TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, November 13, 2013

Hasilkan pendekatan baru, berinovatif dalam penyampaian awam - Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru penjawat awam seluruh negara menghasilkan pendekatan baru yang lebih berinovatif dalam penyampaian perkhidmatan.

"Kita seharusnya berupaya memisahkan diri daripada paradigma lama, menyanggah pendekatan konvensional dan mengubah status quo," katanya berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2013 (AIPM 2013) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan optimis dengan sasaran 90 peratus perkhidmatan atas talian dapat dicapai menjelang 2015.

"Dengan pengguna internet di negara ini yang mencecah sehingga 18 juta orang iaitu 63.6 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia, kerajaan berjaya menyediakan sebanyak 57 peratus perkhidmatan atas talian pada masa ini dan ia dijangka terus meningkat," katanya.

Katanya, berdasarkan kajian McKinsey Global Institute (MIG) pada 2011, 'big data' adalah kunci utama dalam persaingan berinovasi dan meningkatkan produktiviti organisasi dan individu.

"Sebagai usaha melangkah ke depan, penggunaan konsep 'big data' dalam mengurus dan menyelenggara data dari pelbagai saluran akan membantu kerajaan membuat keputusan dan tindakan lebih efektif.

"Dan paling penting adalah bagaimana sektor awam dapat memanfaat secara kreatif dan inovatif semua fenomena ini untuk mengubah landskap sosioekonomi negara dalam merealisakan Wawasan 2020," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat