sesat, membekalkan senjata api kepada anggota penguat kuasa agama, mungkin memberikan lebih banyak kesan negatif.

Membekalkan senjata api kepada anggota penguat kuasa agama tidak mungkin boleh menyelesaikan masalah ajaran sesat, selagi masalah perundangan dan pentadbiran agama di bawah kuasa kerajaan negeri, tidak diselaraskan”

Jika setiap kali berlaku insiden yang mengancam keselamatan anggota penguat kuasa menyebabkan pasukan itu dibekalkan senjata api, tempat awam di negara ini mungkin dipenuhi lebih ramai individu bersenjata daripada rakyat biasa.

Ambil kira jumlah

Bayangkan berapa banyak pasukan penguat kuasa dewan bandar raya, majlis perbandaran dan majlis daerah di negara ini. Itu belum termasuk pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan undang-undang pada peringkat kementerian seperti alam sekitar, perdagangan dalam negeri dan kesihatan.

Selain meningkatkan kos agensi terbabit untuk membeli senjata api dan menyediakan latihan kepada anggota penguat kuasa, risiko senjata berkenaan hilang akibat kecuaian, semakin tinggi. Kita baru saja dikejutkan dengan Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mengenai kehilangan bukan saja sejumlah senjata api dan gari, malah kenderaan polis.

Jika polis yang mempunyai disiplin boleh kehilangan peralatan seperti itu apakah jaminan bahawa pasukan penguat kuasa yang tiada pengalaman dan disiplin keselamatan boleh memastikan ia tidak berlaku. Terbaru, pistol yang ditemui di Stadium Darul Makmur pada perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini difahamkan milik anggota pasukan keselamatan.

Dalam kes penguat kuasa jabatan agama, melengkapi anggotanya dengan senjata api boleh memberi gambaran negatif terhadap Islam dan umatnya di negara ini yang amat dikenali dengan sikap kesederhanaan. Kita boleh bayangkan bentuk laporan media antarabangsa yang sentiasa mengaitkan Islam dengan keganasan dan kekerasan apabila saranan itu dilaksanakan nanti.

Tidak mustahil aksi rondaan atau serbuan anggota penguat kuasa agama yang lengkap bersenjata dan mungkin berjaket kalis peluru bagi mencegah maksiat di rumah urut atau hotel murah, menjadi gambar utama media antarabangsa.

Kalau selama ini kita berbangga kerana dunia memperakui umat Islam di negara ini bersikap sederhana, ketika itu mungkin ada media Barat yang menyamakan kita dengan Taliban.

Memang kita tidak harus mengikut telunjuk Barat atau mengambil kira laporan medianya. Bagaimana jika disebabkan satu kes terpencil menyebabkan kita dilihat bertindak keterlaluan, kita seolah-olah cuba mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Dalam insiden yang menimpa Ahmad Rafli di Kuantan minggu lalu, jika benar ia mempunyai kaitan dengan ajaran sesat, apakah membekalkan senjata api kepada penguat kuasa agama, mampu menyelesaikan masalah itu?

Selesai punca masalah

Keganasan daripada individu atau kumpulan yang mengamalkan ajaran sesat bukan pertama kali berlaku di negara ini dan ia juga bukan sesuatu yang asing di seluruh dunia. Persoalannya apakah puncanya dan bagaimana cara berkesan untuk menangani masalah itu?

Apa yang berlaku kita kerap mendengar laporan mengenai senarai panjang kumpulan ajaran sesat di negara ini yang dikenal pasti tetapi tindakan terhadap mereka bagaikan bermusim dan hanya apabila sesuatu kumpulan itu benar-benar mengancam keselamatan.

Yang pasti, membekalkan senjata api kepada penguat kuasa agama tidak boleh menyelesaikan masalah ajaran sesat, selagi masalah perundangan dan pentadbiran agama di bawah kuasa kerajaan negeri, tidak diselaraskan. Sebaliknya, langkah itu mungkin menjadikan sesetengah kumpulan ajaran sesat bertindak balas dengan mendapatkan senjata api secara haram bagi mempertahankan diri apabila diserbu.

Prosedur sedia ada dengan polis yang dilengkapi senjata api, menyertai serbuan penguat kuasa, sama ada dari jabatan agama atau agensi kerajaan lain, sudah mencukupi jika ia dipatuhi dengan betul. Biarlah polis yang mengacukan pistol manakala pegawai agama berdakwah dengan memberi nasihat atau memujuk suspek.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat