TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, November 26, 2013

Sistem lama untung

Foto
M Nasir
Foto
Ahmad Shabery menyampaikan anugerah kepada Adnan sambil disaksikan Habsah.

Persatuan Perlindungan Hak Cipta Karyawan (M) Berhad (MACP) menggesa kerajaan mengembalikan semula sistem pembayaran royalti secara berasingan kepada setiap badan pengutip seperti kaedah yang diguna pakai sebelum ini.

Pengerusi MACP, Habsah Hassan berkata, pembayaran secara pakej yang dilaksanakan sekarang mengakibatkan pendapatan MACP makin merosot.
 
“Sejak kerajaan memperkenalkan bayaran secara pakej iaitu terpaksa dikongsi dengan tiga badan pengutip royalti iaitu MACP, Public Performance Malaysia Sdn Bhd (PPM) serta Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis (Malaysia) Sdn Bhd (PRISM), jumlah kutipan MACP makin merosot.

“Biasanya jika bayaran dilakukan secara individu, pendapatan yang dikutip daripada kerajaan saja boleh mencecah RM1 juta atau lebih.

“Berikutan kontrak untuk pembayaran secara pakej ini tamat akhir tahun lalu dan masih belum diperbaharui, saya harap kementerian berkaitan dapat menimbang permintaan MACP bagi mengembalikan semula sistem pembayaran secara individu,” katanya ketika ditemui pada Malam Mesra Anugerah MACP 2013 di Mutiara Damansara, malam kelmarin.

Turut hadir, Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek dan barisan penggiat industri muzik tanah air.

Sifu M Nasir ungguli pendapatan tertinggi
 
Habsah berkata, bayaran royalti yang dikumpul MACP bagi tahun lalu mencapai kadar tertinggi RM43 juta.

Menurutnya, bayaran itu dipungut daripada stesen radio, televisyen (TV), tempat awam dan aktiviti muat naik melalui telefon bimbit serta laman sesawang seperti YouTube.

Bagaimanapun, Habsah berkata, stesen radio dan TV masih menjadi penyumbang utama untuk kutipan royalti.

Pada malam berkonsep Jalur Gemilang itu, komposer dan penyanyi tersohor, Datuk M Nasir terus unggul apabila menerima Anugerah Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak untuk kali ke-14.

Selain itu, Anugerah Komposer Muda Berpotensi diberi kepada Aizat Amdan.

Turut diraikan, komposer Adnan Abu Hassan apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Nadi Cipta atas sumbangannya dalam mewarnai industri hiburan.

Sebagai penghargaan, tiga penyanyi terkenal, Nassier Wahab, Nora dan Fairuz Hussein bergilir-gilir menyampaikan lagu popular ciptaan Adnan.

Buat lirik bukan ‘syok sendiri’

Pada majlis sama, Habsah yang banyak menghasilkan seni kata indah, mempertahankan anugerah yang dimenanginya tahun lalu apabila dipilih sebagai penulis lirik yang memungut pendapatan terbanyak.

Ditanya apakah rahsia mengekalkan kemenangannya itu, Hasbah berkata, setiap karya yang dihasilkan hendak bebas daripada elemen ‘syok sendiri’.

“Apabila kita tulis lirik, biarlah lagu boleh jadi malar segar. Tapi apa yang berlaku sekarang sangat berbeza. Popular dua tiga bulan, orang sudah lupa kerana ada lagu baru yang muncul.

“Ini berbeza dengan lagu lama yang terus bertahan dan masih diputarkan hingga kini... Itu yang dapat kumpul pendapatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat