TERIMA KASIH


counters

MTMR

Wednesday, November 13, 2013

Kes Tembak Pegawai AmBank Joemar Omar Sedang di buru.

Akaun facebook rakan pembunuh pegawai operasi Ambank, Joemar Omar atau nama palsunya Osman Salleh telah ditutup.
Joemar, pemilik 2 akaun bank, Bank Islam dan Bank Simpanan Nasional. Sehingga kini pihak institusi kewangan mash membisu, belum lagi menjelaskan prosedur dipraktikkan sehingga pemegang MyKad palsu berpeluang membuka akaun bank.

Mengenai penjenayah kini diburu polis itu pada 31 Oktober lalu, dan banyak gambarnya  dedahkan sebelum dipaparkan di media cetak dan elektronik.

Ringkasnya, untuk menutup akaun facebook, Joemar memerlukan kemudahan internet samada diperolehi dari rumah kenalannya atau kafe siber.

Mengapakah dia bertindak menutup akaun terbabit? Penjenayah beasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia itu sedar, pelbagai maklumat telah dikumpulkan oleh pihak polis melalui informasi dicatatkannya selama aktif di facebook. Maklumat itu barangkali amat berguna untuk polis mengesan lokasi dia bersembunyi pada masa ini.

Kemaskini status terakhir bekas pengawal keselamatan HARAM itu dibuat pada 23 Oktober, hari kejadian Loade Ardina Loade Rasila, 35 tahun, menembak mati pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, di Subang Jaya, Selangor.

Menurut maklumat dikongsikan oleh polis, Joemar dipercayai masih memiliki RM428,200 wang hasil rompakan Loade Ardina tempoh hari, Loade diberkas di Kota Tinggi, Johor, selepas 19 hari cuba memboloskan diri ke negara asal.

Bayangkan, Loade kini meringkuk di lokap, Joemar pula bak cacing kepanasan diburu oleh pihak berkuasa dan dipercayai masih berada di Malaysia.

Percaya selain pihak polis, orang awam juga tidak keberatan untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat kelibat bajingan ini.

Nota: Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Joemar diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Kwek Chuwen Hui di talian 012-8188307 atau polis Subang Jaya 03-78627222 atau Balai2 Polis berhampiran bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.

Silat Melayu

DOA DOHA

WALI SONGO

Video Penjelasan Isu cincin RM 24 Juta.

WAJIB TONTON

Top Blogges

B. 10 Artikal Menarik Minggu ini.

C. Senarai Blog Wajib Baca Rakan Malaysia Transformasi Minda Rakyat