TERIMA KASIH


counters

MTMR

Tuesday, November 26, 2013

Berapakah hutang Negara?

Hutang negara setakat 30 September lalu berjumlah RM529.2 bilion atau 53.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lebih rendah berbanding beberapa negara maju lain.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata daripada jumlah itu, RM512.3 bilion atau 96.8 peratus adalah hutang dalam negeri manakala baki RM16.9 bilion (3.2 peratus) hutang luar negara.
Beliau berkata, hutang luar negara yang rendah itu sejajar dasar kerajaan mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman lebih rendah dan mampu meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing.

Kerajaan dari semasa ke semasa memberi jaminan kepada badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek pembangunan demi kepentingan rakyat.

Sehingga 30 Jun lalu, baki pinjaman dijamin kerajaan atau tanggungan tidak langsung adalah RM147.3 bilion, merangkumi pinjaman domestik RM141.8 bilion (96.3 peratus) dan pinjaman luar RM5.52 bilion (3.7 peratus), membabitkan tiga badan berkanun dan 27 syarikat berkaitan kerajaan, katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) mengenai jumlah hutang negara sehingga 30 Jun lalu dan nisbah hutang kepada KDNK.

Ahmad berkata, prestasi bayaran balik pinjaman adalah baik dan mengikut jadual ditetapkan tanpa sebarang tunggakan.

Beliau juga berkata, defisit negara boleh diselesaikan dalam tempoh setahun jika subsidi dimansuhkan.

Bagaimanapun, kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana mahu mensejahterakan kehidupan rakyat dengan pelbagai bantuan dan subsidi, katanya menjawab soalan tambahan Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar).

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat